Monday, July 07, 2008

Selamat datang junior baru!

Hahaha.. Tadi Luth ada lalu depan poly.. wah.. ramai betul la pelajar-pelajar baru yang datang mendaftarkan diri untuk sesi Julai 2008. Harap proses pendaftaran pelajar tadi berjalan dengan aman dan lancar. Banyak la juga member-member Luth yang daftar masuk untuk sesi Julai 2008 nih..

Inilah rutin setiap tahun Politeknik Seberang Perai, setiap dua tahun sekali, iaitu 6 bulan sekali, ia menerima ribuan pelajar baru yang mendaftar disini. Luth pun tumpang gembira tadi.. Macam tak sabar je nak register semester 3 nanti, 14hb Julai 2008..

Untuk warga PSP, khususnya pelajar semester 3 kejuruteraan Mekanikal, jangan lupa untuk mendaftarkan diri pada 14 Julai 2008, jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Ingat, masa pendaftaran ialah dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Jangan lewat!

Kuliah akan start pada 15hb Julai.. Wah.. cuti dah tak lama.. dah nak abes...

2 comments: