Monday, October 22, 2018

Selamat ulangtahun kelahiran ke 2 anakku, Muhammad Rizqi!


Tanggal 12 Oktober berlalu pergi 3 minggu yang lepas...

Genap usia anakku Rizqi dua tahun, dia membesar dengan cepat dan sihat. Dia sekarang ni makin pandai. Alhamdulillah, aku syukur dengan kurniaan-mu Ya Allah.

Bila masuk umur dua tahun ni ramai orang kata fasa umur dua tahun ni la yang abah & ibu kena sabar banyak-banyak sebab umur ni anak masih "tak faham Melayu" katanya. Hahaha

Cakap

Buat masa ni, alhamdulillah Rizqi banyak "bercakap". Ntahla apa bahasa yang dia cakap, tapi aku yakin dia nak sampaikan mesej yang terbuku di hati dan fikiran dia. Cuma patah perkataan dia tu tak clear.Kadang - kadang ada la dengar dia sebut "Nak", "Abah" dan lain-lain lagi.

Aku happy bila Rizqi banyak cakap walaupun tak faham apa yang dia cakapkan tu. Sekurang-kurangnya dia ada bunyi dan ringan mulut tak macam dulu-dulu, senyap je.

Dengar orang kata, anak lelaki ni lambat cakap sikit berbanding dengan anak perempuan. Ramai yang aku jumpa dan sembang kata anak lelaki ni paling kurang tiga tahun barub oleh cakap dengan jelas dan betul. Tapi semua tu tak tepat, semua bergantung pada perkembangan anak tu sendiri. Setiap budak berbeza-beza.

Aktif

Rizqi anak yang sangat aktif. Lagi bertambah aktif kalau dia letih mengantuk dan nak tidur sampaikan "buas" dia tu melampau-lampau. Susah nak duduk diam walaupun seminit, ada je benda yang dia nak buat. Yang paling best, budak kecik ni sentiasa kreatif untuk cari "kerja" nak dibuat.

Selalunya dia mintak buka kartun di TV tapi dia tak tengok pun. Sambil main, sambil dengar lagu dan kartun. Bila tutup TV je dia marah.

Rizqi's Birthday Trip

Tahun lepas untuk ulangtahun kelahiran pertama, Abah dan Ibu bawak Rizqi ke Cameron Highlands. Tapi tahun ni kami bawak Rizqi ke Cherating. Ibu la request nak ke Cherating, lama sangat dah teringin nak pergi. So kali ni bawak la ke sini untuk celebrate sekali birthday Rizqi.

Macam biasa, walaupun dah umur 2 tahun si Mat Rizqi ni takut nak main air kolam. Dah bawak banyak kali dah ke kolam renang dan pantai dia tetap takut dan menangis. Tak tau nak buat macam mana. Huhuhu

Harapan

Abah dan ibu harap Rizqi membesar dengan baik dan sihat hendaknya. Maaf lah kalau abah tak dapat nak luangkan masa banyak dengan Rizqi tapi abah usaha untuk ada dengan Rizqi setiap hari tanpa gagal.



1 comment: