Tuesday, March 05, 2019

Short trip ke Melaka


Sabtu dan Ahad lepas aku dan Mekna ke Melaka. Dia teringin sangat nak makan-makan dan jalan-jalan dekat Melaka. Katanya dah lama tak jejak kaki ke sana.

Sebelum tu, awal bulan 2 haritu kami ke Port Dickson. Bulan ni ke Melaka pulak 😂😂😂

Kami bertolak dari Penang pada jam 4 pagi. Sampai di R&R Dengkil pada jam 8.30 pagi. Lepas 2 jam, jam 1030 pagi aku dah sampai Melaka. Berhenti sat kat R&R Air Keroh, siap-siap terus makan pagi a.k.a makan tengah hari di Asam Pedas Pak Man. Sebenarnya aku tak tau nak makan apa dan kat mana. Lama dah tak pi Melaka. Last pi Melaka 5 tahun lepas kot.

Apa yang aku mengecewakan aku, pekerja Asam Pedas Pak Man kata semua dah siap dan available. Tapi bila nak Asam Pedas Pari, dia kata takdak lagi. Hanya ada ikan lain. Potong stim, terus makan apa yang ada terus balik. Bagi pendapat aku, bagi rating 2.5/10 je, Mengecewakan.
Asam Pedas yang sangat mengecewakan

Jalan-jalan cari makan

Lepas makan (sebenarnya tak puas dan tak kenyang) kami terus ke Bandar Hilir.Pusing-pusing jap tengok keadaan kat situ. Best jugak. Biasalah hari Sabtu memang crowded dengan orang ramai. Lepastu terus atur untuk ke tempat makan seterusnya iaitu Cucur Keria Antarabangsa Hjh Rahmah. Dalam masa yang sama cari Putu Buluh jugak. Dua dua lokasi tu tak jauh. Dalam 10-15 minit dari Bandar Hilir.




Puas cari, rupanya cucur keria Hjh Rahmah tutup. Patutalah tak nampak orang beratur. So kami terus cari cucur keria Hj Jalil. Wah, sedap rupanya seperti yang digembar-gemburkan. Aku suka kuih cucur keria ni. Putu Piring Generasi Ke 3 Limbongan rupanya terletak kat belakang cucur keria Hj Jalil. Apa lagi terus order dan makan on the spot. Sedap dan gebu.

Besaq rupanya size dia

Mekna excited nak makan tu
Hampa tau apa rahsia daripada kesedapan Putu Buluh ni? Rahsia dia, tuan kedai tak kedekut boh gula melaka. Banyak gila. Sebab tu sedap. Ok bye.

Aku ada book homstay kat area Pantai Puteri. So, otw ke homestay singgahla kat Klebang Coconut Shake. Aku dah biasa minum tapi Mekna tak minum lagi kot. So beli la sorang satu. Panas - panas ni memang sedap la minum ais.

Bermalam di Pantai Puteri

Actually aku sengaja cari homestay kat area ni. Depa kata kat sini cantik dan meriah. Aku saja tak google dan tengok keadaan area ni dalam internet. Biarlah pi sana baru tau keadaan macam mana. Sampai pun dah maghrib, so rehat sat takdan nak tengok keadaan sekeliling.

Homestay ni terletak betul-betul jalan belakang ke Pantai Puteri. Boleh jalan kaki. Dekat. Kat sini area Tanjung Kling. Ada power plant kat sini. Ramai jugak orang.

Ronda-ronda Bandar Hilir

Aku tau dah kat Bandar Hilir ni memang crowded. So aku nak cari parking pun susah. Pusing punya pusing akhirnya dapat park kereta kat celah-celah lorong. Park tepi jalan ja. Takut jugak kalau kena angkut dengan bandaran. Tapi rasa ok kot sebab aku tak menghalang lalulintas pun.

Lepas parking kami terus ke Dataran Stadthuys tu. Dulu mai berdua je. Kali ni mai bertiga dengan anak, mau tau la Rizqi dok melompat macam mana. Lari sana sini. Letih nak kejaq. Lepastu terus naik beca ronda-ronda area situ. Naik beca tak mahal hanya RM30 je. Takpala, sebagai pelancong kena la rasa naik beca macam ni. Takkanla aku nak naik beca kat Penang kot. Hehe

Abang beca bawak kami dari Dataran Stadthuys tu ke Kota A'Famosa. Dekat je jarak dia tapi best bila naik beca yang ada lampu warna warni dan lagu. Rizqi macam takut tapi dia excited jugak tu. Hahaha

Kami ambil gambar kenang-kenangan kat situ dan terus balik ke Dataran Stadthuys. Dari situ pi ronda-ronda sat area kapal besar tu, sambil tengok Melaka River cruise.

Berjalan di tempat crowded bawak anak ni mencabar. Cabaran dia nak sabar. Haha

Makan malam di Ikan Bakar Muara Sg Duyung


Tempat ni Mekna yang google. Dia yang dok cari kedai makan area Melaka dan google bawak dia ke sini. Aku tukang drive je. Dia kata kat sini ramai sangat orang sampai kena beratur 30 minit hingga 1 jam untuk dapat tempat duduk. Aku tak mau tunggu, so aku dan Rizqi tunggu dalam kereta. Lepas depa siap order dan makanan sampai baru la kami berdua ke kedai tu.

Betui la. Beratur ramai macam semut. Panjang kemain line depa beratur. Kalau suruh aku dan Rizqi beratur sekali jenuh Rizqi nak semua mainan yang depa gantung kat sepanjang kedai tu.

Menu kami simple je malam tu. Tapi aku rasa masakannya sedap. Not bad. Recommended.

Makan pagi di AMJ

Kan misi kali ni jalan - jalan cari makan. Mekna la kena aturkan makan kat mana. So dia nak makan di Roti Canai Arang, Katanya kedai ni viral teruk. So kami pun pi check. Orang pun macam semut ya tuan tuan dan puan puan. Aku tak mau pi order, aku jaga Rizqi je yang dok order tu Mekna.

Bila ramai tu paham - paham la ya. Lambat. Roti canai arang aku tu tak sedap, tak masak (rasa tepung) dan atas dia hangit. Betul - betul overrated la kedai ni. Sumpah tak mau mai lagi dah.

Lepas makan terus kami tinggalkan negeri Melaka menuju ke rumah. Tapi tak tau nak tuju kemana.

Rembau dan Sabak Salai


Aku saja je bagi cadangan untuk singgah ke Rembau. So sesi google meng-google bermula. Jumpa la satu kedai tu namanya Sabak Salai. Dari jauh dah bau salai. Aku teringin itik salai masak lemak cili api tapi aku tak boleh makan sebab masih kenyang. Kenyang dek tunggu roti lambat dan tak masak tu.



So kami buat keputusan untuk bungkus je dan makan kemudian di tempat yang kami tak tau kat mana. Sebenarnya terliur tapi kenyang so kena hold dulu la.

Aku berpeluang untuk ronda pekan Rembau dan Rantau. Nak tengok macam mana tempat ni. Lepas je siap semua isi miyak terus kami balik tapi tak balik terus. Singgah sat kat Pantai Bagan Lalang. Nak tunjuk kat Mekna tempat popular tu. ala Sepang Gold Coast tu.

Perjalanan dari Rembau ke Sepang tak dekat. Banyak jugak jalan baru yang aku tengok, terutamanya Sepang Circuit. Haha. Sebab sebelum ni tak dak chance untuk ronda Sepang. Apa boleh buat. Hehe Kali ni aku lalu banyak kawasan sawit dan perkampungan. Tapi kebanyakkan kawasan sawit dah ditebang dan jadi kawasan perumahan baru. Tak kurang area tu jadi kawasan perindustrian. Haa, ada lalu kat Bandar Estek jugak tapi area tu bukannya Sepang tapi Negeri Sembilan.

Dalam jam 1 petang aku sampai dan terus makan nasi. Time tu lapar la. Makan itik salai dan daging salai. Sedap.

Lepas dah siap semua kami terus balik Penang.Alhamdulillah dalam jam 11 malam dah sampai Balik Pulau. Syok sebenarnya jalan - jalan ni. Tapi kena ada masa dan duit la. Huhu

0 Komen:

Post a Comment