Wednesday, December 24, 2008

Kisah Iswara

Kat sini Luth nak kongsi pengalaman yang terjadi kepada abang ipar Luth sendiri. Tujuan Luth berkongsi kepada hampa semua bukanlah untuk memburukkan mana – mana pihak, tetapi Luth hanya mahu hampa semua ambil pengajaran dan iktibar apa yang Luth sampaikan disini.
 
Peristiwa ni terjadi pada pertengahan tahun ini. Cerita dia bermula begini. Kereta yang Luth guna sekarang merupakan kereta pemberian abang ipar kepada Luth semasa sebelum raya puasa yang lepas. Urm, nak kata bagi free tu, tak lah. Luth kena sambung bayar lebih kurang 4, 5 bulan lagi. Sebelum kereta tu dapat ketangan Luth sekarang, abang ipar Luth telah menjualnya kepada seorang Doktor yang terkenal la jugak di area Sungai Petani nih.
 
Abang ipar Luth merupakan seorang guru di sekolah menengah di kawasan bukit Selambau, Kedah. Dia dah jual kereta Iswara tu kepada Doktor yang dia kenali kerana doctor tu sering kali membuat ceramah tentang agama dan kaunseling. Abang ipar Luth telah membeli kereta baru dan ingin menjual kereta lamanya kepada kedai, tetapi salah seorang rakan cikgu ada mengatakan Doktor tersebut hendak mencari kenderaan untuk diguna dan lalu abang ipar Luth bersetuju untuk menjual kereta lamanya kepada Doktor tersebut.
Oleh kerana kereta tersebut akan dijual kepada seorang ‘doktor’, abang ipar Luth pun ada membaiki sedikit sebanyak kereta tersebut. Kereta tu bukannya dijual kepada orang kebanyakan, tapi ‘doktor’ yang nak beli tu. So, malu la kalau nak jual kereta yang buruk dan tak terurus kan. Kereta abang ipar Luth tu tak ‘tua’ sangat, baru 7 tahun. Enjin masih sempoi dan tak penah meragam.
 
 Tarikh dan masa dipersetujui dan pada bulan 6 lebih kurang, kereta tersebut bertukar tangan dan doktor tersebut berjanji akan membayar RM450 sebulan kepada bank. Kira sambung bayarlah. Ok. Sebulan dua bulan kereta itu tiada masalah dan abang ipar Luth berasa senang hati kerana dia dapat menjual juga kereta tersebut kepada doktor. Dapatla kereta tu berbakti kepada doktor tu. Masuk bulan ketiga, ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh, surat bank sampai datang kerumah abang ipar Luth dan dia terus bertanya kepada doktor tersebut, kenapa tidak bayar duit kereta dan dia memberi alasan, wang tidak mencukupi dan minta tolong abang ipar Luth bayarkan dahulu.
 
Abang ipar Luth dengan baik hati tolong bayarkan duit kereta tersebut dan berfikir, mungkin doktor tersebut mempunyai sedikit masalah kewangan. Oh ya. Terlupa Luth nak ceritakan sedikit tentang doktor tersebut. Doktor tersebut memperkenalkan dirinya Dr Abdullah Muda yang mempunyai sebuah klinik di Kemunting, Perak dan dia juga aktif dalam politik dengan menyetai parti Pas. Dia juga ada menceritakan dirinya pernah ditahan di ISA dan dizalimi disana. Entah ada apa kes dia ditahan tah Luth tak tahu.
Dalam Pas, beliau juga ada turut mengenali dan akrab dengan barisan tertinggi parti. Oleh kerana abang ipar Luth orang kuat Pas, kepercayaan abang ipar Luth kepada doktor tersebut bertambah kuat ekoran perwatakan diri doktor tersebut selalu memakai kopiah putih dan menggunakan perkataan ganti nama diri anta – anta ketika berbicara.
 
Masuk bulan keempat, doktor tersebut ada meminjam wang sebanyak RM100 kepada abang ipar Luth. Dengan tak banyak Tanya, abang Luth meminjamkan wangnya kepada doktor tersebut dan meminta lagi abang Luth banyarkan wang untuk keretanya pada bulan tersebut. Abang ipar Luth tolong bayarkan sekalii lagi. Dia ada memberitahu, dia telah membaiki arm kereta tersebut dan menghabiskan wang sebanyak rm400.
Masuk tengah bulan, ada seorang rakan kepada abang ipar Luth ada memberitahu, doktor Abdullah Muda tersebut merupakan seorang penipu besar dan banyak menipu orang lain. Sebenarnya, dia tidak mempunyai sebarang kelayakan dan tidak mempunyai klinik pun di Kemunting. Klinik tersebut merupakan klinik milik bekas isterinya, dan dokter tersebut menggunakan klinik isterinya menipu orang lain, mendakwa dirinya sebagai doktor!!
 
Abang Luth mula naik angina dan bertanya banyak lagi kepada rakannya.
Rakan abang ipar Luth memberitahu pelbagai cerita benar tentang buruk baik si doktor palsu tersebut. Banyak orang memberitahu  yang doktor tersebut banyak hutang dan selali memperdaya orang lain. Patutlah dia gagal untuk mendapatkan loan untuk kereta iswara tersebut. Kereta iswara tu tak mahal dan hanya tinggal RM8000 sahaja di bank. 
 
Doktor celup tu pun gagal menggunakan nama seorang garentor yang didakwa isterinya yang bekerja di Politeknik di Kulim dan permohonan loan kali kedua turut gagal ekoran tidak lepas.
Mananya tak lepas. Perempuan yang menjadi pemohon loan kedua tersebut mempunyai 8 kad kredit dan juga menjadi gerentor kepada dua buah kereta!! Mak oii.. Terkejut abang ipar mendengar penjelasan daripada rakanya. Abang Luth tak dapat tahan kemarahannya dan bengang. Keesokan harinya, abang ipar Luth menalifon doktor celop tersebut dan meminta balik keretanya semula. Nasib baik tak tukar nama lagi, kalau tak, rugi mampuih.
 
Doktor tersebut memberikan dalih dan tidak mahu menyerahkan kereta tersebut. Setelah dimarahi abang ipar, barulah doktor tersebut berjanji nak pulangkan semula kereta tersebut dan abang ipar Luth meminta kembali wang tunggakan dan wang yang dipinjam oleh doktor penipu tersebut. Dia ada tangguh dan berjanji membayar kembali, tetapi tidak boleh membayar dengan segera.
 
Dengan hati yang lembut, abang Luth memberikan peluang terakhir kepada doktor tersebut dan hanya meminta dia memulangkan kereta tersebut kepadanya. Dua hari kemudian, doktor tersebut datang kerumah abang ipar Luth dan menyerahkan kereta tersebut bersama – sama 4 orang rakanya. Kenapa dia mai hantaq bawak kawan neh? Mungkin doktor tuh takut kot kena pukui dek abang ipaq Luth. Baru tau takut. Masa tipu orang tak tau takut.
 
Bila dapat je balik kereta dia, the car condition very bad. Kereta bau harpak! Macam orang bawak ikan dalam kereta tu. Dengaq kata doktor tuh asal Terengganu. Mungkin dia ulang  - alik Sg Petani – Terengganu kot sebab ada stiker Masjid Kristal Hadhari di depan cermin kereta tersebut.Dapat dapat je keta tuh, abang ipar Luth terus pegi servis dan tokey kedai tu cakap, kereta neh dah 3-4 bulan tak diservis. Tula bunyi macam feri.
 
Sampai sekarang neh, bulan 12 doktor laknat tu tak pulangkan duit abang ipar Luth, tah pegi mampus kat mana tak tau. Abang Luth kata, kalau dia tak pulangkan duit tu sehingga awal Januari, sakit dia tu. Nak repot polis pun tak boleh, sebab tak ada hitam dan putih. Payahla. So, pengajaran yang dapat kat sini, dalam apa jua perniagaan, jual dan beli, pastikan anda semua sediakan dokumen hitam putih untuk memudahkan urusan. Dah jadi macam neh, sapa yang untung dan rugi? Pikir sendiri.
 
Satu lagi, jangan mudah terpedaya dengan lakonan orang lain. Tak semua orang pakai kopiah putih tu baik dan alim. Sekarang neh, banyak orang yang pakai kopiah putih yang buat masalah dan jahat! Bukan semua, tapi kebanyakkan orang yang pakai kopiah putih tu yang merosakkan pandangan orang kepada dia. Orang macam tu kalau dapat, pancung buang. Kerat kerat, bagi boya makan. Baru pueh hati.
 
Panjang gila entri kali neh. Semoga hampa semua dapat pengajaran daripada kisah neh. Yang buruk dijadikan sempadan dan pengajan. Terima kasih kerana membaca. Nantikan artikel Luth yang akan datang ya! 

P/s: Ops.. Masa Luth taip posting neh, Luth berada dirumah abang ipar Luth di Sungai Petani. Huhu..

24 comments:

  1. aisehhh... tak mustahil dlm dunia ni Luth... yg penting... kena lebih hati2 pasnih... tu yg takut nak pcaya2 org nih... anyway... thanks for sharing... buat pedoman semua org...

    ReplyDelete
  2. isk2. demi kepentingan peribadi. sanggup dia menipu org.

    dia seolah2/telah menggunakan agama (kopiah) untuk menipu org. isk2.

    thx pd ingatan tu. yup. kene ada hitam putih. hope pasdni xde org yg tpedaya ng doktor celup tu.

    ReplyDelete
  3. patotnye, dah lame dah kene debik je dr ni...
    hampeh, memalukan org berkopiah je...
    yg tak bape logik, dr nk ke pakai iswara je..

    sib baik iswara tu dah selamat di tgn yg betol skg.. :)

    aku pon iswararian...haha

    ReplyDelete
  4. don't judge a book by it's cover. jdkan pengalaman orang lain utk mematangkan kita...

    ReplyDelete
  5. emm susah nak percaya org skrg ni kalau kita tak kenal betul2..

    lagi senang hati jual terus kat kedai ..duit pun terus dapat..

    ReplyDelete
  6. Zamz - kalau iswara tu jual kat kedai, cerita nih tak akan jadi..

    Untie Lin - Betul, jangan ingat orang berkepiah neh semua baik.. Luth bukannya nak melabel sesetengah pihak, tapi ini realiti..

    Cikgu BH - Yeah,kita boleh gengla lepas nih..

    Goasop - memang pon, pentingla hitam putih..

    Kak Liya - dalam hidup neh, jangan percaya dengan orang lain 100%

    ReplyDelete
  7. salam adikku luth..biasaler dik,skang nie apa yg tak terjadi?semua boleh terjadi...dunia akhir zaman dik...kita sedar atau tidak sememangnya tuhan dah menunjukkan bukti yg telah termaktub didalam kita suci Al-Quran ...sebagai hambanya perlulah menyediakan payung untuk mengharunginyer..anggaplah cerita penipuan itu sebagai satu iktibar yg sangat berguna untuk menjadi batu loncatan kepada kita sebagai persediaan untuk ke sana...sentiasa berusaha memperbaiki diri..segala yg buruk berlaku adalah sebagai ujian yg dapat mengukur sejauh mana ketabahan kita dalam menempuh dugaannya..semoga penipuan ini akan membuka mata kita untuk lebih berhati2 dalam semua urusan termasuklah ibadah kita terhadap Allah...kerana ramai jug yg menipu dlam beribadah..ingatan untuk diri akak jugak..wallahua'lam...

    ReplyDelete
  8. kejam2. luth. panjgnya ko taip. huhu. kene ade kecekalan yg kebal utk taip sepanjang ni

    ReplyDelete
  9. ubey - dah terlajak perahu.. terlajak tulis la.. haha..

    kak jaz - terimas.. semoga ia menjadi pengajaran utk kita

    ReplyDelete
  10. Oh begitu ceritanya ye....

    :)

    P/S: Post yg pjg....

    ReplyDelete
  11. "ana" algeram lah jugak sama e2 doktor yg tlh tipus abg "anta" & org lain ... per kata men ugut2 ... hehehe ... muka "anta" ad iras2 ALONG ... bengis kn skit muker tuh ... hoho ... ajak octa & ubey g terjah mamat tuh ...

    ReplyDelete
  12. weh luth...nmpknye abg ko da trpngaruh dgn cte poltk doc 2...haha...
    mngkn sbb sm2 kaum...
    memg doc 2 pndy la...
    mn tau pas ni lec dpt anugrh pelakon populr plak...
    hahaha....
    2 kn,mst doktr yg cuck dr sndri...
    jens yg tdo ats kotk tpi2 jalan..
    pn doc gak kn?pndy je gna jarum..
    sma la ngn doc penpu 2..

    ReplyDelete
  13. erm...smoga iktibar utk kita semua...

    mmg ade segelintir mnusia yg mcm ni,merosakkn pndgn msyarakat pada org yg berkopiah elok...

    mcm ramai yg tg0k skng 0rg bertudung labuh jahat...

    itulah akhir zaman...smoga Allah pelihara kita semua..Insyallah...aminn

    ReplyDelete
  14. panjang betul post kau..kalau nak exchange link..comment reply comment kat blog aku

    ReplyDelete
  15. kesiannya abg ipar ko...
    tp besa ar dunia ni
    penuh dgn cabaran & dugaan..

    harap dpt la slesai kes ni cpat-cpat

    ReplyDelete
  16. salam..org yg kuat menipu ni bermacam cara jer nak perdaya kan org...nasib baik dia pulangkan

    ReplyDelete
  17. salam luth...itu satu pengajaran yang amat bermakna...lepas ni semoga lebih berhati2

    happy holiday :D

    ReplyDelete
  18. oh..masih ada lagi manusia camtu.. kenapa la teruk sgt org tu.. betul kata luth tu.. sekarang apa jua urusan jual beli nak kena ada hitam putih.. so klu ada apa2 yg berlaku.. baru puas hati kan.. ada bukti..

    ReplyDelete
  19. dari dok bg Dokto tak toliah tuh baik bg ko pake ye dak Luth... pake bebaik tau...

    ReplyDelete
  20. Uitss, berani tol laki tu tipo camtu..mmg betul2 pengajaran nih...jgn mudah percaya pada org lain..uhuks..

    tp itu la dunia..mcm2 ada..

    ReplyDelete
  21. cam hampeh jer doktor ko,
    mmg ramai yg buat gini,so pe pe pun
    hitam putin punya dokumen perlulah disediakan,x pasal2 bg percuma jer doktor palsu tuh guna keta abg ko ekk huhu...

    ReplyDelete