Saturday, June 18, 2022

Nak renew insurans kereta? baca ni!

 


Kalau kereta masih ada hutang dengan bank, please jangan ambik insurans kereta murah-murah especially Market Value.

Ramai yang terciduk, kereta total lost tapi Insurans kereta tak boleh cover outstanding loan!

Ramai yang terkena bila ambil insurans murah-murah. 

bila ambik yang murah, of coz coverage pun SEKADAR ADA. 

Insurans kenderaan yang murah biasanya ada coverage paling BASIC, iaitu 3rd party ataupun kalau 1st party sekalipun ramai yang ambik ikut Market Value!

Sedar atau tidak, sebab utama kita ambik insurans kenderaan adalah :

1️⃣ bagi kenderaan yang masih ada loan dengan bank, insurans ni bertujuan untuk cover baki loan sekiranya kenderaan total lost ataupun hilang

2️⃣ bagi kenderaan yang dah tak ada hutang bank, nak cover kerugian

Bila kita ambik insurans kenderaan MURAH-MURAH, kita tak dapat nak cover dua tujuan utama ni.

Insurans kenderaan murah tu sekadar boleh renew roadtax dan guna atas jalanraya.

Bagi saya, kalau kenderaan tu dahhabis loan & berusia no issue tapi yang dok jadi adalah sebaliknya!

So, sebelum nak renew insurans kereta, please semak dulu outstanding loan yg tinggal

Semak baki loan kereta

Andai kata outstanding loan masih banyak, pastikan hampa ambik sum covered yg lebih tinggi dari outstanding amount.


Next, tolong pilih AGREED VALUE berbanding MARKET VALUE

Benda ni penting!

Agreed value : Jumlah pampasan akan dibayar seperti sum covered dalam polisi/cover note

Market value : jumlah pampasan akan dibayar berdasarkan harga semasa kereta dan bayaran maksimum sepeti sum covered dalam polisi/cover note

Dua perkara yang berbeza ya!

So far clear tak kepentingan agreed value ni?

Semak Cover note kenderaan sekarang! 

Cepat-cepat cari covernote insurans kereta hampa sekarang, semak tengok sama ada agreed value (AV) or market value (MV).

Ni saya bagi contoh MV atau AV.


Etiqa Takaful ni cover MV manakala Zurich Takaful AV.

Insurans murah vs Insurans cover yang penting

Majoriti orang kita nak insurans murah-murah. So bila murah CONFIRM akan cover Market Value je.

To be honest, sum covered Agreed Value ni mahal berbanding dengan Market Value. 

Sebagai contoh, ni adalah jumlah sum covered Agreed Value vs Market Value bagi Myvi baru tahun 2018.


Apa jadi kalau ambik Market Value?

Ok je. Tapi kalau outstanding loan dekat bank bawah RM36.5k & kereta hilang/total lost, selamat lah.

Kalau outstanding loan lebih RM36.5k hampa kena jaga-jaga la ya! ADA kebarangaklian kena bayar kat bank walaupun kereta total lost/hilang!

Sebaliknya, kalau ambik Agreed value RM44k & time tu kereta hilang/total lost tapi outstanding loan dengan bank kurang dari RM44k, secara tak langsung kita dapat duit lebih & CASH dalam tangan! 

Saya ada tulis details dalam thread ni.

Ini saja perkongian saya kali ni tentang Market value & Agreed value. Jika ingin maklumat lanjut boleh je tanya saya di whatsapp https://wa.me/6011159238789

0 Komen:

Post a Comment