Friday, July 18, 2025

Hello Mexico! - Part 1

Aku baru balik dari Mexico minggu lepas. Actually, aku tak sangka dapat rezeki jejakkan kaki di benua Amerika. Aku tak mau tulis proses bagaimana aku dapat pi Mexico. Aku hanya nak tulis perjalanan aku dari Penang ke Mexico. Huhu.

Perjalanan aku ke Mexico pada 26 Jun 2025, satu perjalanan business trip pertama selepas hampir 10 tahun. Dulu last trip aku ke luar benua asia pada tahun 2016 masa tu Rizqi dalam perut Mekna 6-7 bulan.


Mekna & Mekyam hantar aku kat Penang Airport jam 12 tengah hari. Flight aku jam 3 petang Penang - KL. Mekyam excited nak ke aiport. Sebelum tu kami sempat lunch kat Nasi Lemak Burung Hantu cawangan Penang.


Trip kali ni aku dengan 5 orang kawan satu company dan kami naik Emirates dari KL menerusi Dubai lepastu layover kejap di Barcelona, Spain dan terus ke Mexico City sebelum sampai di destinasi terakhir, Tijuana untuk tempoh 3 minggu.


Risau

Aku sebenarnya risau nak keluar Malaysia lepas 10 tahun ni. Sampai je KLIA, terus ke International satellite. Pertama kali aku guna auto gate masa "check out" dari Malaysia ke international satellite.

Sebelum aku keluar rumah, 2-3 kali aku check website Jabatan Imegresen untuk pastikan aku tak ada masalah untuk keluar Malaysia. 


Dari domestic ke international satellite naik bas, haha. Dulu 10 tahun lepas naik aerotrain tapi sejak tahun-tahun lepas, train ni ada problem. Tak silap aku, masa aku pi haritu depa tengah repair aerotrain.

Lepak di International satellite KLIA

Aku sebenarnya tak tukar duit lagi. Kat sini baru aku keluarkan duit dari ATM. Aku tak sempat nak tukar ke Mexican Peso (MXN) sebab kat sini takdak jual MXN. So, just lepak makan dan minum sebelum tunggu international flight ke Dubai.

Flight jam 7:10 petang. Macam biasa, flight ke Dubai ni terlalu ramai orang dari pelbagai bangsa & negara. Aku jadi excited sebab dah lama tak ke Dubai. Last tahun 2016 wehh.





Boarding 

Masuk je kapal terbang Emirates, aku teringat kenangan tahun 2016. Emirates memang kekal dengan kualiti dan hospitaliti yang terbaik. Perjalanan ke Dubai ambil masa 7 jam. Flight besar Boeing 777.

Aku pilih window seat sebab aku nak tengok permandangan Dubai dari atas kapal terbang. Tapi lupa yang aku akan sampai kat sana time malam. Haha. Walaupun gelap, tapi cahaya lampu & permandangan malam di bandar Dubai sangat cantik.




Jejakkan kaki di Dubai

Jam 10:15 PM waktu UAE kapal terbang berhenti di landasan dan kami semua turun ke Airport terminal 3. Syukur selamat sampai. Walaupun dah makan dalam flight tapi tetap rasa lapar once jejak kaki kat Airport.

Kami nak kena catch next flight ke Mexico City melalui Barcelona jam 03:15 pagi. So, ada banyak masa untuk berjalan-jalan dan rehat kat Airport Terminal 3.

Time tu aku sempat tukar duit MXN dan USD $100. Aku prefer untuk guna Kad Kredit sepanjang masa kat Mexico. So, thats why aku tak tukar banyak dan hanya tukar untuk 3 minggu trip saja.

Aku sambung di next posting.







Monday, June 16, 2025

Selamat Hari Bapa – Bila Aku Sendiri Dah Jadi Ayah

Aku kahwin pada usia 26 tahun.

Umur 27, aku dah jadi bapa.


Dan sejak hari pertama anak sulung aku lahir, barulah aku betul-betul faham…

Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah.


Selama ni, aku tengok dari kaca mata seorang anak. Tapi sekarang, aku sendiri berada di tempat tu.

Tempat di mana kau kena kuat walaupun penat.

Tempat di mana kau kena senyum walaupun dalam hati risau tak cukup duit, tak cukup masa, tak cukup tidur.


Bila aku imbas balik zaman kecil aku…

Ayah lah yang hantar pergi sekolah, ambil balik sekolah.

Ayah jugalah yang daftar dan hantar aku masuk asrama – walaupun aku tahu dalam hati dia berat nak lepaskan anak sulungnya berjauhan.

Waktu aku tak sihat, dia yang bawa ke klinik.

Waktu aku berjaya, dia yang paling senyap tapi mata nampak bangga.


Macam-macam lagi yang ayah buat… tapi tak pernah minta balasan.


Dulu aku fikir ayah ni biasa-biasa saja. Tapi bila aku dah berada di tempat dia, baru aku sedar –

Ayah adalah luar biasa.


Hari ni, aku menulis bukan sekadar ucapan, tapi sebagai tanda terima kasih.


Untuk ayah aku – yang dah jadi datuk sekarang – dan untuk semua bapa di luar sana, yang mungkin tak selalu dihargai, tapi setiap hari berkorban demi anak-anak.


Selamat Hari Bapa.


Terima kasih kerana jadi wira kami.

Diam-diam tapi luar biasa.

Tegas tapi penyayang.

Jauh di mata, tapi doa tak pernah putus.


Dan untuk diri aku sendiri – yang kini dah masuk fasa ‘ayah muda’ – aku doakan aku mampu jadi sekurang-kurangnya separuh hebat macam ayah aku dulu.

Wednesday, April 23, 2025

Bye Civic, Hello CRV!


Kadang-kadang benda tak dirancang tu yang jadi. Awalnya memang zero plan nak beli kereta baru. Tapi bila nampak promosi menarik sempena Raya 2025, terus hati terbuka nak upgrade! 

CR-V RS e:HEV ni keluar showroom pada 17 Mac 2025 memang satu hadiah Raya yang padu!


Saturday, October 28, 2023

Cari pengalaman bisnes dengan jadi Ejen Takaful

Saya cerita kisah perjalanan hidup saya bagaimana saya boleh jadi Ejen Takaful

Start tahun 2017, dah berkahwin & anak sorang, saya cari potensi nak buat side income. Semua bisnes saya study. Saya buntu

Modal

Majoriti bisnes nak modal.

Tak kira la bisnes tradisional ataupun MLM, semua nak kena ada ratus atau ribu ringgit.

Seriously, kita nak buat side income. Mana nak prepare modal banyak-banyak?

Kalau ada modal sekalipun, saya tak nak labur sebab sangat takut rugi.

Sign Up Takaful

Hujung tahun 2017 saya sign up takaful sebab ada kematian ahli keluarga terdekat sebab kanser & kawan MC accident berbulan-bulan.

Lepastu, kawan saya share bagaimana Takaful boleh jadi part time job & side income untuk tambah pendapatan.

Saya bagi dia peluang untuk berkongsi.

Tak ada pengalaman

Sejujurnya, saya sangat takut rugi & tak ada pengalaman dalam bisnes. Saya tak ada pendedahan langsung pasal bisnes & tak ada skill menjual.

Sekadar nak cakap tu boleh la. Saya tak ada knowledge & experience pasal Insurans. 

Nak explain & yakinkan orang jauh sekali. Punggah!

Sistem Takaful

Kawan saya explain sistem komisen dari jualan Takaful

Dia terangkan bagaimana cara untuk gandakan pendapatan melalui Takaful

Sejujurnya, saya tak yakin sebab BUKAN SENANG NAK MINTAK ORANG PUT ASIDE DUIT UNTUK BENDA YANG TAK NAMPAK

Tambahan, orang Melayu suka reject Takaful.

Saya bagi peluang kat diri sendiri & kawan, dengan RELA saya join Business Opportunity Talk (BOP) Takaful. 

Yang present tu adalah leader dia yang dah buat takaful lebih 20 tahun. HEBAT.

Malam tu saya dapat input penuh dari A sampai Z pasal bisnes Takaful. Totally WOW

As an Engineer masa tu, zero knowledge pasal sales & insurans tapi saya rasa this business is AWESOME!

Permulannya saya nampak macam business ni seperti menjual, tapi bila pergi BOP rupa-rupanya bisnes Takaful ni lebih kepada spread awareness & knowledge sharing.

Bisnes Takaful adalah bisnes lebih kepada guna stragei & SALES IDEA. Hidup ada 1001 masalah & gunakan produk Takaful sebagai penyelesaian untuk masalah tersebut.

Semua manusia ada masalah yang sama iaitu MATI, SAKIT dan KEMALANGAN, InsyaAllah Takaful akan jadi penyelesaiannya

Lepas habis BOP, saya terus buat keputusan untuk jadi Ejen Takaful.

Saya bayar yuran exam TBE sebanyak RM80. Yuran TBE tu adalah modal saya untuk mula berniaga dalam bidang Takaful.

Modal sangat sikit & risiko pun rendah. Lagipun, TBE ni lesen yang boleh guna sepanjang hayat!

Saya nak tambah income melalui Takaful. Saya tak nak failed TBE. Kalau saya failed, kena bayar lagi RM80 & saya rugi

Alhamdulillah, lepas seminggu study TBE & saya lulus exam

Lepastu, mula la episod baru dalam hidup sebagai Ejen Takaful

Tak pernah fikir jadi Ejen Takaful😂

Berkat doa mak ayah isteri serta matlamat untuk tambah income & nak bantu orang ramai untuk miliki perlindungan Takaful...

Saya TETAP kuat walaupun sering di-reject orang ramai pada bulan pertama jadi Ejen Takaful! huhuhu

Mental koyak! Tapi apa hal, NEXT je & terus jumpa orang

Antara sebab saya boleh bertahan adalah saya lebih nak BERKONGSI berbanding menjual.

Bila buat perkongsian & tak ada closing, saya tak frust.

Kalau la saya ditanam dengan mindset jumpa untuk menjual, confirm pastu akan FRUST MENONGGENG.

Kerana saya minat untuk berkongsi, lepas 3 minggu non stop jumpa orang, akhirnya saya buat Closing yang pertama

Saya closed takaful untuk abang ipar dan kakak sendiri. Well, tak ada orang lain yg akan support melainkan ahli keluarga kan?

Dua hari lepastu, closed kawan pula 😆

Syukur alhamdulillah, dari komisen dua digit, meningkat jadi tiga digit. Tak lama lepastu empat digit dan insyaAllah nanti akan masuk LIMA DIGIT.

Antra tips yang saya boleh kongsi adalah BEKERJA DALAM PASUKAN.

Kena rapat & sentiasa update leader.

Oleh kerana bisnes ni BUSINESS REJECTION, maka kena selalu charge aura positif dari orang sekeliling.

Kalau ada perkara yang down-kan diri, cepat 'cari bahu' & move on.

Saya sangat positif dalam binses ni & enjoy setiap hari. Business ni tak sama macam business lain.

Syukur alhamdulillah, dari komisen dua digit, meningkat jadi tiga digit. Tak lama lepastu empat digit dan insyaAllah nanti akan masuk LIMA DIGIT.

Antra tips yang saya boleh kongsi adalah BEKERJA DALAM PASUKAN.

Kena rapat & sentiasa update leader.

Bisnes Takaful ni selalu jadi negatif sebab:

  • ejen pushy
  • misleading
  • fear monger
  • oversell 

Tapi kalau dapat training yang baik, insyaAllah jadi bisnes yang boleh generate income yang baik. 

Tak perlu jadi full time pun, janji ada MINDSET macam FULL TIME pun dah okay.

Kalau ada sesiapa yang betul-betul serius nak tambah income melalui Takaful, saya happy untuk guide 100% ikut pathway yang sama macam saya

Dengan support dari leader & produk yang bagus dari Zurich Takaful, saya yakin kita boleh bantu orang ramai sama ada sihat atau berpenyakit.

Zurich Takaful tawarkan skim Elaun hingga RM9,000 sebulan untuk Full Timer dan Part Timer.

Sekiranya berminat, boleh bagi peluang kepada diri sendiri untuk cuba dalam bidang Sales & Takaful bersama saya.

Bagi mereka yang dah ada lesen TBE, dialu-alukan untuk coded dengan ZTMB. Ada peluang kedua untuk anda bina bisnes sendiri dengan team saya.

Terbuka untuk semua diseluruh Malaysia.

011-59238789



Thursday, October 05, 2023

6 Perkara yang anda perlu lakukan sekiranya ingin buka bisnes baru & claim sebagai bussinesman!


Actually ramai sebenarnya yang berminat untuk buat bisnes. Tapi tak ramai orang yang berjaya setup business dia dengan cara yang terbaik. Ramai yang claim dia businessman tapi betul ke dia seorang businessman? Haha

Umum orang tahu saya adalah Perancang Kewangan Takaful. Saya claim saya adalah seorang businessman dan ini yang saya praktikkan dalam business saya :)

1. REGISTER SSM

Sebagai Perancang Kewangan Takaful sebenarnya tak wajib pun nak register perniagaan dengan SSM. 

Tapi saya ambil langkah untuk daftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lepas buat Takaful full time pada pertengah tahun 2020 

Dalam masa yang sama, saya terfikir untuk diversify business daripada hanya fokus daripada hanya Family Takaful kepada General Takaful.

Alhamdulillah walaupun masa tu PKP, pendaftaran perniagaan dibuat secara online dan cepat.

17 November 2020 permohonan pendaftaran perniagaan diluluskan dan ditubuhkan secara rasmi!

Yeahhh, officially dah ada company sendiri & I'm a businessman!

Kos pendaftaran syarikat : RM70 setahun


2. BUKA BUSINESS CURRENT BANK ACCOUNT  

Bila dah ada company, wajib asingkan akaun dan perbelanjaan peribadi dengan syarikat. Langkah seterusnya adalah saya bukak akaun semasa dengan Maybank under SME First Account. Saya kena bawak salinan IC, SSM, Cop syarikat dan duit deposit RM1,000. Lepas sampai kat branch Maybank Balik Pulau, jumpa dengan pegawai bertugas, serahkan semua dokumen tersebut & syukur lepastu akaun syarikat dah aktif! Yuhuuu! Kos setup akaun syarikat RM1,000 (hanya untuk initial opening & lepas tu boleh transfer keluar balik RM990) & cop syarikat (RM15).


3. BELI DOMAIN & SETUP WEBSITE

Bila dah ada syarikat, kena lah ada domain yang melambangkan perniagaan kan? Nanti orang google info tentang kita mudah sikit nak navigate ke website. Penting ni. Sekarang ni nak setup website tak mahal pun. Tahun 2018 saya dah beli domain luthfisuib.com dari GoDady dengan harga RM3.99. Masa tu tak ada tujuan lain hanya untuk tulis blog syok-syok je. Tahun 2019 saya tak renew domain tu dan expired. Tapi bila dah ada syarikat dan business ni, saya beli balik domain luthfisuib.com dan setup website untuk business. Dalam website tu tak tulis banyak pun, hanya tentang professional portfolio dan servicing je. Kos keseluruhan langganan domain RM66.90 dan Hosting RM199.28 untuk setahun.


4. CREATE E-MAIL ADDRESS BUSINESS & SIGN UP MICROSOFT 365

Bila dah ada domain dan website perlu ada business email address untuk kegunaan perniagaan. Dulu saya guna Google Drive dan apps Google untuk kegunaan peribadi & business.Tapi, sejak September 2022 saya pilih untuk guna ekosistem Microsoft dengan sign up Microsoft 365 for Business. Ramai orang ingat pakej Microsoft ni mahal dan tak mampu, tapi sebenarnya pakej Microsoft 365 for Business ni murah je weh! Saya pilih Microsoft 365 basic dengan komitmen bulanan hanya USD 3.00 sebulan / RM13+ untuk single user. Cukup la kan untuk business pemilikan tunggal saya ni kan? Dengan pakej Microsoft 365 basic ni saya setup e-mail guna domain luthfisuib.com dan akses email account saya guna apps Outbook. Sempoi! Bukan saja dapat guna domain luthfisuib.com untuk business, tapi dapat guna apps microsoft yang power tu kat mana-mana sahaja. Kat phone boleh, laptop boleh dan ipad pun boleh. Verrryy convenience. Word, Powerpoint, Excel dan Teams tu mudah untuk guna especially kat iOS. Saya enjoy guna cloud storage, saya simpan segala dokumen personal & business dalam tu. Paling best, dokumen tu sync dekat semua devices anytime anywhere. Tak ada issue nak travel sana sini sebab semuanya dihujung jari. 💪🏻 Kos langganan Microsoft 365 : RM14 sebulan atau RM168 setahun.


5. SIGN UP BUSINESS ACCOUNTING SYSTEM 

Setelah bertahun-tahun saya start business dan track perbelanjaan syarikat secara manual, saya ada banyak masalah untuk trace duit keluar masuk. Yang memeningkan kepala lagi adalah bila nak submit Income Tax sebab nak kena kumpulkan semua item & buat analisis. Saya dah tanya Ejen cukai untuk dapatkan servis Ejen cukai ni kena bayar sampai ribu-ribu ringgit. Fuhh penat. Bisnes saya ni bukannya ada untung banyak sangat pun😅 Actually cara solve masalah ni adalah dengan sistem perakaunan Niagawan. Sistem perakaunan ni bukannya hanya untuk track in out duit, tapi ada fungsi lain seperti buat Quotation, buat resit, Delivery Order, monitor product, report untung rugi dan banyak lagi. At the end bila nak buat Tax submission, generate report & submit je kat LHDN. Mudah kan? Walaupun saya buat business takaful & tak ada produk, saya tetap gunakan semua fungsi ni dan enjoy setiap fungsi yang ada. Berbaloi. Kos langganan sistem Niagawan RM421 setahun.

6. SIGN UP AKAUN MEDIA SOSIAL & CREATE CONTENT

Ni part yang paling penting sebab zaman sekarang adalah zaman media sosial. Whatsapp for Business is the must. Full stop. Setup baik-baik profile Whatsapp Business tu. Next, saya recommend untuk setup basic social media account yang anda aktif. Sebagai contoh, kalau kaki Facebook setuplah Facebook terlebih dahulu. If kaki Twitter, setup la akaun Twitter dulu dan sebagainya. Tak guna kita setup banyak akaun Media Sosial tapi end up tak aktif dan berdebu. Apa yang saya amalkan, saya aktif di laman Twitter & gunakan Twitter sehabisnya. Saya tulis di Twitter dan akan copy the same content di platform yang lain seperti Facebook. Saya pun akan arkibkan segala hasil penulisan saya di blog. Blog adalah satu tempat rujukan untuk segala hasil penulisan dan content saya berkenaan dengan Takaful. Saya siap buat by category dan sangat mudah untuk dirujuk pada masa hadapan. Lagipun, saya nak index-kan segala hasil penulisan di Google agar mudah bantu orang dapatkan maklumat serta hubungi saya. Saya tak ambik pendekatan untuk viralkan content sebab benda tu semua short term. Andaikata ada hasil penulisan saya dapat banyak RT atau share itu bermakna orang suka dengan penulisan saya. Saya pilih untuk tulis dan hasilkan content yang lebih baik agar mudah orang faham & terima apa yang saya sampaikan, seterusnya dapat bantu untuk generate sales. Businessman kan?

TAMBAHAN : ICLOUD +

Tak ramai orang business sedar kepentingan ada storage yang cukup. Selalunya saya jumpa Whatsapp hilang, terpadam dll disebabkan storage penuh. Bagi saya, setiap maklumat dalam phone kita especially relates to business sangat berharga. Kena la jaga walaupun satu whatsapp conversation dengan prospek. Saya galakkan untuk orang business subscribe iCloud+ untuk simpan segala maklumat dalam handphone business. Boleh je nak share storage ni dengan personal phone & family member. Jimat jugak. Saya selalu pastikan items dalam handphone up to date dan sync dengan other apple devices. So far hanya ada iPhone & iPad. Doakan saya dapat beli Macbook pulak. AMIN.

KESIMPULAN

Sebagai penutup, nak bukak business pun kena ada modal dan strategi. Tak kira la sekecil mana pun business yang anda lakukan kena setup secara proper untuk pastikan anda tahu business tu boleh buat profit ataupun hanya buat penat. Haha. Sekadar berkongsi pengalaman 😎



Friday, May 19, 2023

"hang takpala kaya, pakai Civic"


Aku jawap "Alhamdulillah"

Kalau orang yang kenal aku dia takkan kata macam tu.

Tahun 2016, masa otw nak pi makan dengan wife naik motor Honda Wave 125 second 

hand aku, dia ada tunjuk "Abang, cantik kan kereta tu. Tu la Civic ketam".

Aku reply "Ye cantik ketam tu. ni pun Honda jugak" gurau aku.

"insyallah nanti kita pakai kereta tu." 

Aku pun pelan-pelan bawa motor naik bukit Balik Pulau dengan enjin motor yang "mengaum"

Tahun 2017 aku sign up Takaful, tahun 2018 aku jadi Ejen Takaful Part Time.

Cari kerja part time

Aku dah lama nak cari kerja part time. Tapi aku tak suka menjual 😂

Aku taknak buat part-time yang consume masa, simpan stok, taknak promote kat orang dan aku taknak tanggung risiko tinggi

So, business Takaful la jadi pilihan aku sebab aku nampak masa depan!

Masa tu orang terdekat tanya betul ke nak jadi ejen insurans? Orang Malaysia benci kot kat ejen insurans lagi nak jadi ejen insurans? 😂😂

Aku jawap "ok je, insyallah kalau kita usaha, komited, buat cara yang betul, tak tipu atau anaya orang, Allah akan mempermudahkan"

Cabaran

Orang nampak kita senang, tapi Orang tak nampak susahnya kita!

Orang reject, bluetick, call tak jawap, lari bila nampak muka kita tu dah jadi lumrah 😊

Move on je. Aku yakin, percaya diri

Syukur, nampak hasil daripada kerjaya Takaful lepas aku buat bisnes ni "dengan hati"

Mula berbuah

Aku nampak income grow. Dari 2 digit jadi 3 digit. Dari 3 digit ke 4 digit.... And counting

Ramai yang buat silap bila dapat income lebih, depa impress orang ramai berbanding bahagiakan & beri yang terbaik untuk family

Aku pilih untuk beri balik kepada wife & anak

Hidup untuk memberi

Dari beli kereta, aku upgrade kelas tadika anak. 

Dari pi award trip, aku tukar tiket dengan cash & bercuti dengan anak bini.

Dan, dari wife bekerja, minta dia duduk rumah & jaga anak-anak.

Rezeki dari Allah, yang paling penting kita usaha, tawakkal & doa.

Stay positive

Apa la sangat dengan Civic ni. Ramai lagi orang pakai kereta hebat & berjaya.

Tapi tu la, bila update sikit, ada je yang komen & sindir "T20", "orang kaya", "kayangan" & macam-macam lagi

Kita AMINkan, Stay positive & move on.

Moving forward

Tahun 2020 buat Full Time & Alhamdulillah 2021 promoted jadi Assistant Agency Manager

Aku tambah scope untuk grow team sendiri & develop new Takaful partner.

Tapi bila offer dekat kawan-kawan yang kerap "doakan" aku tu, seorang pun taknak join tak berani nak buat bisnes Takaful.

Judge orang & sindir menyindir adalah perkara biasa dalam masyarakat kita. Aku dah mangli.

Sebab tu aku terus usaha kedepan & dia masih berada di keadaan hidup yang sama.

Jangan buang masa & fokus untuk orang yang tak beri positive vibes pada kita.

Peluang bisnes Takaful

Saya buka peluang kepada anda yang ingin tambah income secara full time atau part time dengan bisnes Takaful.

Fokus kita untuk improve taraf kehidupan & gaya hidup. 💪🏻