Gawat Oh Gawat ~ Best ke?

 
Semalam, seperti yang diwarwarkan sebelum ini, pihak syarikat melaksanakan cuti tiga kali seminggu. Bermula semalam, group A bekerja dan dibantu groupC (iaitu pekerja kontrak) manakala group B bercuti. Pada hari jumaat ini, group akan bekerja dan group A akan bercuti.

Luth masuk group mana? Ha, lepas je Luth tanya pada boss Engineering, Mr. Cheng, kami trainee ikut syif normal, iaitu group A. Hah, bagusla macam tu. Luth memang suka kalau cuti hari Jumaat. Lajak terus tiga hari, Jumaat Sabtu Ahad. Wow, bestnya.

Tapi, boss maintanance, Mr. John tak bagitahu apa - apa pun lagi kat kami, cuti ke tak hari Jumaat ni. Korang doa - doakanlah ye Luth dapat cuti hari Jumaat neh, hehehe..

By the way, kilang neh masih boleh dikatakan bertuah berbanding kilang - kilang yang lain. Yela, ada sebuah kilang di Kulim, KERJA SEMINGGU CUTI TIGA MINGGU. Gila, macam mana tu. Habisla orang yang ada anak bini dan yang mana ada hutang keliling pinggang. Teruk la nak tanggung!

Syarikat Luth neh jangka, cuti tiga hari seminggu ni dilaksanakan hanya satu bulan DAN bergantung pada keadaan semasa. Kalau keadaan sekarang semakin pulih, maka, bulan April dah jadi macam biasala. Kalau keadaan makin parah, tak tahu la. Janganla gulung tikar awal - awal, Luth nak praktikal lagi 3 bulan.

Waaaa..

Luth Textile

Many friend call me "Luth Textile" because of my experience working at Textile Department, Kamdar Bkt Mertajam Visit My Blog : http://luthtextile.com

10 comments:

  1. ko rileks je..jgn glabah..tenang..tenang..tarik nafas

    ReplyDelete
  2. betoi3.
    gawat skrang.!
    fatin skrang ni pun seminggu cuti 2 kali.
    huhu.
    waaa,x dpt duit lebihh dah.
    dh la nk brhnti dh c0z kena plkn.
    adoiiii

    ReplyDelete
  3. ha'ah luth, cam akak gak ler pekerja sektor swasta ni.. memang terasa tau kegawatan ekonomi ni.. sib baik blh survive lagi.. klu tak addoooii fening pala

    ReplyDelete
  4. Toksah nak pening kepala... Jadi je blogger sepenuh masa... macam sy ni... hehehe

    Singgah semua!

    ReplyDelete
  5. keje rajin2 yer luth....

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥
    *********************************

    ReplyDelete
  6. alamak... susah la gini... kecian kat hg... erm... kalo terjadi perkara x diinngini.. kena cari keja kt tmpat lain ka??

    ReplyDelete