Friday, February 20, 2009

Pertama kali aku menjumpai cinta yang setia..
Pertama kali aku menjumpai cinta yang indah,
Pertama kali aku menjumpai cinta yang agung..

Bak kata orang, langit tak selalunya cerah,
orang tua tua kata, mimpi tak semestinya indah,
Bila kala kita diatas, nanti pasti kita akan kembali ke bawah..

Minta maaf kerana membuatkan kau terasa akan perbuatanku,
Perasaan yang terpendam, pasti akan membuahkan buah pahit,
aku tahu, aku amat bersalah padamu..

Aku tak pernah melupakan dirimu,
walaupun seminit masa berlalu, aku tak pernah nak memperduakan diri,
walaupun aku berdua dengan teman lain,

Aku tak ada niat langsung nak lupakan dirimu, walaupun aku bersama dengan teman lelaki yang lain. Minta maaf kerana aku membuatkan kau tertunggu - tunggu pada masa lalu dan minta maaf sekali lagi kerana aku tak dapat menghadirkan diri bersama denganmu tika kau amat memerlukan diriku. Aku tak mahu perkara "itu" berlaku dan memisahkan kita berdua.

Aku tahu kau mengalami tekanan yang maha hebat. Aku tahu hatimu sudah lulu berkecai kerana sudah tiada tulang belakang yang menyokong dirimu. Aku tahu kau amat sedih akan kehilangannya. Perasaan kau sedih bercampur baur, aku faham, aku mengerti.

Disaat kau kehilangannya, aku tak dapat menemanimu, tak bermakna aku melupakan dirimu dan membiarkan kau keseorangan. Aku tak buat begitu.Dalam hati aku, aku amat - amat mahu menemanimu, tetapi aku tak dapat bersama denganmu.

Aku tak dapat melafazkan perkataan itu untuk memisahkan kita berdua, aku mahu menemani kau ketika kau sedang mengalami cubaan yang maha hebat. Tapi, segalanya sudah terlambat, perasaan sayang dan kasih sudah hilang dek memendam rasa.Aku tahu..

Aku berpesan kepadamu, walau bagaimanapun hubungan ibu - anak dan adik - abang yang sedang retak melanda sekarang, mereka tetap ibu dan abang kau sendiri, Jangan kau lupa. Ingat, walaupun dia dah tak ada menemani dirimu sekarang, kehidupanmu harus diteruskan jua. Jika dia mengetahui kau menjadi sedemikian rupa, pasti dia tak tenang meninggalkan kau dan keluarga.

Disaat ini, perasaan ego harus dibuang dan perlu bersatu padu, bukanlah lagi berpecah belah.

Walau apa sekalipun, aku tetap berpegang pada Qada dan QadaNYA, jika ada nama kita berdua tertulis DISANA, pasti kita akan dapat bersama hingga keakhir hayat, dan jika nama kita berdua tidak ada DISANA, walaubagaimanapun kita berusha, pasti kita tak akan dapat bersama.

Aku bagi masa kepada kau untuk berfikir semasak- masaknya dan ingat, walauapa sekalipun, aku tetap sayang dan cinta padamu.

Masa yang lalu, tak akan dapat berputar kembali.
Aku tak dapat mengubah diri kau, hanya kau saja yang dapat mengubah diri sendiri, 
Yang pergi tetap pergi, kita sebagai orang yang masih hidup, perlu teruskan diri.
Tabah menghadapi dugaannya, sesungguhnya tuhan bersama orang yang sabar,
Jangan sesekali melalukan perkara yang ditegah olehNYA, semua itu tak perlu. 
 

0 Komen:

Post a Comment