Monday, March 18, 2019

Pertama kali bercuti di Langkawi bersama keluarga kecilku


Tiket Parking di Jeti Kuala Perlis

Aku dan family aku ke Pulau Langkawi weekend lepas. Dah lama sebenarnya plan nak ke Langkawi. Asyik postpone je. Tapi kali ni ada rezeki kami untuk ke Langkawi bersama-sama.

Minggu lepas baru je balik dari Melaka, minggu ni kami ke Langkawi. Release stress sikit. Sebab tu berjalan sat. Huhu

Aku keluar dari rumah jam 530 pagi, drive dari Balik Pulau ke Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah, aku sampai on time (actually awai sikit dalam jam 7 pagi) dan kami sempat sarapan dulu kat Jeti Kuala Perlis. Sebenanya aku takut sikit nak makan pagi, nanti kalau feri tu bergelora tak la aku muntah. Haha

Tuesday, March 05, 2019

Short trip ke Melaka


Sabtu dan Ahad lepas aku dan Mekna ke Melaka. Dia teringin sangat nak makan-makan dan jalan-jalan dekat Melaka. Katanya dah lama tak jejak kaki ke sana.

Sebelum tu, awal bulan 2 haritu kami ke Port Dickson. Bulan ni ke Melaka pulak 😂😂😂

Kami bertolak dari Penang pada jam 4 pagi. Sampai di R&R Dengkil pada jam 8.30 pagi. Lepas 2 jam, jam 1030 pagi aku dah sampai Melaka. Berhenti sat kat R&R Air Keroh, siap-siap terus makan pagi a.k.a makan tengah hari di Asam Pedas Pak Man. Sebenarnya aku tak tau nak makan apa dan kat mana. Lama dah tak pi Melaka. Last pi Melaka 5 tahun lepas kot.

Apa yang aku mengecewakan aku, pekerja Asam Pedas Pak Man kata semua dah siap dan available. Tapi bila nak Asam Pedas Pari, dia kata takdak lagi. Hanya ada ikan lain. Potong stim, terus makan apa yang ada terus balik. Bagi pendapat aku, bagi rating 2.5/10 je, Mengecewakan.