Friday, December 14, 2018

Rizqi demam panas lagi

Saja aku tulis entri ni untuk perkongsian dan rujukan masa depan.

Agak haru kali ni bila Rizqi demam. Sabtu minggu lepas aku dan Mekna ke Kuala Terengganu untuk sikit urusan. Kami cadang untuk tinggal selama dua malam di Kuala Terengganu. So, tinggal Rizqi di rumah Maktok since sekarang ni kan cuti sekolah. Acu dan ramai lagi ada di rumah Maktok boleh tolong jagakan. Lagipun dah lama tak tinggal Rizqi main - main dengan Maktok & Tokwan.

Kami gerak pada Sabtu pagi dan sampai jam 6 petang. Kami check in di Kuala Terengganu. Esok hari bila siap urusan, as planned Isnin pagi baru nak bertolak balik. Malam tu di dobi untuk cuci baju, aku sempat video call mak dengan harapan untuk tengok Rizqi sat. Rindu sehari semalam tak dapat jumpa dia. Mak habaq badan Rizqi panas dan rasanya macam nak demam. Tapi takpa jangan risau sebab mak dah jaga demah semua.

Kemudian, tapi tengah malam Ahad (Isnin pagi) dapat panggilan daripada Kak pah

Pi, ni Kak pah nak bagitau yang Rizqi demam panas sampai tarik. Ni Kak pah ada di Hospital BM bawak Rizqi dia dah masuk bahagian Kecemasan
Meremang dan aku terus hang. Ermm, macam mana nak buat ni dah la duduk jauh. Perjalanan paling singkat ambik masa selama 6 jam sejauh 420 km. Macam mana nak terpa teruih kat Rizqi pada tengah malam ni? Duduk 5 minit, ambik nafas dan tenangkan fikiran, aku bagitau Mekna jom kita balik malam ni jugak.

Perjalanan kami bermula pada jam 1 pagi dan sampai di Bukit Mertajam pada jam 9 pagi. Tu pun banyak kali berhenti. Nasib baik cuaca elok.

Nama Rizqi di Wad
Sampai di Hospital Bukit Mertajam

Sampai je terus masuk ke wad kanak-kanak, mekna masuk dulu. lepas 10 minit, dia dukung Rizqi dan bawakkan kat aku. Alhamdulillah, dia dah nampak sihat. Dia peluk aku kuat - kuat. Paut pada leher dan tambat kaki pada pinggang aku. Rindu.

"Takpa Rizqi, abah dah balik" bisik aku di telinga Rizqi.

Kebetulan pada masa tu rombongan doktor datang melawat dan memeriksa pesakit satu per satu. Aku pesan kat Mekna untuk minta surat reference ataupun surat discharge untuk bawa Rizqi ke hospital swasta. Aku tengok Mak letih dok jaga Rizqi, dalam keadaan yang agak crowded di hospital BM tu.

Lepas dapat surat, aku terus bawak depa ke KPJ Specialist Bandar Perda. Kami kena jumpa doktor dulu kemudian baru boleh admit. Setelah jumpak doktor, Dr Zaidi kata Rizqi kena admit sebab tekak masih merah dan temperature dia masa tu 38 deg C. Takpala doktor, admit lah Rizqi. Bagi rawatan kat dia takut-takut dia tarik lagi.

Selesai urusan admit, tak boleh nak admit lagi sebab semua wad dah penuh. So kami kena balik dulu dan tunggu panggilan daripada pihak admission. Lepas makan, balik rumah dan rehat. Dalam jam 430 petang KPJ kata bilik dah ready untuk Rizqi admit.

Rawatan di KPJ Bandar Perda

Jam 630 petang, doktor mai dan masukkan branula di tangan Rizqi. Pada kali pertama, jarum G24 warna Kuning tu masuk di tangan Rizqi. Tak berjaya. Kali kedua pun tak berjaya. Rizqi dah mula menangis dan menjerit tapi aku ada disebelah untuk tenangkan diri dia.

So, lepas kali kedua gagal doktor tukar ke tangan kanan. Alhamdulillah, sekejap ja dah masuk dan branula berjaya dipasang. So mula la episod Rizqi kena pakai branula di tangan.

Kebetul malam Selasa haritu ada game bola Malaysia vs Vietnam semperna piala AFF Suzuki, tak lepas peluang untuk tengok skuad kebangsaan beraksi!


4 hari 3 malam

Rizqi demam pasang surut. Kejap ok kejap panas balik. So apa boleh buat kena makan ubat, masuk air dan monitor suhu badan dia. Kot mana pun Rizqi kena tahan lama sikit. Hari Rabu malam, suhu badan Rizqi dah semakin rendah. Menjelang pagi Khamis dah beransur baik dan tak demam dah.

Setiap malam hampir 2-3 kali misi mai cek suhu badan Rizqi. Aku syukur dia dah beransur sihat.

Lepas 3 malam di KPJ, alhamdulillah Rizqi dah sihat walafiat. Khamis petang dah boleh discharge keluar dari KPJ. Alhamdulillah

Terima Kasih Zurich Takaful & hospital KPJ Penang!

Semua kos perubatan Rizqi ditanggung sepenuhnya oleh Zurich Takaful. Alhamdulillah, selesa dan berpuast hati dengan penjagaan Rizqi oleh pihak hospital KPJ. Aku betul-betul terima kasih kepada pakar Paed, Dr. Zaidi dan barisan nurse di Wad Kanak-Kanak KPJ. Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa anda semua.

0 Komen:

Post a Comment