Tuesday, February 03, 2009

Nasik Kandaqq ohh Nasik Kandaq..


Kenapa Luth tiba tiba nak posting pasal nasik kandaq neh? Aha.. Luth sebenarnya nak meluahkan rasa tak puas hati sebab hari tu Luth pegi Kelantan, kedai nasik kandaq tak ada kat Kelantan.. Hihi..

Tak adala.. Saja ja kata macam tu.. Tak ada maknanya nak sokong mamak mamak nasik kandaq yang kaya tu.. Ada satu cerita yang mungkin dah basi. Kejadian ni berlaku selepas Luth habis kerja di Penfabric Perai.

Pada kebiasaannya, Luth dan kawan, Azizi akan ke restoran mamak untuk makan petang a.k.a minum petang. Menu Selalunya, Luth akan ke restoran mamak Kasim Mustafa berdekatan dengan Kedai A tu Z (kedai pengantin) sebab disitu memang ramai awek - awek dan amoi yang lalu. Atas restoran tu ada pusat karaoke.

Tapi, petang 14hb tu Luth pegi ke kedai mamak satu lagi, agak jauh dari restoran Kasim Mustada. Ok, Luth macam biasa, bagi Luth petang - petang wajib ada sebiji roti pisang tak pun dua bijik roti canai kosong. Tak lupa, segelas air kopi ais. hihi..

Petang 14hb Januari tak seindah petang - petang yang selalu. Entahla, tengah dok makan, hati Luth tak dapat rasa nikmatnya makan roti pisang dan juga kopi ais. Tau tak kenapa?


Azizi tiba - tiba menegur "Weh, tuuuu"
Luth terkejut dan melihat seorang mamat dan rombongannya menghurung satu kereta ke satu kereta dengan membawa kertas ditangan mereka. 

Luth terus bangkit dan tengok keadaan disekeliling. Adakah mamat tu dah "menghurung" kereta Luth. Dan lepas je mamat and the gang beredar dari kawasan restoran mamak tersebut, Luth terus belari menuju ke kereta Luth yang terletak lebih kurang 300m dari kedai mamak tersebut.

Waaa... Aku dapat surat cinta pertama!! Tidak!!


Aduh.. Kejadian tu dah berlalu lebih kurang dua minggu lepas. Tapi, Luth masih lagi tak membayar kompaun tersebut. Rm30 pada 14 hari pertama dan RM40 untuk 28 hari seterusnya!

Hmm, selama 7 tahun Luth tinggal kat Bukit Mertajam ni, ini ialah kali pertama Luth dikompaun oleh mamat durjana tu.. Ahli MPSP yang amat rajin membuat OT.

Cukupla kerja time pejabat, 8am - 5pm, lagi depa tu rajin nak buat OT, mungkin cari duit lebih kot, untuk anak dan bini..hihi

Kejadian tu berlaku dua kali, tetapi pada kali kedua Luth sempat larikan kereta jauh dari tempat bahaya tersebut, iaitu sejauh lebih kurang 800m dari restoran mamak tu. Aduhai..

Sephia dah pesan banyak kali, kalau nak parking keta di Seberang Jaya, pegi beli kupon parking sebelum dikompaun. Sephia dah kena dua kali. Dan dia tak mau ia berlaku kali ketiga. Dia pesan pada Luth, tapi, Luth buat endah tak endah.. Padan muka..

Moral: Ambil berat pesanan dan nasihat orang lain
Moral lagi : Sila makan tempat lain selain Sebarang Jaya

14 comments:

  1. hehehe...jadi pengajaran ye..lain kali jangan park kereta di sebarang tempat...

    ReplyDelete
  2. hehehe...

    duit saman itu..mesti Luth dah bleh makan lebeih lagi kan?

    hehehe~

    ReplyDelete
  3. tahniah.
    cepat2 la byr supaya dia x branak pinak :P

    ReplyDelete
  4. Jangan la marah tukang letak kompaun tuh....kerja dia!

    ReplyDelete
  5. la..ingatkan pasal makanan tu yg buat tak sedap rupanya pasal kena kompaun ke.. alahai.. kesian.. takpe la luth..lenkali jadikan pengajaran tau... dan endahkan apa yg sephia ckpkan tu..

    ReplyDelete
  6. hahhaaa..ingatkan ape td..ada along ke..ehehe..

    ReplyDelete
  7. awat x p perda ja luth??
    mcm dh xda kedai mamak dh kt area Perai tu..hahahaha..

    ReplyDelete
  8. b'dekatan A Tu Z atau b'sebelahan
    apa² la...heheh


    #aku pnah gk dpt surat chenta mcm tu...tp x byr sbb atas nasihat mmbr²..

    ReplyDelete
  9. pikiran aku ngn cutemiut sama la..haha.. ingatkan nasi kandaq tu yang bermasalah..haha.

    ReplyDelete
  10. kasihan peniaga seberang jaya selepas baca moral kedua ko... hehehe

    ReplyDelete
  11. baik punya cerita..cepat-cepat pi bayar kang ada bunganya pulak

    ReplyDelete
  12. luth ...lain kali g naik beskal ...
    klu kena saman gak , ko x yah r ngaku tuh beskal ko ...
    bkn ad nombor plat pn beskal tuh ...
    muahahaha

    kuatnya napsu mkn ko ...
    mkn byk2 , makin tinggi lak ...
    felik2 ...
    naper x gemuk eyh ...
    ak musykil lh ...
    hahaha

    ReplyDelete