Anda ada akaun Twitter? Anda pengguna aktif Twitter? Ataupun tak tahu apa dia tu Twitter? Hah, kalau anda pengguna tegar dan aktif di Twitter, jom kita hangatkan malam 30hb nanti dengan membuat "countdown" pada malam tersebut dan menantikan detik 12tgh malam untuk meraikan tarikh keramat 31 Ogos 2009.Kalau dah malas nak keluar tu, baik kita raikan kemerdekaan negara kita yang ke 52 di Twitter dan kita tunjukkan pada dunia bahawasanya kita telah menyambut kemerdekaan negara kita. Berminat? Jom kita lihat bagaimanakah nak sertainya :
- Pertama sekali, kalau korang tak ada akaun Twitter, anda boleh daftar disini.
- Jangan lupa follow Luth di Twitter ok | www.twitter.com/luthtextile
- Hebahkan tentang Twitter Merdeka 2009 ini kepada rakan - rakan anda dengan membuat sebuah posting di blog anda ataupun twit di twitter anda.
- Hanya letakkan perkataan "#merdeka" untuk twitt di Twitter anda nanti ok?
- Kalau baik hati, anda letakkanlah banner menyokong Twitter Merdeka 09 di sidebar atau diblog anda. Banner boleh diperoleh disini.
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
P/s: Blog ni pon dah jadi blog 1 Malaysia semperna merdeka. Hehehe