Thursday, January 22, 2009

Lagi - Lagi Tag : Ramai orang tag neh!

Oleh kerana Luth bosan malam neh, Luth jawap satu Tag daripada Kak Jaz, Farah Comey,Ochie, dan Daddy Cool


 
10 Fakta tentang Luth Textile
  1. Lelaki, komperm!
  2. Luth merupakan orang Melayu yang asli, tetapi dia tak penah makan budu, belacan, cencaluk, air asam, tempoyak dan sewaktu dengannya. Luth juga tak gemar makan ulam - ulaman walaupun tak makan ulam-ulam, Luth tetap nampak muda, memang muda lagi pon!
  3. Peramah, suka melawak dan cepat mesra dengan orang walaupun orang yang bersembang dengannya tak dikenali.
  4. Merupakan anak ke empat daripada enam orang adik beradik, tiga lelaki dan tiga perempuan.ehem, kebetulan lak sama ngn Ochie.
  5. Mak Luth kata, anak dia ni dapat sindrom suka online 24jam dan tidoq sampai tengah hari. Walaubagaimanapun, simptom tersebut tidak akan terjadi apabila anaknya demam ataupun akan mempunyai kuliah pada esok hari.
  6. Minat menyukat daerah di Malaysia ni. (suka meronda)
  7. Luth suka kucing. Terdapat 4 ekor kucing belaan Luth dirumah.
  8. Restoran Nasi Kandar merupakan lokasi utama Luth jika waktu mengisi tangki perut.
  9. Sekarang belajar di Politeknik Seberang Perai, tetapi sedang praktikal di Perai.
  10. Sudah mempunyai buah hati, iaitu Cik Sephia.Hihi.. Single but not avaiable.
Amboi.. Seksa jugak la nak jawap tag neh.. Bukannya senang!

11 comments: