Monday, February 09, 2009

Takziah Kepada Dia

Saja Luth nak buat satu entry khas untuk dia, takziah diucapkan kepada keluarga arwah Amir Hamzah Suaid, 21 yang kehilangan anak mereka pada 5 hb yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan di Kulim Kedah.

Amir Hamzah, atau dikenali sebagai Pak Tam merupakan senior Luth di sekolah teknik dahulu. Walaupun kami dua tak rapat, tapi beliau baik juga dengan Luth. Berikut merupakan berita tentang kematian beliau di Harian Metro 5hb Febuari 2009

2 rakan maut dalam van


HANCUR...van dipandu mangsa remuk selepas bertembung <br>lori simen.
HANCUR...van dipandu mangsa remuk selepas bertembung
lori simen.

KULIM: “Saya hairan kerana kebiasaannya apabila bertembung kami akan bertegur sapa tetapi petang semalam (kelmarin) arwah tidak membalas sapaan saya sebaliknya terus berlalu dengan menunggang motosikal,” kata jiran kepada Amir Hamzah Suaid, 21, yang terbunuh dalam kemalangan ngeri di Jalan Kulim, Mahang berhampiran Taman Sepillai di sini, awal pagi semalam.

Jiran yang enggan dikenali itu berkata, mangsa yang juga bekas pelajar Politeknik Sultanah Bahyiah adalah seorang yang peramah dan tidak pernah berdiam diri ketika disapa sebelum ini.

“Ini mungkin petanda arwah akan pergi meninggalkan kita. Cuma doa kami, dia ditempatkan di kalangan orang yang soleh,” katanya ketika ditemui di Hospital Kulim (HK), pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, dua rakan sekerja maut apabila van dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan simen.

Selain Amir Hamzah dari Taman Makmur, Lunas, dekat sini, pemandu van berkenaan, Mohd Saiful Rizal Saidin, 29, dari Taman Putra Damai, Petaling Jaya, Selangor terbunuh serta-merta di dalam kenderaan dinaiki mereka yang remuk sama sekali.

Sementara itu, dua lagi rakan sekerja mereka yang turut menaiki van sama pula cedera parah, iaitu Mohd Idris Mohd Yusof, 23, dan Zulkifli Ahmad, 37, dan keadaan mereka dilaporkan kritikal di HK.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata kejadian berlaku jam 6.30 pagi semalam ketika empat pekerja sebuah syarikat yang menjalankan kerja membaiki kerosakan kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perjalanan pulang ke bandar ini.

Katanya, ketika kejadian van dinaiki mangsa baru selepas selesai menjalankan kerja di Kampung Lindungan Raja, Sedim, sejak malam kelmarin.

“Ketika tiba di tempat kejadian berhampiran selekoh di Taman Sepillai, van yang dinaiki keempat-empat pekerja itu bertembung dengan sebuah lori membawa muatan simen.

“Akibat rempuhan itu, pemandu dan penumpang belakang sebelah kiri tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di muka dan badan manakala dua lagi rakan mereka parah.

“Sementara itu, lori berkenaan pula terbabas ke kawasan ladang kelapa sawit dan pemandunya, Norizan Miswan, 28, hanya cedera ringan,” katanya.
Pak Tam merupakan senior yang baik. Semasa perjalanan balik dari rumah kakak Luth tadi, di Sungai Petani, ayah Luth ada telefon memberitahu kepada Luth dan mak akan satu kematian yang berlau di taman Luth nih.

Kali ni, budak perempuan berumur 18tahun, sedang menunggu keputusan meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya semalam.

Beliau menunggang motosikal dan motosikal yang ditungganginya tu dirempuh oleh sebuah kereta daripada belakang dan mengakibatkan pendarahan didalam otak. Beliau meninggal petang tadi.

Seorang jiran Luth yang melihat kejadian tersebut kata, moto budak tu hempap dada budak perempuan tersebut dan budak tu terbaring atas jalan. Aduhai, sedih dan takutnya!

Diharap semua rakan -rakan bloggers berhati - hati ketika menunggang motosikal dan juga memandu. Jangan potong - potong kalau tak lepas. Takutla. Kesian la mak pak. Adui..

13 comments:

  1. x sngka aku boley jd mcm ni...arwah pnya le baek dgn kita


    #takziah dan al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Berhati-hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.

    ReplyDelete
  3. takziah kepada keluarga terlibat dan al-fatihah kepada arwah.

    ReplyDelete
  4. Salam Luth

    tlg kirim-kan salam takziah buat dua jiran luth yang kehilangan org t'sayang...

    ajal dan maut d'tangan tuhan ..
    kita yg hidup mesti d'teruskan jua kehidupan

    ReplyDelete
  5. takziah kepada mereka..

    semoga sume ini kita jadikan iktibar dan pengajaran yer

    ReplyDelete
  6. biaq betol... pak tam ker... aku sedih sungguh la... semoga allah golongkan dia dalam yang beriman.. alfatihah buat arwah paktam....

    ReplyDelete