Tiket Parking di Jeti Kuala Perlis |
Aku dan family aku ke Pulau Langkawi weekend lepas. Dah lama sebenarnya plan nak ke Langkawi. Asyik postpone je. Tapi kali ni ada rezeki kami untuk ke Langkawi bersama-sama.
Aku keluar dari rumah jam 530 pagi, drive dari Balik Pulau ke Jeti Kuala Perlis. Alhamdulillah, aku sampai on time (actually awai sikit dalam jam 7 pagi) dan kami sempat sarapan dulu kat Jeti Kuala Perlis. Sebenanya aku takut sikit nak makan pagi, nanti kalau feri tu bergelora tak la aku muntah. Haha
Aku dah booked bilik di Pantai Cenang. Ambik bilik murah murah je. Aku pun dah booked kereta sewa. Dapat RM180 untuk dua hari. Tapi aku tak book / arrange pun parking kat Jeti Kuala Perlis tu. Macam aku agak, lepas je sampai kat area jeti Kuala Perlis tu mesti ada orang offer panggil parking.
Oh ni rupanya terminal tiket Jeti Kuala Perlis yang baharu |
Lepas je sampai, aku bayar RM30 untuk parking selama 3 hari 2 malam. Bayar, lepastu park dan load semua barang. Aku tak bawak banyak beg. Hanya luggage satu, beg aku satu dan beg susu satu. Cukuplah. Beg susu tu paling penting sebab anak aku ni dia dok mintak susu sokmo.
Layan si Rizqi makan sambil tengok Youtube |
Beratur masuk Jeti |
Rizqi nakai dok lari sana sini dalam feri |
I'm at Pulau Langkawi (Island) in Langkawi, Kedah https://t.co/ylYmfTUKyF— Luthfi Suib (@LuthfiMY) March 15, 2019
Rehat sat sambil dok tunggu kereta sewa siap arrange |
Sewa Perodua Axia
Aku susah nak percaya dengan servis kereta sewa Langkawi ni. Sebab kebanyakkan dok pekena pelanggan. Banyak cerita sebenarnya disebalik industri kereta sewa kat Langkawi ni. Macam aku kena dulu depa bagi Proton Waja tingkap problem last sekali ganti dengan kereta lain. Nasib baik la jadi time dekat area Jeti kalau dah jauh mana hala teruk la aku.
So kali ni Axia yang aku dapat tu cantik dan kemas. Cuma, masalahnya dengan pengendali kereta sewa tu sebenarnya dia tak berdaftar. Kereta tu adalah kereta personal yang "disewakan" secara terus kepada aku. Aku mintak resit dia tak boleh bagi. So aku anggap ianya satu bisnes "underground" lah.
Yang aku tak puas hati kali ni dengan brader yang handle kereta sewa tu. Aku sampai jam 1030 pagi. Dah call habaq dari atas feri lagi. Lepas dah sampai, dok kat otw lagi. Bila aku sampai minum-minum di Starbucks pun dia kata sat. Last sekali aku cakap "Kalau abang tak dapat bagi lagi 10 minit, cancel. Saya cari orang lain. Ramai lagi yang boleh bagi kereta sewa kat sini"
Aku mundar mandir tunggu brader kereta sewa tu. Apa yang aku bengang, rupanya dia ada kat situ ja. Hampeh betui.Dah la buat slow slow, halai balai. Mangkaq betui. Takpala, dah book punya pasal tapi aku tak bagi duit lagi. Malas nak buat pasal. Ambik je la walaupun aku tak puas hati
Ronda - ronda Pulau Langkawi
First time bawak Perodua Axia |
Disepanjang jalan tu, keadaan sangat panas. Biasalah bulan 3 kan, memang panas. So, ronda punya ronda, masuk la ke kawasan Gunung Mat Cincang. Ronda sampai habis area tu kami berhenti sat tengok Cable Car Langkawi dari jauh.
Sumpah aku takut nak naik benda macam ni. Risiko kot. Aku tak nak risikokan diri semata-mata nak tengok permandangan atas puncak gunung. Tak mau ambik risiko kalau tiba-tiba kereta kabel tu tersangkut macam haritu.
Tengok dari jauh je la |
So, lepas je ronda area situ kami terus ke arah Tanjung Rhu. Dah banyak kali aku mai Langkawi tapi tak pernah pun sampai kat Tanjung Rhu. Nama pun ronda kan? Dah isi minyak kereta, jalan je la. Huhu
Keadaan Langkawi yang panas |
Banyak permandangan yang menarik kat Pulau Langkawi ni. Orang hanya tahu Pantai Cenang je sebab kat situ la yang paling terkenal dan banyak kemudahan. Tempat lain tak ada banyak hotel dan kedai makan.
Jalan masuk ke Tanjung Rhu yang ada banyak pokok rhu |
Lepas dah puas ronda kat situ, kami pun terus ke Pekan Kuah dan ke destinasi utama malam ni iaitu Pantai Cenang. Aku dah booked bilik kat Pantai Cenang. Petang tu, lepas je rehat nak jalan - jalan dan main air di Pantai Cenang tu.
Kali ni best sebab mai Langkawi dengan anak dan bini.
On the way ke Cenang, kat simpang tiga tu ada orang jual tembikai. Sedap betul tembikai dia. Manis sangat |
Rehat dan berjalan - jalan di Pantai Cenang
Langkawi ni ok je kalau kita mai naik flight. Ni mai dengan feri, nak kena naik feri sejam dari Kuala Perlis, kemudian sewa kereta ke sana kemari. Lain kali kata kat Mekna kita naik flight je. 1 jam dari Penang. Tak perlu nak parking kereta, tunggu feri dan dok dalam feri selama sejam.Dalam jam 5 petang, aku pun keluar jalan - jalan di Pantai Cenang yang terletak di belakang hotel kami. Aku saja cari hotel yang betul - betul dekat dengan Pantai Cenang. Senang nak jalan - jalan kan.
Jalan kaki je ke Pantai Cenang. Sambil kami jalan - jalan, macam biasalah Rizqi dia takut pasir, laut dan ombak. Tapi kali ni kami jadi hairan dengan Rizqi sebab dia tak nangis langsung pun bila tengok pasir, laut dan ombak. Dia macam excited!
Rizqi lari - lari atas pasir |
Apa yang dia fikir agaknya haha |
Tak mau keluar dari air. Nak main lagi |
Makan malam di Restoran Nelayan, Kuala Cenang
Selfie dulu sebelum makan! |
Masa tu Rizqi tengah mengamuk sebab letih main pasir dan nak tido. Tapi kami tahan dia dari tidur sebab bagi dia tidur malam ni terus. Senang.
Mekna macam biasa, bila bab makan je terus nak order macam - macam. Kali ni kami makan besar sikit semperna cuti jalan - jalan kan.
Semua sedap! |
Hari Kedua di Pulau Langkawi
Pagi tu kami keluar cari makan. Ronda - ronda area Cenang untuk breakfast. Lepas je breakfast, kami terus checkout sebab nak ke tempat lain pulak. Destinasi kami ke Tanjung Rhu, jalan - jalan di tempat semalam tu. Dan tak jadi nak tidur kat Cenang. Kami nak tidur di Pekan Kuah pulak.Rizqi tidur dalam kereta |
Selfie kami bertiga dalam lif hotel |
Dah tau, lain kali mai sini terus. Mudah. Tak payah dah pi Pantai Cenang.
Mekna dan Rizqi |
Macam biasa la kalau nak mandi mesti heret mainan sekali |
Hari ketiga
Esok hari, awal pagi dah siap turun sarapan. Sebab? Nak repeat mandi kolam lagi. Kolam dibuka untuk mandi seawal jam 8 pagi. Kami dah terpacak kat situ jam 815. Haha.Dalam jam 10 pagi, siap - siap dan terus check out sebab nak ronda di kawasan pekan Kuah terutamanya ambik gambar di Dataran Lang.
Maca biasalah, Rizqi dah letih dia buat perangai. Nasib baik dia bagi kerjasama. So kami ada la gambar satu keluarga dengan maskot Langkawi ni.
Kesimpulannya, percutian singkat kali ni sangat bermakna sebab kali pertama kami semua ke Langkawi. Insyaallah, kalau panjang umur dan ada rezeki kita boleh pi lagi ya.
0 Komen:
Post a Comment