Thursday, September 03, 2026

Job Hunting Guna AI & ChatGPT Memang Mengagumkan — Ini Flow Yang Hampa Boleh Cuba!


Aku rasa proses job hunting guna AI, especially ChatGPT, memang sangat mengagumkan.

Bukan sebab ChatGPT boleh terus bagi kita kerja. Tapi sebab ia boleh bantu kita buat proses job hunting jadi jauh lebih strategik, tersusun dan personalized.

Daripada analyse resume, tentukan market value, pilih jawatan yang sesuai, analyse Job Description, tailor resume sampailah isi application.

Aku share flow yang hampa boleh cuba.


1. Prepare Current Resume & Updated LinkedIn Profile

Mula-mula sekali, pastikan resume hampa betul-betul updated.

LinkedIn profile pun sama.

Pastikan semua ni lengkap:

  • current position

  • previous experience

  • project yang pernah handle

  • achievements

  • technical skills

  • leadership experience

  • certifications

  • education

  • industry exposure

Jangan buat cincai. Sebab semua analysis selepas ni bergantung kepada maklumat yang kita bagi kepada ChatGPT.

Kalau input kita tak lengkap, output pun susah nak jadi bagus.


2. Create Satu Chat Khas Untuk Career Move


Aku suggest buka satu new chat khas. Contohnya namakan “Career Move 2026”. Upload current resume dalam bentuk PDF.

Kalau sesuai, masukkan juga maklumat atau kandungan LinkedIn profile kita supaya ChatGPT mempunyai gambaran penuh tentang pengalaman kita.

Kemudian gunakan prompt ni:

“Analyse my current resume and profile. Act as a Senior HR Director. Comment on my strengths, weaknesses, career value, experience level and whether my current salary reflects my market value.”

Kat sini ChatGPT akan mula analyse pengalaman kita. Contohnya:

  • sebenarnya kita berada di level apa

  • strength kita

  • skill yang mempunyai nilai tinggi

  • kelemahan profile

  • pengalaman yang kurang ditonjolkan

  • potential career path

  • anggaran positioning kita dalam job market

Kadang-kadang kita sendiri tak sedar pengalaman yang kita ada sebenarnya mempunyai value yang tinggi.


3. Tentukan Nak Pergi Ke Mana

Jangan job hunting tanpa direction. Kena tahu sekurang-kurangnya:

Future position apa yang kita nak? dan Berapa target salary kita?

Contohnya sekarang Engineer. Future target mungkin Senior Engineer atau Project Manager atau Engineering Manager atau PMO Manager

Target salary pula contohnya RM10,000.

Kalau kita sendiri tak tahu destination, ChatGPT pun susah nak buat roadmap.


4. Suruh ChatGPT Buat Career Move Plan

Dalam chat yang sama, gunakan prompt:

“Using my existing resume and profile, create a career move plan for me to reach the position of [POSITION] with a target salary of RM[XXXX]. Analyse the gaps and suggest what type of roles I should target.”

ChatGPT akan bagi macam-macam suggestion. Review satu-satu.Tengok sama ada masuk akal dengan pengalaman kita.

Dia mungkin suggest:

  • jawatan yang sesuai

  • industry yang boleh target

  • transferable skills

  • skill gap

  • salary positioning

  • career progression

  • apa yang patut ditambah dalam resume

Yang ni menarik sebab daripada sekadar “Aku nak cari kerja baru.” kita dah berubah kepada “Aku sedang target career move tertentu.”


5. Cari vacancy kat LinkedIn Jobs atau JobStreet

Lepas dah tahu target position, baru pergi cari vacancy. Boleh cari dekat LinkedIn Jobs atau JobStreet atau career portal syarikat.

Cari position yang sepadan dengan career direction kita. Jumpa satu vacancy yang nampak menarik?

Copy keseluruhan Job Description.


6. Suruh ChatGPT Analyse Job Description


Paste Job Description tadi dalam chat Career Move 2026 yang sama.

Jangan buka chat baru sebab kita nak ChatGPT gunakan konteks resume dan career direction yang dah dibincangkan tadi. Kemudian prompt:

“Act as a Senior HR Recruiter. Using my existing resume and profile, analyse whether this position is suitable for me. Compare my experience against the Job Description, give me a suitability score and comment whether the role matches my expected salary.”

Kat sini baru best. ChatGPT boleh compare Your Profile VS Job Description

Dia boleh analyse:

  • experience match

  • skill match

  • leadership requirement

  • technical requirement

  • industry exposure

  • missing skills

  • seniority level

  • potential salary fit

Kadang-kadang kita rasa:

“Aku macam tak cukup experience untuk kerja ni.”

Tapi bila analyse satu-satu, mungkin sebenarnya 80–90% dah match. Atau sebaliknya.

Title nampak cantik, tapi requirement sebenarnya terlalu jauh daripada pengalaman kita.


7. Tengok Score & Gap Analysis


Biasanya aku suka tengok benda macam Overall Fit: 85%

Kemudian pecahkan:

AreaMatch
Project Management95%
Technical Experience85%
Leadership80%
Industry Experience90%
Required Software60%

Senang nak nampak. Kalau match terlalu rendah, mungkin tak perlu bazir masa. Kalau 75–90% match dan gap masih reasonable?

Boleh proceed.


8. Tailor Resume Ikut Job Description


Kalau dah puas hati dengan position tu, jangan terus upload resume lama. Suruh ChatGPT tailor resume specifically untuk position tersebut.

Prompt:

“Act as a Senior HR Hiring Specialist. Tailor my CV specifically for this Job Description. Use only my real existing experience. Do not invent any experience, achievement or skill. Prioritise the most relevant achievements and keywords for this position.”

Kat sini ChatGPT boleh restructure resume supaya pengalaman yang paling relevant kepada JD tadi naik ke atas. Contohnya JD banyak mention:

Project Management

Cost Reduction

Stakeholder Management

Lean Manufacturing

Kalau semua benda tu memang kita pernah buat, ChatGPT akan highlight benda tersebut dengan lebih jelas. Tapi verify balik satu-satu. Jangan blindly copy.

Pastikan tak ada pengalaman yang AI tambah sendiri.


Resume Jangan Guna Satu Untuk Semua Application


Yang ni paling penting.

Jangan generate satu resume kemudian guna untuk apply semua kerja.

Resume kena tailor-made ikut position yang kita nak apply.

Experience kita mungkin sama.

Tapi cara kita present experience tu berbeza ikut job.

Contohnya:

Untuk Project Manager role, highlight:

  • timeline

  • stakeholders

  • budget

  • project delivery

  • risk management

Untuk Engineering Manager role, mungkin lebih highlight:

  • leadership

  • resource management

  • technical decision making

  • team development

Untuk Continuous Improvement role, highlight:

  • cost saving

  • productivity

  • Lean

  • process improvement

Orang yang sama. Pengalaman yang sama. Tapi positioning berbeza.


9. Apply Kerja Baru Guna Resume Yang Dah Tailor


Kalau job tu ada LinkedIn Easy Apply, upload resume baru yang dah tailor tadi. Pastikan filename pun professional. Contohnya:

Mohammad_Luthfi_Suib_Project_Manager_CV.pdf

Bukan:

resume_latest_final_v6_new_updated.pdf 😂

Then submit.


10. Kalau LinkedIn Redirect Ke Company Website


Kadang-kadang tekan Apply dekat LinkedIn, dia bawa ke myworkdayjobs.com atau career portal syarikat. Kat sini biasanya panjang sikit.

Kena isi:

  • employment history

  • education

  • expected salary

  • notice period

  • experience

  • skills

  • screening questions

Kalau ada soalan application yang pening, copy soalan tersebut masuk dalam chat yang sama. Contohnya:

“Based on my existing profile and resume, help me answer this application question accurately and professionally.”

ChatGPT boleh bantu susun jawapan. Kita review.

Kemudian copy-paste masuk dalam application.

Jauh lebih cepat daripada fikir jawapan daripada kosong setiap kali apply.


11. Submit Application — Done


Bila semua dah complete Submit. Satu application selesai. Tapi sebab kita dah ada workflow, application seterusnya jauh lebih cepat. 

Jumpa vacancy?

Copy JD.

Analyse.

Check score.

Tailor resume.

Apply.

Repeat.


BONUS: Connect dengan Recruiter di LinkedIn

Ni bonus.

Lepas apply, cuba search dekat LinkedIn:

Company Name + Recruiter

atau

Company Name + Talent Acquisition

atau

Company Name + HR Business Partner

Kalau jumpa recruiter yang relevant, connect dengan dia. Tak perlu terus spam:

“Hi, please hire me.” 😂

Cukup connect dulu. At least profile kita mempunyai visibility.

Kalau ada kawan yang bekerja dekat company tu, lagi bagus. Tanya sama ada mereka boleh buat employee referral. Kadang-kadang referral boleh meningkatkan peluang application kita dilihat.


Jadi Flow Dia Lebih Kurang Macam Ni




Yang ni baru step untuk apply kerja tau. Belum masuk lagi part:

  • recruiter screening

  • interview preparation

  • mock interview

  • STAR answer preparation

  • company research

  • salary negotiation

  • offer comparison

Part tu pun ChatGPT boleh bantu gila-gila banyak. Kalau dulu kita apply kerja secara “Nampak vacancy → upload resume → berharap.”

Sekarang kita boleh buat secara “Analyse → Position → Tailor → Apply.”

Itu bagi aku beza paling besar bila guna AI untuk job hunting. ChatGPT bukan gantikan pengalaman kita.

Dia cuma bantu kita understand value pengalaman kita dan present benda tu dengan lebih baik kepada employer.

Selamat mencuba.

Good luck untuk career move hampa!

0 Komen:

Post a Comment