Wednesday, March 04, 2009

Cabaran demi Cabaran

Pagi tadi, ayah Luth kemalangan semasa perjalanan menghantar kakak Luth ke tempat kerja. pagi tadi juga, hujan memang lebat gila. Jalan "ban" di Permatang Nibong memang licin. Moto yang dinaiki oleh ayah Luth terbalik dan menyebabkan dia dan kakak Luth terpelanting ke tepi jalan dan ayah Luth masuk ke bendang.

Tak ada luka - luka serius kelihatan. Cuma ada sedikit luka di lutut ayah dan terdapat bengkak ditangan kirinya. Kakak pulak, hanya lenguh lenguh badan. Luth tak tahu, sampailah petang tadi selepas balik dari praktikal, mak memberitahu perkara ni pada Luth.

Petang tadi, Luth tengok tangan kiri ayah dah membengkak, takut betul. Dah jadi hitam sebelah kiri. Untuk pengetahuan anda semua, ayah Luth sedang memakai "battery" yang dikenali sebagai peacemaker, iaitu mesin pengepam darah kedalam jantung. Ayah Luth sakit lemah jantung.

Luth risau akan battery ayah terjejas sebab kemalangan tadi. So, lepas maghrib tadi Luth terus membawa ayah ke Hospital Bukit Mertajam. Takutlah, apa - apa terjadi kemudian, payah. Baik kita cegah daripada benda benda tu dengan pegi memeriksa dengan doktor. Luth bawa ayah ke wad kecemasan. Dan sekarang dia ditahan di Wad dan masih dalam "pemerhatian"

Harap - harap ayah tak apa - apa dan terus sihat. Tak mahu la sejarah yang lalu berulang kembali. Apa - apa pun, aku tetap bersabar dengan segala ujian. Pengalaman dan sejarah yang lalu telah mematangkan diri Luth. Benda ni datang dari Allah. Kita sebagai manusia kenalah meghadapi dengan sabar.


Kalau tak ayah masuk hospital harini, Luth tak berpeluang berjumpa warden sekolah Luth dulu, iaitu Cikgu Rashidi, warden blok Luth masa dekat asrama Teknik Seberang Perai. Dia masuk klinik kecemasan sebab kaki dia dihempap oleh Pemadam Api yang dipasang di tiang sekolah. Dah lama tak jumpa dia. Tut tut tersempak. Tu lah kebetulan.

** Patutlah Luth tak sedap hati nak ke Penang malam ni. Ada sebab rupanya.

27 comments:

  1. Salam..

    Setiap perkara yang brlaku itu ada hikmah disebaliknya..Jadikanlah perkara yang baik sebagai tauladan dan perkara tidak baik sebgai sempadan..Semoga ayah luth sembuh cepat dan boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa..

    Doaku sentiasa mengiringi sahabat2 dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. aku doakan ayah n kakak hg cpt sembuh...

    cikgu rashidi yer...
    hmmm

    ReplyDelete
  3. baca pasal kemalangan jer meremang bulu roma ku... nasib baik ayah ko tak teruk sangat...

    ReplyDelete
  4. Sabar luth..
    semua cabaran dan dugaan kena hadapi dengan kuat..
    semoga ayah luth cepat sembuh..
    masa macam ni kena luangkan masa lebih bersama ayah..

    ReplyDelete
  5. semoga ayah kamu cepat sembuh Luth..

    salam buat dia dan kakak kamu...

    oh ya, aku balik rumah petang ni. jaga diri ya? ada apa2 hal..ko tau cara nak contact aku..

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh ayah..

    eh salah2...pakcik...

    hehehhehe

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  7. lagi kita diuji..
    lagi kita menjadi matang..
    insyaallah..
    hanya-Nya segala mengetahui..

    sampaikan salam pada semua..
    ayahnda mu
    kakanda mu
    warden paling sporting - EN RASHIDI + PN HANIM..

    ReplyDelete
  8. pakcik.
    semoga cepat sembuh.!

    p/s:luth jgn risau la k ;)

    ReplyDelete
  9. Wooo.....bahaya wo...nasib baik tak de pe pe serius...

    ReplyDelete
  10. salam Luth..harap bnyk kan bersabar..setiap yg datang kepada kita ini adalah dugaan dari Allah pada hamba2 nya. Doa dr k.ct agar ayah Luth cepat cembuh dan dilindungi olah nya..Aminnn

    ReplyDelete
  11. oh..semoga ayah luth cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala hendaknya... apa jua halangan jadikan la ia sebagai cabaran dan dugaan kehidupan

    ReplyDelete
  12. Yaya, semoga ayah hang ok ja..para sahabat sentiasa mendoakan agar ayahanda saudara sentiasa dalam keadaan baik ;) Amin..

    ReplyDelete
  13. akak doakan ayah & kakak Luth tak de apa2 yg serius....

    semoga cepat sembuh....

    ReplyDelete
  14. smoga dijauhkan drpd sbarang perkara buruk..b strong k bro..

    ReplyDelete
  15. perh... takunyer aku kalo jadi gini... mmg risau kalo ayah kita jadi ape2... huhu

    ReplyDelete
  16. Salam Luth,
    Moga ayah Luth cepat sembuh! Tabahkan hati dalam menempuh segala ujian yang datang melanda diri Luth!Be strong, bro!

    ReplyDelete
  17. tiap ujian ada hikmah disebaliknya.. bersabar sja bro. syukur masih selamat:)

    ReplyDelete
  18. Semoga ayah Luth cepat sembuh dan boleh keluar wad. Hospital BM? Ada nurse nama Rogayah. Maklang Faisal tu :)

    Kalau terjumpa tegur je dia... cakap kawan Faisal Admar :)

    ReplyDelete
  19. luth, ye betul.. perkara2 mcm ni buatkan kita jadi matang dalam berfikir..

    andai tak bole nk bfikir secara matang, bertindak lah secara matang..

    faham ke?

    ya doa sume dlm kdaan baik2. amin.

    hv a nice day~

    ReplyDelete
  20. banyakkan bersabar yer luth..
    semoga ayah dan kakak luth cepat² sembuh..

    ReplyDelete
  21. Harap semuanya baik2 saja buat Ayah kamu.

    ReplyDelete
  22. la...kesian..bnyk orang asyik eksiden je sekarang..

    hopefully others berhati-hati

    ReplyDelete