Wednesday, September 17, 2008

Hati - hati ketika ber-blogging



Sekarang nih dah macam macam jadik.. Itu ini.. Duk kat Malaysia pun dah rasa tak aman. Panas je rasa. Fitnah berleluasa. Dari internet sampailah ke telefon bimbit. Luth meluat nak ikut perkembangan semasa sekarang. Meluat rasanya!

Terbaru, laporan Malaysiakini berkenaan seorang blogger dari Kelantan, Kickdefella a.k.a Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan dirumahnya pada petang tadi, oleh polis berkaitan kempennya di ruang siber.

Luth tak mau ulas bab kempen bloggers Kickdefella, tapi apa yang Luth nak sampaikan disini, kepada member-member bloggers sekalian, patuhilah undang-undang ber-blog dan negara. Kita hidup ada undang-undang, tak semestinya dijalanraya kita patuh kepada lampu isyarat saja. Di ruang maya pun kita kena hormati dan ikut undang-undang yang ditetapkan.

Memanglah ruang siber kini tidak ada hadnya, tapi berpada-padalah.. Nak tulis, tulislah. Janji tidak ada menyentuh mana-mana isu sensitif yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian hidup di Malaysia. Korang sayang tak negara kita ni?

Kalau korang sayang akan negara kita ni, patuhilah undang-undang ber-bloging. Ikutlah saranan JKJR : Ingatlah orang yang tersayang.

2 comments: