Friday, December 09, 2022

5 tahun aku jadi ejen takaful, bukan perjalanan karier yang mudah!


Antara yang paling mencabar adalah bagaimana untuk pastikan client kekal istiqamah mencarum pelan takaful yang kita design untuk dia. Hakikatnya, dalam beratus-ratus client, jangan tipu la kalau takda yang lapsed.

Lapsation, cancellation, termination dan surrender ni adalah "makanan" dalam industri Takaful.

Kalau hang ejen insurans, hang tak boleh lari dari dari LCTS ni. Soalan yang selalu ejen baru tanya "bagaimana nak pastikan client kekal mencarum supaya tiada LCTS?". Ada caranya.

Tak susah sebenarnya.

Tanya kat diri kita balik, what is our BIG WHY sign up Takaful?

At the first place kenapa kita ambik takaful & sekarang ni kita nak stop carum Takaful?

Adakah ada masalah kewangan?

Adakah pelan sedia ada tak berbaloi?

Adakah sebab dah ambik pelan baru?

Aku tanya balik 

"adakah cik/puan sanggup tunggu lagi 2 tahun untuk dapat Coverage 100%?

"Adakah tuan pasti lepas je terminate pelan dgn saya ni tuan masih kekal sihat sehingga Waiting Period 30/120 hari & 2 tahun tamat?"

As an agent, aku lebih risaukan client dari income aku.

Untuk takaful ni, client datang dan pergi.

Sama ada dia pergi for good ketika masih sihat & bernyawa ataupun dia pergi meninggalkan ejen bertemu penciptaNYA.

Kalau client stop carum, ejen hilang komisen berapa duit sangat. Tapi impak yang paling besar kepada client tu sendiri!

Bayangkan sekiranya client simply lapsed, cancel, terminate, surrender takaful tanpa good knowledge & judgement, ejen pasti rasa serba-salah

Melainkan kalau client tu sendiri sedar, yakin & tetap pendirian utk LCTS tu keputusan yg ejen perlu hormati. At the end it's business.

Selalunya aku nasihatkan client yg nak "berhijrah" ke takaful lain agar apply dulu plan baru, tunggu sehingga 30 hari atau lebih sebelum LCTS. Baru tak ada grey area & tak ada masa yang takda Coverage. Sekiranya ada cash value, duit tersebut akan dibayar selepas tolak fees etc

Syukur

Alhamdulillah aku dikurniakan Allah client yang serius dalam mencarum takaful.

Yang paling penting, diorg sedar pelan yg aku design tu betul-betul berbaloi, faham bagaimana pelan tu berfungsi & yakin dgn komitmen aku untuk membantu mereka ketika diuji kelak. Insyaallah.

Buatlah apa jenis perniagaan ataupun pekerjaan, pasti ada turun naik serta cabaran yang perlu kita hadapi.

Aku doakan agar semua ejen takaful diluar sana sentiasa diberikan kekuatan & istiqamah dalam perjuangan menyampaikan mesej kepentingan Takaful 💪🏻

Jom Takaful!

0 Komen:

Post a Comment