Buku menu |
I'm at Syrup vs Soda in Kuala Terengganu https://t.co/jBh0jJcjJz
— Luthfi Suib (@LuthfiMY) December 9, 2018
Dengar cerita (depa tulis kat buku menu) pemilik kedai ni adalah adik beradik chef. So standard makanan kat sini chef punya level lah, bukan standard kampung tau!
Takmau tulis banyak ni dia review dinner di The Syrup VS Soda.
Order Creamy and Spicy Aglio Olio Seafood (RM20.00) sebagai appetizer - Sedap, first time makan makanan Itali yang sedap. Perfect, cukup rasa dan portion yang besar.Tak ada komen.
Star Warsribeye Steak with Black Sauce (RM28.00) - Portion besar. Jenuh makan. Sides sedap terutamanya Salad. Cuma, blackpaper sauce dia kurang masin dan pedas. Lain-lain dah ok. Kalau improve sos blackpaper dia mesti lagi umph!
Grilled Lamb Chop (RM25.00) - Kalau makan kat tempat lain jenuh gigit tulang tapi kat sini dapat banyak keping daging kambing. Depa guna sos blackpaper yang sama.
Yang paling sempoi Soda Peach (RM6.00) - Siap dengan buah peach. Resepi kejayaan sesebuah tempat makan adalah depa tak kedekut.
Masa kami mai tu orang agak ramai. Aku dan Mekna jangkakan makanan kami lambat sampai. Tapi sangkaan kami meleset sebab kami dapat makanan yang agak cepat. Sempoi.
Malam ni kami belanja RM79.00 sahaja. Ingatkan kena sampai RM100 lebih. Hehe
Malam seterusnya aku bawak kakak ipar mai makan sini. Kali ni tak mau makan makanan western dah. Nak cuba makanan tempatan. Haa ni review dia.
Mekna makan ni, SVS Aglio Olio Spaghetti Served with grilled beef (RM20.00)
Aku pesan Nasi Goreng Ikan Masin (RM7.00) tak dak gambaq sebab excited nak makan. Banyak ayam, tak kedekut, ikan masin tak berbau, memang sekata dan ter-paling penting adalah tak berminyak!
Kak ipaq pulak makan ni. Aku rasa macam banyak lah pulak portion dia!
Sebenarnya, lepas Mekna makan Spagethi tu dia tak kenyang lagi. Kemudian, order lagi Nasi Goreng Daging (RM8.00). Sedap katanya. Aku tak rasa sebab dah kenyang sangat.
So, takkan nak minum air suam kan? Aku nak cuba air soda lain pulak pastu order air Soda Markisa. Mekna nak minum air bersusu.
Malam ni makan tiga orang pun tak habis RM100. Memang murah!
Antara senarai menu yang aku snap :
Oleh kerana kami tak bawak Rizqi (kena tinggai dekat Maktok) so hanya selfie berdua sahaja
Rating aku :
Pilihan menu : 4/5 (banyak pilihan)
Masakan & presentation makanan : 4/5 (sedap dan hiasan makanan cantik kemas)
Harga : 5/5 (sangat murah dan berpatutan)
Kecepatan & layanan : 4/5 (staf mesra, respon baik)
Suasana kedai : 3.5/5 (terlalu stylo, tak selesa dengan cahaya lampu diatas kepala, susunan ok)
Keseluruhan : 4/5 (alhamdulillah puas hati, recommended. Kalau mai Kuala Terengganu WAJIB SINGGAH kedai ni)
Info lanjut FB The Syrup VS Soda
0 Komen:
Post a Comment