Sunday, July 24, 2022

Financial Freedom?


Ramai sangat dok share pasal financial freedom. Banyak method. Tak tahu mana satu nak follow. Ada yang suruh berniaga, ada yang suruh buat part time, ada suruh buat investment lain-lain lagi.

Persoalan utama, bagaimana nak capai financial freedom?

Takrifan Financial Freedom

Bagi saya, financial freedom adalah dapat DUIT EXTRA setiap bulan untuk FREE kan salah satu komitmen tetap saya ataupun, dapat duit extra tu boleh pi bercuti, bayar anak pi tadika yang lebih baik sikit ataupun simpan.

Apa takrifan financial freedom bagi hampa?

Makan gaji

Lepas je grad, saya bekerja makan gaji. Kerja kilang & hanya bergantung kepada single income. Alhamdulillah, dalam tempoh 6 tahun bekerja ada OT, promoted & ada increment gaji. Dari bujang sampai kahwin & ada anak.

Tapi saya masih tercari-cari bagaimana nak capai financial freedom kalau kerja makan gaji je? Cukup bulan gaji masuk, bayar komitmen & belanja ikut duit yang ada.

Kesimpulannya, kita takkan boleh nak capai financial freedom kalau hanya buat benda yang sama.

Memang mustahil la nak dapat duit lebih. Apa yang saya perlu buat untuk capai financial freedom adalah kena buat kerja part time.

Cari kerja part time

So, saya pun start survey apa part time job yang saya perlu buat untuk dapat extra income.

Saya masuk kelas forex, saya jumpa dengan ejen Unit Trust, saya sembang dengan ejen emas dan cuba tengok bisnes online yang boleh tambah income.

Ultimate target, nak cari kerja part time yang TAK PERLU MODAL dan tak perlu fokus sangat. Ada ke kerja yang tak jejaskan prestasi kerja hakiki?

Survey punya survey, semua kerja part time yang saya tengok tu tak kena dengan jiwa. Saya pun berhenti mencari kerja part time & fokus je la dengan kerja sedia ada.

Lepas 3 bulan, kawan sekerja datang approach untuk berkongsi tentang Takaful. Saya ni kalau dengar bab insurans je terus bluetick & malas layan. Tapi, pada masa tu ntah la macam mana boleh bagi masa kat kawan ni untuk cerita pasal Takaful. Time tu saya tak ambik apa-apa insurans. 

Nak dijadikan cerita, saya terbukak hati untuk ambik Takaful dengan kawan atas dasar kepentingan untuk perlindungan gaji demi masa depan keluarga. Tu je. Dan dari situ kawan saya bagitahu boleh jadi ejen takaful part time.

Explore opportunity sebagai Ejen Takaful

Saya bagi peluang kat diri sendiri untuk join Business Opportunity Talk. First time masuk talk tentang insurans ni. Sebelum ni pernah masuk talk MLM. Serius taknak lagi masuk talk MLM. Seriau & trauma masih ada. Tapi masih bagi peluang untuk “dengar dulu”.

Rupa-rupanya business talk insurans tak sama macam MLM. Tak pushy & lebih kepada bagaimana nak bantu orang untuk dapatkan perlindungan. 

Balik rumah, saya tanya wife ok tak kalau nak jadi ejen takaful?

Saya ingatkan dia supportive tapi sebaliknya!

“Abang ingat senang ke nak ambik duit orang?” tanya wife

Tambah dia lagi “Kita ni dah berumur baru ambik insurans. Mudah ke nak yakinkan orang? Tak mudah abang. Abang pun berkira-kira nak ambik insurans lagi nak jual insurans”

Cabaran bergelar Ejen Takaful

Takpa, ni adalah satu cabaran. Saya tak kisah dengan cabaran ni. Saya terus buat keputusan untuk ambik lesen TBE. Saya set study seminggu lepastu ambik exam. Alhamdulillah, lulus & boleh coded jadi Ejen Takaful.

Dapat kod ejen bulan April. Tapi dapat first case bulan June. Rasanya nak give up jadi Ejen Takaful tapi atas semangat nak bantu orang dan tambah income, saya telan semua tu.

Income Part Time

Alhamdulillah, saya nampak income part time saya grow dari mula dapat RM70 sebulan hingga RM1,000 sebulan. Saya set pada masa tu nak FREE kan komitmen yang ada. 


Saya FREE kan kereta yang saya bayar setiap bulan RM650 sebulan. 

Syukur, dengan income part time saya dah dapat kereta free. Budget komitmen bulanan RM650 sebulan selama ni saya ada boleh simpan & guna untuk tujuan lain.

Dengan gaji kerja hakiki plus additional up to RM1,000 setiap bulan untuk belanja anak bini. Syukur! 

Bagi saya, ini adalah FINANCIAL FREEDOM cara diri saya sendiri. Satu demi satu komitmen bulanan saya FREE kan dengan income part time.

0 Komen:

Post a Comment