Showing posts with label Rizqi admit. Show all posts
Showing posts with label Rizqi admit. Show all posts

Friday, December 14, 2018

Rizqi demam panas lagi

Saja aku tulis entri ni untuk perkongsian dan rujukan masa depan.

Agak haru kali ni bila Rizqi demam. Sabtu minggu lepas aku dan Mekna ke Kuala Terengganu untuk sikit urusan. Kami cadang untuk tinggal selama dua malam di Kuala Terengganu. So, tinggal Rizqi di rumah Maktok since sekarang ni kan cuti sekolah. Acu dan ramai lagi ada di rumah Maktok boleh tolong jagakan. Lagipun dah lama tak tinggal Rizqi main - main dengan Maktok & Tokwan.

Kami gerak pada Sabtu pagi dan sampai jam 6 petang. Kami check in di Kuala Terengganu. Esok hari bila siap urusan, as planned Isnin pagi baru nak bertolak balik. Malam tu di dobi untuk cuci baju, aku sempat video call mak dengan harapan untuk tengok Rizqi sat. Rindu sehari semalam tak dapat jumpa dia. Mak habaq badan Rizqi panas dan rasanya macam nak demam. Tapi takpa jangan risau sebab mak dah jaga demah semua.

Kemudian, tapi tengah malam Ahad (Isnin pagi) dapat panggilan daripada Kak pah