Friday, August 01, 2025

Hello Mexico! – Part 3

Permandangan luar bilik aku menghadap ke supermarket sebelah

Esok pagi bila bangun, benda pertama aku buat memang tengok luar tingkap hotel. Malam tadi sampai pun dah gelap, so memang tak nampak sangat macam mana rupa Tijuana sebenarnya. Bila buka langsir pagi tu, baru rasa macam, “Okay, aku memang dekat Mexico dah ni.”

Kami menginap dekat City Express Junior by Marriott Tijuana Otay. Hotel ni simple je, sesuai untuk business trip. Kawasan sekitar pun okay sebab ada kedai, restoran dan supermarket dekat belakang hotel. 

Makan roti je la senang

Aku tak tau apa nama benda ni haha

Pagi tu kami turun breakfast dekat hotel dulu. Breakfast dia simple, tak banyak sangat pilihan, tapi cukup la untuk alas perut. Aku tak berapa familiar sangat dengan Mexican breakfast. Huhuh

Aku pun masih blur lagi dengan timezone, so makan apa yang ringan-ringan je.

To recap, aku ada simulate timezone changes dan perbezaan masa dengan Malaysia. Thanks to ChatGPT.


Lepas breakfast, aku keluar jalan-jalan sekitar hotel. Nak kata explore sangat tu tak la, cuma nak tengok kawasan sekeliling dan biasakan diri dengan suasana dekat Tijuana. Bila jalan kaki, baru aku perasan udara dekat sini lebih kering daripada Malaysia. Panas dia pun lain. Tak rasa lembap dan melekit sangat macam dekat Malaysia.

Bangunan sekitar hotel pun nampak lain. Banyak signboard dalam Spanish, susunan kedai pun tak sama macam Malaysia dan banyak kereta lalu lalang sebab kawasan ni memang agak busy. 

Keadaan depan hotel

Sedapnya tengok susu kat 7E

Tijuana ni memang dekat sangat dengan border US, so memang rasa macam bandar sempadan. Ada kawasan yang nampak moden, ada kawasan yang nampak simple dan agak old-school.

Lunch dekat bandar Tijuana

Tengah Sabtu tu kami keluar ke town Tijuana untuk cari makan. Aku order Uber gerak dari hotel ke Tijuana. First time guna Uber, dulu kat Malaysia ada Uber sebelum diambil alih oleh Grab.

Keadaan di Tijuana, bukit dan batu. Berhabuk jugak


Disebabkan kami ramai Muslim, memang kena plan sikit bab makanan. Nasib baik kami jumpa Sahara Restaurant, restoran halal yang diusahakan oleh orang Palestin. Nasib tak jauh 

Cantik restoran ni

Menu makanan kat Sahara. Nasib ada versi English jugak

Dalam kedai ni ada burung merak. Comeiii

Aku order nasi mandy kambing

Taukeh belanja "kuih lengan wanita" a.k.a Znoud El Sit


Memang lega bila jumpa makanan halal dekat tempat sejauh Mexico ni. Menu dia Middle Eastern food, ada rice, grilled meat, hummus, salad dan macam-macam. Lepas berjam-jam makan airline food sejak dari Malaysia, dapat makan proper halal meal memang rasa puas sikit.

Makanan kat Sahara ni bagi aku memang sedap. Portion pun boleh tahan besar. Owner dan staff pun friendly. Bila depa tahu kami dari Malaysia, ada sembang sikit. Benda macam ni yang best bila travel jauh walaupun datang dari negara lain-lain, bila jumpa sesama Muslim tu rasa macam familiar sikit.

Lepas makan kami jalan-jalan kejap sekitar town Tijuana. Masa ni baru boleh tengok suasana bandar waktu siang. Memang busy, banyak kedai dan orang keluar masuk. Signboard hampir semuanya Spanish. Kalau staff cakap laju, aku memang senyum dulu. Haha.

Keadaan dekat Tijuana

Supermarket LEY

Petang tu kami balik kawasan hotel dan jalan ke Supermarket LEY yang terletak dekat belakang hotel.

By the way, aku memang suka tengok supermarket negara orang sebab dari situ boleh nampak gaya hidup depa, jenis makanan yang biasa depa beli dan harga barang harian.

Bila masuk LEY, memang banyak benda yang nampak menarik sebab packaging, brand dan jenis makanan dia lain daripada Malaysia. Ada banyak produk Mexico dan juga produk yang biasa nampak dekat US. Mungkin sebab Tijuana ni dekat sangat dengan border Amerika.

Avocado MEXICO!

Fresh

Ni yang aku pelik. Kat sini juai tayar! haha

Bab harga pulak, aku rasa barang dekat sini agak mahal. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada memang cost of living kat sini tinggi atau sebab bila convert dari Peso ke Ringgit, terus rasa sakit sikit. Haha. Bila nilai Ringgit rendah, benda yang nampak biasa dekat sana bila convert balik memang terus rasa mahal.

Awal-awal memang setiap benda aku tengok harga dan kira dalam kepala.

“200 Peso ni berapa RM?”

“Yang ni mahal ka okay?”

Lama-lama malas jugak nak convert semua benda. Huhu.

Weekend duduk dekat Tijuana

Untuk rekod, sepanjang weekend kami memang pilih untuk duduk dekat town Tijuana sebab lebih senang. Banyak pilihan makanan, supermarket, kedai dan tempat nak jalan. Kalau duduk dekat Tecate hujung minggu, pilihan tak sebanyak Tijuana.

So plan kami memang working days duduk dekat Tecate, weekend turun balik Tijuana. Senang nak cari makan, beli barang dan jalan-jalan sikit bagi hilang penat kerja.

Antara permandangan biasa di Tijuana

Ahad cari makanan halal lagi

Hari Ahad tengah hari, kami keluar lagi nak cari makanan halal. Plan asal memang nak pergi Sahara sekali lagi sebab makanan dia sedap.

Sekali sampai... Tutup! Haha.

So kena cari option lain. Nasib baik jumpa satu lagi tempat makan halal dekat kawasan Tijuana Centro iaitu Almanara. Aku dah lupa detail sangat pasal menu dia, tapi yang aku ingat, rasa dia okay la. Cuma kalau nak compare dengan Sahara, memang Sahara lagi sedap bagi aku.

At least dapat makan halal dan kenyang sebelum bergerak ke Tecate petang tu.

Aku try satu sup lentil Mexico, sopa de lentejas. Rupa dia simple je lentil dengan kentang dalam kuah sup — tapi rasa dia comfort food betul

Ingatkan kat sini semua halal rupanya tak semua. Huhuhu

Bergerak ke Tecate

Petang Ahad, kami mula bergerak ke Tecate untuk urusan kerja hakiki. Esok pagi dah kena masuk site.

Perjalanan dari Tijuana ke Tecate lebih kurang 40 minit. Nak kata jauh sangat tak, nak kata dekat sangat pun tak. Tapi sebab ada highway, perjalanan memang smooth.

Yang menarik, jalan ke Tecate ni banyak kawasan bukit-bukau. Landscape dia kering, berbatu dan memang jauh beza dengan Malaysia. Sepanjang jalan tu kita masih dekat dengan kawasan border US.

Masa dalam kereta tu aku banyak tengok luar tingkap. Pemandangan dia memang lain daripada apa yang biasa aku tengok. Tak banyak pokok hijau tebal macam Malaysia. Banyak bukit, tanah kering dan kawasan terbuka.

Perjalanan ke Tecate - Ahad pun jem kat Tijuana ni

Plaza Tol Tijuana-Tecate

Finally dah sampai

Sampai Tecate

Sampai dekat Tecate, terus rasa vibe dia lain daripada Tijuana. Tecate ni pekan kecil dan lebih tenang. Tak sesibuk Tijuana.

Kami menginap dekat Hotel Santuario. Location hotel ni pun agak menarik sebab dekat sangat dengan border US. Belakang kawasan tu memang dah dekat dengan sempadan Amerika. Agak berbukit dan boleh nampak keseluruhan pekan Tecate yang berbatu ni.

Sampai hotel, kami check in dan kemas barang dulu. Hotel ni sangat cantik dan besar. Klasik jugak!

Cantik bilik ni. Besar kalau tido sorang! Haha
Cantik kan? Bilik besar

Selfie sikit

Balkoni bilik

Belakang hotel je

Lepas tu keluar cari makan dan singgah Walmart untuk beli barang-barang yang diperlukan sepanjang minggu. Bab Walmart ni pun menarik sebab memang rasa macam masuk supermarket US. Banyak barang, banyak pilihan dan saiz barang pun kadang-kadang besar-besar. Haha.

Jalan kaki ke Wallmart

Pintu masuk Wallmart

Lepas semua settle, balik hotel. Aku dan kawan, Patma kami makan dekat restoran Asao, attach dengan hotel ni. Ni kali pertama aku makan real Mexican food.

Menu dekat Restoran Asao, Hotel Santuario, Tecate. Aku aim nak makan Taco je!

Aku dan Patma

I love this environment

Taco Udang - makanan signature Mexico

Lepas perjalanan jauh dari Malaysia, jetlag, jalan sana sini dan nak mula kerja esok, malam tu baru start susun baju kerja, check barang, prepare apa yang perlu dan mentally prepare untuk esok pagi. Sebab esok bukan lagi jalan-jalan. Esok dah masuk site. 

Business trip yang selama ni hanya nampak dalam email, meeting, planning dan itinerary, akhirnya betul-betul bermula. Aku sambung pengalaman first day bekerja di Tecate dalam Part 4.

0 Komen:

Post a Comment