Indonesia dilanda tsunami lagi
(Utusan) JAKARTA 23 Dis. - Sekurang-kurangnya 168 orang terbunuh manakala kira-kira 745 cedera manakala 30 hilang selepas tsunami melanda bahagian pantai di sekitar Selat Sunda.
Agensi pengurusan bencana Indonesia seperti dipetik oleh BBC sebagai berkata, dua orang dilaporkan hilang dan berpuluh bangunan musnah.
Menurut agensi terbabit, tsunami terbabit berpunca daripada gelinciran permukaan dasar laut selepas Gunung Berapi Anak Krakatau meletus.
Pihak berkuasa tempatan memberi amaran angka kematian dijangka akan meningkat.
[gallery type="slideshow" size="large" ids="6367,6366,6365,6364,6363,6375,6374,6373,6372,6371,6370"]
Gegaran Anak Krakatoa mungkin punca tsunami - Agensi bencana
(Bharian) JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 maut manakala ratusan cedera dalam bencana tsunami di Indonesia yang berkemungkinan dicetuskan gunung berapi dikenali Anak Krakatoa, menurut pegawai hari ini.
Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, puluhan bangunan musnah akibat gelombang dahsyat yang melanda pantai-pantai di Selatan Sumatera dan hujung barat Jawa pada jam 9.30 malam waktu tempatan.
“20 orang maut dan 165 cedera sementara dua masih hilang di tiga wilayah,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak berkuasa menyatakan tsunami mungkin juga dicetuskan gelombang air pasang surut tidak normal dan tanah runtuh bawah air susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa.
Bagaimanapun, Nugroho menambah Agensi Geologi Indonesia akan menyiasat punca sebenar bencana terbabit.
Anak Krakatoa, sebuah gunung berapi kecil yang muncul dari laut pada setengah abad lalu selepas letusan dahsyat Krakatoa pada 1883 adalah salah satu daripada 127 gunung berapi masih aktif di Indonesia. - AFP
Korban tsunami Krakatau kini 222 orang
(BHarian) PANGDEGLANG: Jumlah korban tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 222 orang, hari ini, selepas gempa bumi dasar laut yang mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau, menurut pegawai dan media.
Jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan rumah dan bangunan rosak teruk akibat tsunami itu yang berlaku tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda, lewat semalam.
ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa yang terkorban dalam kejadian tsunami di Carita. Difahamkan, ribuan penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tingi. Menjelang 1040 GMT, agensi itu meningkatkan jumlah kematian kepada 222 orang daripada 168 sebelumnya dengan 843 cedera serta 28 hilang.
Menurut media, penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda. - Reuters
0 Komen:
Post a Comment