Sunday, September 21, 2008

Tutorial Photoshop : Memuat naik brush, load brushes.

Ok, untuk tutorial photoshop yang pertama ini, Luth akan mengajar rakan-rakan cara memuat naik (load) brush untuk photoshop..

Luth menggunakan Adobe Photoshop CS 3 Portable. Jika anda tidak mempunyai perisian ini, anda boleh mendownloadnya di www.syok.org (pastikan anda pengguna berdaftar ya!)

1- Pertama, masukkan brush anda (kenal pasti file brush .abr) kedalam folder photoshop
untuk pengguna win XP C: Program File/adobe/photoshop/presets/brushes.

2 - Kemudian. buka aplikasi adobe photoshop. Aktifkan brush ddengan klik pada lambang Brush di toolbar seperti gambarajah dibawah:

3 - Kemudian, tekan toolbar down untuk melihat jenis-jenis brush yang ada.

4 - Tekan butang open disebelah kanan tetingkap, dan pilih 'load brushes' untuk memuat naik brush yang berada didalam simpanan anda.


5- Pilih sahaja brush yang anda ingin muat naik (load). Pastikan brush anda dalam format .ABR dan hanya satu brush sahaja boleh dimuat naik pada satu-satu masa.

Tada... Sudah siap.. nantikan tutorial photoshop yang seterusnya!



2 comments: