Tuesday, March 21, 2017

Nombor plat RIMAU semperna Sukan SEA ke 29!

image

Guys, semperna Sukan SEA ke - 29,  Malaysian SEA Games Organising Committee (MASOC) dah dapat approval daripada JPJ untuk keluarkan nombor plat khas RIMAU bermula daripada nombor 1 hingga 9999.

Wah, memang menarik. Aku sebagai salah seorang penggemar nombor plat (gemar je la, nak beli memang tak mampu) nampak approach daripada pihak MASOC akan memeriahkan lagi suasana jalanraya Malaysia. Teringat dulu masa tahun 1998, kita ada tengok banyak nombor plat SUKOM dijalanraya, nanti boleh nampak RIMAU pulak!

Saturday, March 18, 2017

Kit Siang is playing innocent and denies involvement in ‘May 13’

Kit Siang says he is not to be blamed for or was not involved in the race riots of 13th May 1969 because he was not in Kuala Lumpur but was in Kota Kinabalu on that day. That is like saying Trotsky is not to be blamed for or was not involved in the Russian Revolution because he was in New York and was not in St Petersburg on the day the Tsar was ousted.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

image

Kit Siang and Karpal in the early days

Leon Trotsky was overseas in exile when the Russian Revolution exploded in February 1917. He did not return to Russia until three months later in May. Can Trotsky say he is not to be blamed or played no part in the Revolution since he was not in Russia when it happened?

Wednesday, March 15, 2017

Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur?

image

Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Saturday, March 11, 2017

Bahasa, Melayu dan nasib hilang peta

image

Kita harus terima hakikat, suatu peta baru sudah dicipta untuk wilayah dan taman perumahan di Malaysia. Nama yang asalnya berbunyi Melayu dan Nusantara sudah terhapus. Peta baru wujud bersama simbol dan semangat baru di Malaysia.

Nama Melayu di kawasan separa tradisional seperti Kampung Baru, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat semakin dimodenkan dengan nama baru yang kononnya lebih bugar dan glokal.

Kampung Kerinchi yang dulunya kawasan setinggan dan wilayah penagih dadah sudah bergelar Bangsar South. Tidak jauh dari itu, ada pula Bangsar Village.

Tuesday, March 07, 2017

Seri Paduka zahir rasa dukacita

SULTAN MUHAMMAD V memeriksa kawalan kehormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/JEFFRI IRAN




KUALA LUMPUR 6 Mac - Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita kerana kegiatan penyelewengan, ketirisan, rasuah dan pembocoran maklumat kerajaan melibatkan penjawat awam dan bekas kakitangan kerajaan masih berlaku di negara ini.


Seri Paduka bertitah, perbuatan itu boleh menghakis keyakinan rakyat, justeru tindakan membawa individu-individu yang terlibat ke muka pengadilan adalah dialu-alukan.

Thursday, March 02, 2017

Tsunami Politik Melayu-Islam pada PRU14

Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah, 1Media

Provokasi yang mengatakan akan berlaku tsunami Melayu dalam PRU14 selepas tamatnya penghujung Politik Baru Malaysia. Tetapi berdasarkan kepada beberapa faktor yang semakin jelas kelihatan sebenarnya bukan tsunami Melayu. Sebaliknya tsunami Islam bakal melanda di negara ini. Antara penyebab tsunami Islam adalah peningkatan mendadak generasi muda kelas pertengahan yang mempunyai pendidikan Islam dan kesedaran Islam di negara ini.