Petang tadi, aku ke JM Motor untuk ambik kereta baru. Actually, aku dah book kereta ni pada bulan 8 2021. Oleh disebabkan model Civic FC ni macam pisang goreng panas, so hampir tiga bulan jugak la tunggu.
Pertengahan bulan Oktober, SA aku Whatsapp yang kereta akan sampai hujung bulan Oktober.
Yeay!
Pilih 1.8 NA
Aku sebenarnya confuse nak pilih model mana satu. First, aku takut sebenarnya nak ambik model turbo. First, sebab takut nanti aku mesti bawak laju. Second, aku takmau pening kepala bab maintenance kereta. Kerata ni sepatutnya less maintenance. Aku takmau la nanti ambik Turbo buat sakit kepada pulak. Haru!
Pilih nombor plate
Once kereta dah confirm, SA call tanya nak no plate apa.
Macam biasalah, aku nak no 8789. My luckly no. Mulanya nak no plate Penang je. Tapi bila dah check tak ada dah no tu. I iz sad. Tak mau la ambik no plate luar.
Kereta aku ni akan main kot kawasan Penang. Nanti guna plate luar kena buli pulak dengan driver tempatan. So, aku ambik je la no lain. No problem. Nanti kalau dapat beli no plate cantik, boleh je nak tukar no plate. Huhu
Sign loan agreement
Dah lama tak beli kereta. Last beli 8 tahun lepas. Haha So aku dah lupa macam mana proses beli kereta ni. Lepas hampir seminggu register no plate kereta, SA habaq kena pergi sign loan agreement. Aku duduk kat Pulau, so dia pi cari panel bank dekat belah Georgetown.
Kebetulan pulak banker tu duduk Teluk Kumbar, so dekat la dengan Balik Pulau. Aku ajak dia mai je Starbucks Balik Pulau. Sebelum sign tu, banker ada explain jumlah loan & kadar keuntungan bank.
Rasanya kali ni pakej loan kereta dah berlainan berbanding dengan 8 tahun yang lepas.
Kereta dah ready!
Syukur, lepas je beberapa hari aku sign loan agreement, kereta pun ready. Cepat jugak agent aku ni buat kerja. Aku pilih untuk ambik dekat showroom. Aku bawak wife & anak-anak untuk ambik kereta baru aku ni.
Masa aku sampai je, kami go through semua proses dokumentasi. Kena sign agreement acceptence, bayar lebihan charges (aku tambah bodykit & tinted) dan of course check condition kereta.
Lepas bergambar, kami semua keluar & aku drive balik kereta baru aku. Bermulalah kehidupan aku dan keluarga dengan kereta baru!
0 Komen:
Post a Comment