Thursday, October 08, 2020

Speech Delay : Apa yang ibu bapa perlu tahu?


Saya nak kongsikan sikit pengalaman anak yang telah disahkan speech delay oleh pihak hospital. Dari anak berusia sehari lagi, dia diberi pemantauan oleh Klinik Paedratrik Hospital Pulau Pinang. Pelbagai follow up yang pihak Paeds lakukan terhadap anak, dari kes Hypoglycemia, saspek Zika, pemantauan ukur lilit kepala di Klinik Desa, Klinik Kesihatan, Pakar Paed, telinga, tinggi berat, autisme sehinggalah ke perkembangannya.

Syukur

Bila fikirkan balik, syukur dapat pemantauan rapi oleh pihak Pakar Paedratrik walaupun kami suami isteri berdua masing-masing bekerja dan struggle dalam mengatur appointment di KD, KK dan hospital pada setiap minggu, bulan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan. 

Pada hujung tahun lepas, apabila penilaian autisma mengatakan Rizqi tak ada simptom autisma, Pakar Paedratrik mengesyorkan agar Rizqi dirujuk ke Klinik Pertuturan oleh kerana walaupun umurnya pada ketika itu 3 tahun, tahap pertuturannya seperti umur 1.5 tahun. 

Kalau diikutkan respons Rizqi adalah baik, bagi arahan untuk buat itu ini dia faham dan ikut, cuma Rizqi tak bagi respon balik. Pertuturannya terhad kepada satu patah perkataan contohnya Abah, Nak, Tu dan lain-lain. 

Red Flag

Balik je rumah kami bincang dan bertukar pandangan berkenaan dengan speech delay. Betul ke anak kita bermasalah? Adakah disebabkan faktor keturunan? genetik dsb ataupun memang dia lambat bercakap?

Pelbagai topik yang kami google dan cari, termasuklah pandangan orang tua berkenaan dengan speech delay ni. Orang lama kata "Lambat cakap je ni. masuk umur baru nanti boleh lah bercakap", ada yang kata berat mulut, malas nak cakap dll. Ada orang kata anak Lelaki ni berat mulut, lambat cakap berbanding dengan anak perempuan. Macam - macam.

Bila tengok budak seusia dengannya, nampak Rizqi ketinggalan. Dia nak sampaikan something tapi dia pegang tangan Abah & Ibu & tunjukkan kepada benda tersebut. Dia nak benda, tapi tak cakap just pointing fingers. Risau betul. 

Kami redha untuk tambah lagi satu appointment di hospital Pulau Pinang untuk terapi pertuturan Rizqi walaupun bergelut dengan jadual kerja yang padat, semua tu tolak tepi demi perkembangan pertuturan anak. Klinik Pertuturan mempunyai slot terhad dan tak boleh lambat walaupun 10 minit. Masuk kali kedua, pihak klinik bagi appointment lepas 2 bulan, katanya dah ramai kanak-kanak dirujuk daripada pakar pediatrik untuk jalani Terapi Pertuturan. 

Mencari alternatif 

Start pada tu kami cuba google dan mencari pusat Terapi Pertuturan swasta yang dekat supaya Rizqi dapat menjalani terapi pertuturan dengan lebih kerap. Cari punya cari, kami ke Pasific Speech Therapy di Jalan Besi untuk tahu tentang lebih lanjut program dan aktiviti terapi pertuturan ni. Both of us memang tak tahu apa yang pusat Terapi Pertuturan ni buat. 

Saya telefon untuk dapatkan slot perjumpaan dengan ketua terapi pertuturan. Untuk assesment pertama kami kena bayar RM320 untuk kenalpasti tahap kelewatan Pertuturan anak. Sesi pertama, kami berdua masuk ke dalam bilik penilaian bersama dengan cikgu terapi, dia bermain dengan Rizqi, lihat respon, perkembangan dan tahap pertuturan Rizqi. 

Selepas sejam, dia buat rumusan tentang Rizqi dan beri cadangan yang diperlukan untuk improve perkembangan pertuturan Rizqi dari segi sensori, motor dll. Kami berdua angguk dan setuju untuk mulakan sesi pada bulan Februari 2020 walaupun kami tahu kosnya bukannya murah. Insyaallah, masih lagi mampu untuk beri yang terbaik untuk Rizqi.

Kelas terapi pertuturan pertama

Sebenarnya ada banyak pakej dan yuran mengikut tahap keperluan terapi anak. So untuk Rizqi, pihak Pasific hanya cadangkan untuk buat kelas terapi secara kerap. Kami buat keputusan untuk ambil sesi seminggu sekali. Harga untuk setiap sesi lebih murah jika bayar untuk 4 sesi sekali gus. 

Masa kelas asesement haritu Rizqi suka dengan cara layanan dan kat situ ada banyak permainan!
 
Haha! Rizqi ni suka orang bagi perhatian dan layan dia main. Sebab tu dia suka. 

Nasib baik Rizqi excited sangat nak ke kelas tu. Dia tak sabar untuk ke kelas, jumpa teacher dan siap halau abah suruh balik. Kelas Speech Therapy ni tak lama, sejam je. Lepas sejam, kami pergi ambik Rizqi dan teacher yang mengendalikan sesi Rizqi berikan penerangan tentang aktiviti yang dilakukan serta results.

Pelbagai komen yang diterima daripada teacher berkenaan Rizqi tentang problem solving, focus, creativity, response, dan pelbagai lagi. Setiap kali balik dari kelas, saya akan tanya Rizqi apa yang dia belajar dan pihak Speech Therapy akan bagi homework untuk Rizqi lakukan.

Saya berfikir, kenapa dalam tempoh sejam dengan Speech therapist dah boleh nampak perubahan anak? Apa yang depa buat ye? Kagum

Alhamdulillah ada perubahan

Depa semua tu pakar dalam bidang ni. Semuanya dah trained dan tahu handle budak macam Rizqi. 

Alhamdulillah, Rizqi pun suka & tak pernah taknak pergi kelas terapi pertuturan. Cara approach dan material yang digunakan sangat straight forward. Kami boleh lihat hasil perkembangan pertuturan dan respons Rizqi selepas 2 kali sesi. 

Sejak dari hantar ke Pasific haritu, kami berdua baru tahu dan faham rupanya untuk improve perkembangan pertuturan anak ni perlukan fokus daripada parents. Therapist pun ada ajar kami what we should do at home selepas habis setiap sesi. Bottom line, kita kena bagi masa, ajar serta main dengan anak untuk pastikan dia cepat improve

Bila ada interaksi, anak akan fokus dan ada komunikasi yang membolehkan dia tambah perkataan dalam hidup dia. Sambil - sambil tu, kami ajar cara untuk mengira, sebut dan ajar perkataan baru. Tak susah, cuma jangan cepat give up dan kena ambil masa. 

Syukur sangat sebab Rizqi ada fokus dan itu menyebabkan dia boleh catch up apa yang kita ajar dan buat. Kalau tak ada fokus, kena ambil masa untuk improve fokus dia dan baru boleh move to next stage. 

Masuk tadika

Alhamdulillah, hari ini hari pertama ke Tadika. Saya daftarkan playschool untuk Rizqi belajar dan bermain dengan kawan. Nak bagi kat dia pendedahan awal untuk ke tadika tahun depan. Dah lama saya rancang untuk daftarkan Rizqi ke Tadika, cuma tak boleh nak ke Tadika sebab pelbagai alasan.

Walaupun Rizqi tak boleh bertutur dengan lancar macam budak seusia dia, saya agak berpuas hati sebab repons dan butir percakapan dia makin lama makin bertambah dan lancar. Dah boleh faham apa yang Rizqi nak sampaikan. Saya harap apabila dia bergaul dengan kawan - kawan boleh membantu tambah perkataan dan kelancaran pertuturan dia. 

Rizqi dah boleh bagitahu apa yang dia nak dan sampaikan, cuma biasalah masih lagi tantarum dan menangis bila tak dapat benda yang dia nak. Anak manja Abah la kan?

Pengajaran

Sepanjang hampir 4 tahun bergelar ibu bapa ni, saya belajar banyak benda antaranya adalah :

  1. Masa bersama keluarga adalah masa yang paling berharga
  2. Beri perhatian kepada anak yang masih kecil, luangkan masa dan layan karenah anak untuk ada komunikasi dua hala
  3. Sentiasa bagi masa untuk main dengan anak, sekurang-kurangnya 1 jam sehari. Dalam tempoh sejam tu jangan main phone. Tumpukan 100% kat anak. 
  4. Pelbagaikan medium pembelajaran. Kena banyak google untuk merangsang sensori anak dll.
  5. Tutup tv and no phone
  6. Bawa ke kelas terapi pertuturan seawal mungkin
Tentang solusi no.6 tu, tak semua orang mampu sebab kelas tu agak mahal. Mungkin kita boleh buat aktiviti speech therapy di rumah. Kena beli dan dapatkan maklumat bagaimana nak buat aktiviti di rumah. 


2 comments: