"Boleh bagitahu nama kamu dan kenapa kamu ada di bilik pembedahan?" tanya doktor pakar bius.
"Nama saya Luthfi, saya nak buat operation sinus & remove tonsil, doktor" jawap aku.
Di kiri dan kanan aku ada doktor ENT dan nurse. Aku takut. Ketar tangan.
"Jangan takut, saya nak masukkan ubat bius ya. Kita kira sama sama ya" pesan doktor.
Ketika dia masukkan ubat bius dekat branula di tangan kanan aku, rasa pedih dan sejuk. Aku pun fokus mengira 1...... 2..... dan tak sampai 3 pun aku dah "padam".
Buat keputusan
Awal bulan Febuari, aku beranikan diri untuk ke KPJ untuk jumpa pakar ENT. Aku tak tahan dah dengan sinus, asyik bersin, sakit tekak, nafas berbau dan tidur berdengkur kuat. Dah puas aku google. Rasanya tiba masa untuk aku jumpa dengan pakar in person.
Aku telefon hospital. Staff klinik tu kata tak payah buat apa-apa appointment. Hanya walk in ke klinik.
So, lepas tunggu giliran, doktor panggil masuk dan tanya beberapa soalan. Lepas pada tu, dia jemput ke kerusi yang depannya ada monitor besar.
"En Luthfi, saya akan masukkan skop dalam hidung, telinga dan mulut ya. Saya nak check" kata doktor.
Lepas dia masukkan skop dan tengok keadaan ENT aku, dia buat kesimpulan yang perlu admit wad dan buat rawatan segera.
"Admit malam ni boleh?" ujar doktor dengan nada sinis.
"Eh tak boleh doktor. Saya kerja dan kena susun jadual kerja saya dulu. Lagipun saya tak sakit kan?" tanya aku.
"Apa pulak tak sakit. Hidung bengkak dan tonsil pun bengkak. Sakit tu" tegas doktor.
"En Luthfi ada masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA). Sebab tu tidur tak jerap, sakit kepala dan tambahan pula ada sinus. Kena buat cepat ni" tambah doktor untuk diagnosis awal.
Setuju untuk admit wad
Aku angguk dan setuju untuk admit. Selang seminggu, aku admit wad.
Itu adalah kali pertama aku jejakkan kaki masuk wad sebagai pesakit. Aku ni dah la Ejen Takaful, selalu jumpa client admit wad dan teman anak isteri aku. Kali ni giliran aku pulak kena. Haha!
Wad hospital adalah satu tempat yang menyeramkan. Tempat orang sakit. Bukan tempat yang best.
Mekna dan anak-anak hantar aku jam 9 malam, aku admit lepas setengah jam kemudian. Ada staff bawak aku ke wad.
Sampai dalam wad, aku tengok jiran kiri dan kanan. Aku tak la sakit macam orang kiri dan kanan aku. Depa jauh lebih teruk.
Kali pertama guna Branula
Lepas sejam, ada seorang nurse datang bawa trolley. Katanya nak masukkan jarum. Aku dah cuak!
Antara benda yang paling seram kat hospital adalah branula. Aku dengan poyonya cakap kat nurse yang dulu aku pernah kerja dengan company buat branula ni. Dari A sampai Z aku tahu proses pembuatan branula.
Dalam tengah dok bercerita tu la dia masukkan jarum kat salur darah tangan kanan aku. Alhamdulillah semua smooth. Syukur.
Malam tu nurse masukkan air dan ubat. Permulaannya pedih, lepas tu rasa sejuk je lepas air masuk. Syok pulak.
Pemeriksaan CT scan
Esok hari, lepas makan tengah hari, nurse datang inform yang doktor dah jadualkan untuk buat CT scan. Aku pun bersiap nak turun ke tingkat bawah hospital untuk CT scan. Ini kali pertama aku buat CT scan, sebelum ni pernah buat X-ray je.
Aku baring diatas katil, staff masukkan dalam terowong. Tak sampai 10 minit pun dah siap semua prosedure. Kejap je. Lepas siap, aku terus naik ke wad semula.
Beberapa jam lepas tu, staff bawa aku jumpa dengan doktor pakar ENT di klinik beliau.
Early diagnose
Di klinik, doktor pakar ENT jelaskan kat aku tentang keputusan CT scan. Dekat gambar CT scan tu memang jelas ada beberapa tompok putih sinus disekitar pipi kiri dan kanan. Dekat bahagian tekak pun memang ada blockage sebab tonsil dah bengkak.
Bahagian hidung pulak sempit disebabkan ada bengkak di saluran hidung kiri dan kanan. Aku angguk faham.
Walaupun dah keluar keputusan CT scan ni, doktor minta aku buat Sleep Test. Report Sleep Test ni lebih penting untuk nilai tahap keseriusan penyakit OSA aku. Tapi, Sleep Test ni insurans tak cover. Kos RM300 tu kena tanggung sendiri.
Aku tak kisah pasal duit. Aku setuju dan malam tu jugak technician dari company Sleep Test datang buat device installation kat badan aku sebelum aku tidur.
Syukur pada malam tu aku dapat tukar bilik dari quad sharing kepada single room. Single room lebih baik sebab tak ada gangguan bising dari jiran kiri dan kanan. Huhuhu
Sleep test
Sebenarnya aku excited jugak nak tahu apa yang berlaku masa aku tidur. Jam 8:30 malam, technician tu datang bawa device. Sleep test ni buat untuk 8 jam. So, aku kena tidur cukup 8 jam baru dapat result yang tepat.
Dia pasang device dekat dada aku, letak tiub pernafsan, dan beberapa wayar lagi. Sekali imbas nampak aku macam teruk sangat. Macam kat ICU pun ada. Nauzubillah! Lepas je pasang device tu, ada beberapa orang kawan datang melawat. Depa ambil gambr aku dan share dekat WhatsApp group.
Beberapa orang kawan aku mesej tanya keadaan aku. Dalam gambar nampak teruk! Haha. Sebenarnya tu hanya Sleep Test.
Esok pagi, aku bangun dan buang device tu. Dalam jam 10 pagi technician datang ambil dan compare report Sleep Test.
Based on report, prestasi tidur aku sangat teruk dan disahkan ada SEVERE obstructive sleep apnea (OSA) sleep disorder.
Selain tu, keputusan Sleep Test pun stated yang aku ada lebih 200 kali Sleep Apnea (bermaksud tidur tak bernafas) dan lebih 50 kali Sleep Hypopnea! Seram weh! Bukan tu je, masa tidur SPO2 aku pun turun sampai 60%!
Lepas bincang dengan doktor, memang kena buat cepat sebab. Ada banyak potensi seperti mati dalam tidur, serangan jantung dll.
Tak sangka sebab OSA ni boleh jadi macam-macam. Berbaloi la bayar RM300 untuk dapat keputusan Sleep Test ni. Memang canggih tekonolgi zaman sekarang.
Hari Operation
Lepas dua minggu, aku check-in KPJ lagi untuk kali kedua. Kali ni lebih scary sebab nak kena buat operation. Doktor pesan dah, lepas buat operation ni perlukan 2-3 minggu untuk pulih. So, aku kena MC lama.
Aku register kat emergency counter, buat Covid test dan bayar deposit macam biasa. Lepas 30 minit, staff bawak aku ke wad dan tunjukkan katil.
Tepat jam 12 malam, nurse datang bawak baju uniform operation. Katanya aku kena puasa start jam 2 pagi. Tak boleh makan dan minum. Dia pun bawa milo panas dan sebungkus bisku. Aku layan je la, tak ada hal la nak puasa macam ni.
Esok pagi, lepas breakfast jam 9 pagi nurse suruh siap untuk ke Operation theather. Aku pakai baju operation, nurse tolong ikat tali kat belakang sebab tangan tak sampai. Hehe. Aku tinggal semua barang aku kat nurse. Lepastu, dia tolak aku dengan wheelchair ke bilik operation di tingkat bawah.
Banyak prosedur sebelum boleh masuk ke wad operation. Lepas je sampai situ, aku kena baring atas katil dan depa bukak tali di bahagian belakang. Aku mula rasa seram sejuk. Ketaq satu badan. Muka aku cool je time tu tapi dalam hati takuttttttttttttttttt.
20 minit lepas masuk wad operation tu, doktor pakar ENT datang dan kemudian doktor bius pun datang. Dia yang masukkan branula. Cekap betul doktor tu berbanding dengan nurse. Sebab tu dia doktor. Haha.
Kemudian, lepas 30 minit tiba la giliran aku ditolak ke Operation Theather!
Keadaan di OT tu memang macam dalam movie. Redha je la apa nak jadi. Aku nak sembuh dari penyakit OSA, tonsil dan sinus ni. Apa-apa pun Allah ada.
Lepas keluar OT
Seingat aku masuk OT jam 11 pagi dan aku sedar pada jam 2 petang. Masa tu, depa letak ghost kat hidung aku. Keadaan time tu sangat sangat sangat sejuk. Nurse dok panggil nama aku, depa cakap dengan aku. Aku pun tertidur balik. Lepas tu terjaga balik jam 3 petang. Aku rasa selesa dan tak sejuk sangat sebab depa pasang heater dalam selimut aku.
Lepas 30 minit, depa tolak aku naik ke wad semula. Dari duduk bilik berdua, ada bilik single kosong. So dapatlah aku rehat lebih tenang kat single room. Sekarang ni baru aku tahu bertapa selesanya duduk single room lepas selesai operation. Patutlah ramai orang nak admit kat hospital swasta sebab keselesaan ni.
Aku mesej Mekna, inform dia aku dah keluar wad. Masa tu aku tak rasa sakit apa pun. Macam biasa je.
Lepas operation, aku tinggal kat wad untuk dua malam. Doktor datang melawat, hidung tak berhenti-henti berdarah. Sehari setengah jugak baru berhenti darah. Masa tu selang 40 minit aku tukar ghost. Kena letak tape kat hidung supaya ghost tak jatuh.
Duduk dalam wad memang bosan. Nasib baik bawak ipad. Boleh tengok movie kat Netflix. Aku tak larat nak mesej, kelebek twitter ataupun FB. Client mesej pun aku tak reply. Aku pesan siap-siap dan dalam whatsapp status. Aku perlukan masa untuk rehat dan recover.
Post-hospitalization and pain is real!
Pada hari keempat, lepas jumpa doktor kat klinik, doktor cakap dah boleh balik. Tapi seminggu lepastu kena datang follow up lagi. Aku bagitau kat doktor yang aku tak rasa sakit. Tapi staf klinik tu kata balik nanti baru rasa. Haha
Yela kan, kat wad depa masukkan ubat tahan sakit melalui IV. Kat rumah kena makan ubat bijik.
Jam 8:30 malam GL aku approved. Lepastu nurse buang branula dan terus boleh balik. Depa bagi ubat 3 beg jugak la! Total cost untuk pembedahan lebih RM25,000. Tu tak termasuk dengan first admission RM5,000 lebih. Campur dua kali admission cecah RM30,000! Syukur ada Medical Card dan its covered 100%
Yang tak cover adalah admission fees dll dalam RM100. Ok la kan daripada kena bayar RM30,000! mana nak cari duit oiii!
Start sampai rumah, aku jadi lembik dan lesu. Hidung tak sakit tapi yang paling sakit adalah tekak. Tekak sakit sebab kesan operation buang tonsil. Hanya Allah je tahu betapa sakitnya aku nak telan air liur pun ketaq kepala.
Dalam 3 hari jugak aku sakit. Doktor bagi ubat tahan sakit paling kuat. Lepas makan ubat tahan sakit, baru aku boleh makan dan minum macam biasa. Lepas hilang kesan ubat aku jadi sakit balik. Tidur pun dalam 2-3 jam saja. Tengah tidur, pukul 2-3 pagi terjaga dan duduk melengung sebab sakit.
Kena makan ais krim dan banyakkan makan
Dari keluar OT, aku makan ais krim untuk kurangkan kesan sakit tonsil. Dalam dua tiga hari tu aku minum dan makan banyak benda sejuk dan manis. Tak tahan wei.
Doktor pesan suruh makan makanan yang lembut, tak panas dan tak pedas. Bila dah hilang sakit, boleh makan banyak-banyak supaya kesan putih-putih kat area tekak tu hilang. Bila hilang je putih putih tu baru tak rasa sakit.
Aku pun pi melantak nasik keras. Lepas makan nasik terus hilang tompok putih. Masa tu baru hilang sikit rasa sakit cuma rasa berdenyut je. Pandai betul doktor, sebab tu dia jadi doktor! haha!
Recovering
Syukur Alhamdulillah. Lepas dua minggu aku dah tak rasa sakit. Lepas dua minggu follow up doktor pun happy dengan perkembangan recovery aku. Ubat pun dah habis, hanya perlu makan ubat tahan sakit je bila perlu.
@luthfisuib Post sinus Operation - kena cuci hidung dengan air garam setiap 6 jam sekali. So far dah lebih 10 hari. Ada sikit je lagi darah.
♬ Ya Rabb يارب - Muhajir Lamkaruna
Aku pun dah mula kerja last week. Tak boleh tahan duduk rumah je. Otak pun tepu. Kepala jadi jem. Aku kena start pick up balik semua benda yang terkandas selama dua minggu.
Ni dah 10 hari puasa, alhamdulillah tak ada apa pun masalah. Puasa macam biasa. Cuma bila tekak dan hidung kering ada rasa pedih. Nak korek hidung masa siang tak boleh haha.
Insyallah minggu depan akan follow up lagi lepas 2 minggu. Harap semua ok nanti.
Syukur ada Medical Card!
Aku ambil insurans takaful sejak 2017 dan Medical Card sejak 2019. So, dalam tempoh ni aku istiqamah mencarum Takaful aku tanpa gagal walaupun pernah diberhentikan kerja. Aku tahu Takaful & Medical Card ni penting dan aku tak berani nak skip satu bulan pun takut nanti lapsed dan tak cover.
Bila baca dalam google, kes OSA, remove tonsil dan sinus ni nampak macam simple. Tapi bila main dengan kos perubatan ni haa, sampai RM30,000 kos rawatan untuk kes ni.
Aku bukannya nak promote Takaful & Medical Card cuma benda ni sangat bagi manfaat kat aku masa aku tengah memerlukan. Bayangkan kalau aku tak ada Medical Card, aku tak dapat la admit hospital swasta, keselesaan dan paling penting dapat rawatan yang cepat.
Aku tak pasti berapa lama tempoh untuk dapatkan rawatan macam ni kat hospital kerajaan. Tapi yang pasti nak dapat appoitment CT scan pun kena tunggu berbulan - bulan, kes aku ni dalam sehari dah siap dapat keputusan CT scan. Syukur!
Selain tu, aku pun ada ambil Income Protection Takaful. Dua kali aku admit wad, aku dapat claim RM600. Dengan duit pampasan Elaun Wad ni aku ganti balik untuk cover kos Sleep Test yang Medical Card tak cover. Bijak tak?
Baki RM300 lagi tu aku guna untuk kos yang Medical Card tak cover (RM88.00) dan selebihnya ganti balik kos minyak dan makan minum sepanjang aku masuk wad.
Terus terang cakap, tak sia-sia 3 tahun lebih aku mencarum Takaful. Ni yang aku nikmati. Banyak kali dah aku cerita pasal ni tapi orang tak ambik port, ada yang acuh tak acuh carum Takaful & Medical Card dan lain-lain lagi.
Salam Luthfi. Dari pembacaan aku ko ada OSA. Dan adakah osa sebab tonsil atau bukan. Kalau ya, adakah osa dah setel selepas operation tonsil. Kalau bukan, sekarang buat apa untuk masalah OSA tu
ReplyDeleteWsalam.. OSA tu salah satu sebab. Rasanya dah settle.
Delete