Friday, July 25, 2025

Hola Mexico! - Part 2

Boarding flight seterusnya jam 3:15 pagi dari Dubai ke Mexico City melalui Barcelona. Time tu badan aku dah mula rasa letih sebab kalau ikut waktu Malaysia, dah masuk pagi. Tapi dekat Dubai masih lagi tengah malam. Masuk je dalam flight, aku dah tahu ini akan jadi antara perjalanan paling panjang yang pernah aku lalui. Route kali ni memang jauh — Dubai ke Barcelona, lepastu sambung terus ke Mexico City.

Naik tangga - panjat ke plane

Dashboard

Route dan flight ni lama gila. Lebih 21 jam.

Mula-mula memang okay. Tengok movie, makan, sembang sikit dengan kawan-kawan. Tapi lepas beberapa jam, badan start rasa tak selesa. Duduk lama sangat. Nak tidur pun tak lena.

Tidur dalam flight ni jenis pejam mata sekejap, lepas tu terjaga balik. Bila bangun, rasa lagi penat. Haha. Aku tak tahu berapa kali aku bangun dan duduk sebab lenguh lepastu bosan.

Makan dalam flight memang disediakan beberapa kali. Portion okay, sedap pun boleh tahan. Tapi bila makan ikut waktu flight, bukan ikut badan kita, memang rasa pelik sikit.

International flight ni macam mana sekalipun aku mesti ambil seat paling tepi sekali dan dekat dengan toilet. Apa-apa nak keluar, bangun dan duduk mudah.


Transit di Barcelona.

Finally lepas 6 jam aku sampai jugak kat negara Sepanyol walaupun hanya untuk transit!

Kami turun dari kapal terbang dan masuk ke airport. Dekat sini kena buat immigration check, security, dan tunggu untuk boarding semula flight yang sama ke Mexico City.

Masa ni memang rasa macam “Eh, panjang lagi perjalanan ni”. Badan dah letih, tapi kena jalan, beratur, dan tunggu lagi. Lepas selesai semua, kami boarding semula flight untuk sambung ke Mexico City.

Aku sempat minum Matcha Latte kat vending machine.

Perjalanan sambung lagi 12 jam. Direct flight.

Time ni memang dah tahap kira jam bila nak sampai. Badan letih, mata berat, tapi tak boleh tidur betul. Aku banyak habiskan masa tengok flight map je.

Majoriti passenger flight ni memang cakap Spanish. Kiri, kanan, depan, belakang semua cakap Spanish. Aku tak tahu beza sama ada Spanish Spain ataupun Mexico. Huhu

Staff Emirates bagi 2x makan untuk flight ni. Akhirnya, kami sampai di Mexico City.

Hola Mexico!

Bila jejak kaki kat airport, rasa lega. Tapi dalam masa sama, badan macam “blur” sikit. Jetlag dah mula datang. Waktu Malaysia dengan Mexico memang jauh beza. 14 jam lambat dari waktu Malaysia.

Proses imigresen ambil masa sikit. Ramai orang, tapi semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah tak ada masalah. Kami transit kat Mexico City ni dalam 4 jam.

Lepas tu kami terus ke terminal untuk sambung flight domestik ke Tijuana.

Ingatkan dah sampai, rupanya ada lagi satu flight kena naik. Huhu.




Flight ke Tijuana

Flight ke Tijuana ambil masa lebih kurang 3 jam. Time ni memang dah tak fikir apa dah. Janji sampai hotel. Flight malam, aku nak tidur je. Flight kami ni budget flight so tak ada apa-apa screen entertainmet. Memang melangut tengok orang, pejam mata tutup mata & tengok kat luar yang gelap tu.

Sampai je kat Tijuana dah jam 12 tengah malam waktu Baja California, Mexico. BTW, ada perbezaan waktu antara Tijuana & New Mexico.

Nak keluar dari airport, Imigresen pulak buat kacau sikit. Nasib kami travel dalam group, so tak ada masalah untuk lepas keluar. Aku pun dah tunjuk semua dokumen.




Hola Tijuana!

Sampai Tijuana, suasana dia memang berbeza. Udara dia kering sikit. Dari segi persekitaran pun terus nampak lain dari Malaysia. 

Kami ambil transport dari airport ke hotel. Tak jauh sangat, tapi cukup untuk buat aku sedar yang aku memang dah berada di benua lain.

Sampai hotel, check in, masuk bilik. Aku mandi, lepas tu baring atas katil.

Jam 2 pagi sampai kat bilik. Perut lapar walaupun banyak kali makan kat dalam flight.

Aku keluarkan Maggi Cup. Turun bawah ke lobby untuk dapatkan air panas untuk tampung lapar sebelum esok pagi. Aku teman kawan aku beli makanan kat kedai depan hotel. Rupanya masih ada lagi restoran yang bukak pada waktu 2 pagi ni. Huhu


Oh ya, kat sini waktu solat awal.


Aku sambung pengalaman pertama aku di Mexico dalam Part 3.

0 Komen:

Post a Comment