Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah presiden baharu FAM

image

 

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini.

Menurut Hamidin, TMJ itu diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.

“Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding,” katanya pada kongres berkenaan.

Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail. Continue reading “Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah presiden baharu FAM”

Bercuti di Thristle Port Dickson, Negeri Sembilan

image

Sejam drive dari KL ke Port Dickson tak terasa penat bila sampai je dekat Port Dickson ni. Cantik, tenang dan memang memukau. Dah lama sebenarnya tak ke Port Dickson. Cuaca pulak elok, memang macam tau tau je orang nak pergi bercuti. Nak release tension dan tenangkan minda.

Port Dickson ni tak besar mana pun. Ronda punya ronda, sambil jalan tak ada pun perancangan pun nak stay kat Port Dickson dan tak buat apa sampaikan last minit dok cari hotel, nasib baiklah ada Traveloka, mudah kami buat pencarian hotel dan kami buat keputusan untuk tinggal di Thristle Port Dickson untuk satu malam! Continue reading “Bercuti di Thristle Port Dickson, Negeri Sembilan”

Memperingati 193 tahun perpecahan Kepulauan Melayu

image

Kelmarin (17hb Mac 2017), genaplah 193 tahun berlakunya peristiwa perjanjian yang ditandatangani di antara dua kuasa besar nun jauh di kota London sana, namun perjanjian itu memberi kesan yang amat besar kepada penduduk peribumi di sebuah kepulauan besar di Timur Jauh dan kesannya sejak dari nenek moyang masih lagi dirasai sehinggalah kepada anak cucu mereka walau pada zaman teknologi kini. Continue reading “Memperingati 193 tahun perpecahan Kepulauan Melayu”

Pembayaran tol secara 100% elektronik di semua plaza tol Lebuhraya PLUS bermula 26 April 2017

image

Bermula 26 April 2017, semua transaksi tol di 71 buah lagi plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan di antara Juru dan Skudai akan dikendalikan secara 100 peratus elektronik. Pelaksanaan ini turut melibatkan semua transaksi tol di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE). Continue reading “Pembayaran tol secara 100% elektronik di semua plaza tol Lebuhraya PLUS bermula 26 April 2017”

Nombor plat RIMAU semperna Sukan SEA ke 29!

image

Guys, semperna Sukan SEA ke – 29,  Malaysian SEA Games Organising Committee (MASOC) dah dapat approval daripada JPJ untuk keluarkan nombor plat khas RIMAU bermula daripada nombor 1 hingga 9999.

Wah, memang menarik. Aku sebagai salah seorang penggemar nombor plat (gemar je la, nak beli memang tak mampu) nampak approach daripada pihak MASOC akan memeriahkan lagi suasana jalanraya Malaysia. Teringat dulu masa tahun 1998, kita ada tengok banyak nombor plat SUKOM dijalanraya, nanti boleh nampak RIMAU pulak!

So, kepada sesiapa yang berminat boleh ikut langkah langkah bidaan yang akan dibuka dalam tempoh 10 hari lagi (menurut tarikh posting ni ditulis) seperti dibawah

image

Mai kita tunggu dan lihat nanti siapa yang jadi pemilik nombor plat RIMAU 1 dan nombor nombor menarik yang lain. Pertanyaan boleh email kepada enquiry@rimau.org.my dan laman web rasmi e-bidaan di Rimau.org.my