Oh Taman Guar Perahu!


Gawatlah juga hari ini. Kali pertama dalam tempoh tujuh tahun Luth menetap di taman ni, berlaku perkahwinan dan juga kematian dalam satu masa.

Ada orang yang sedang bergembira meraikan hari bahagia masing - masing dan ada daripada mereka yang berduka dan sedih kehilangan orang yang tersayang. Terdapat banyak kenduri kahwin diadakan di taman Luth ni dan ada dua kematian yang berlaku pada hari ini juga.

Kepada mereka yang meraikan perkahwinan mereka, khasnya kepada anak saudara Luth, Nurul dan pasangannya diucapkan tahniah dan semoga hubungan anda akan kekal sehingga keakhir hayat.

Jiran selorong Luth, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 pagi tadi. Dia meninggal akibat sakit jantung dan kencing manis. Sebelum ni, ayah Luth ada ikut dia pegi ke Kelantan, semasa perkahwinan anak pertamanya pada hujung tahun lepas. Sekejap je masa berlalu.

Luth juga kehilangan salah seorang rakan baik Luth, iaitu Hilmi Hassan. Teringat Luth pada Helmi, seorang yang peramah dan suka bergurau. Ada saja je benda dia nak gelak. Memang kalau duduk dengan dia, pasti akan gelak besar. Tapi, sekarang dia dah tak ada. Hari ini merupakan hari terakhir Luth dapat jumpa dia, dan lepas ni Luth tak akan dapat jumpa dia lagi.

Semua itu dah ditentukan tuhan. Kita tak boleh nak lawan takdir tuhan. Hilmi kemalangan semasa menunggag motosikal bersama rakan ke post office.Kawan dia, Fadhirul terlupa nak bawa gambar untuk renew lesen. Then, mereka buat U - turn untuk patah balik dan motor yang mereka tunggang dirempuh oleh sebuah motor yang laju dari arah Bukit Mertajam.

Hilmi jatuh diatas jalan dan rakan dia sempat bangkit lari ketepi. Hilmi mengalami pendarahan didalam kepala dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke General Hospital Penang. Kenapala doktor di Hospital Bukit Mertajam tak mau hantar terus ke Penang? Kenapa nak juga hantar ke Hospital Seberang Jaya kalau tahu HSJ tak dapat nak rawat?

Inilah masalah yang dihadapi dihospital kerajaan. Tapi, bukan semua hospital macam tu dan ia bergantung juga pada kes. Kalau kronik macam tu, kenapa tak pegi GH saja. Kan senang?

Apa - apapun, kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang pergi pada hari ini.

Luth Textile

Many friend call me "Luth Textile" because of my experience working at Textile Department, Kamdar Bkt Mertajam Visit My Blog : http://luthtextile.com

12 comments:

  1. ramainye kawen..rase nak kawen pulak,,hehe
    tompang takziah ye luth untuk arwah..

    ReplyDelete
  2. mak aii.. ramainya kahwin dlm satu kwsn.. ije satu pun xdapat undangan kawin. hoho..

    pape pun, salam takziah buat famili jiran selorong luth n famili hilmi

    ReplyDelete
  3. takziah ar bro... huhu..

    saje2 tambah : erm.. kenduri kawin sebenarnya lebih wajib kita pegi daripada kenduri arwah...

    ReplyDelete
  4. alfatihah bg yg pergi...

    semoga bahagia bg yang kahwen..

    :)

    ReplyDelete
  5. tahniah & takziah flora ucapkn.. hidup ni penuh dgn dugaan.. semoga kita sume leh tempuhi dgn tenang..

    ReplyDelete
  6. tahniah untuk mempelai, adan takziah diatas kematian itu, banyakkan berdoa dan semoga hari2 yang dilalui penuh rahmat dan ketenangan

    ReplyDelete
  7. rumah fatin dekat lorong 31 ;)
    tp tak duduk situ.
    bagi orang sewa je...

    ReplyDelete
  8. tak yah masak hujung minggu klu dah ramai sangat jemputan kawin. makan, makan dan makan....

    ReplyDelete
  9. Khenduri kahwin memang wajib pergi asalnya tetapi kiranya khenduri itu telah melanggar hukum Islam maka dikala itu tidak wajib lagi,
    wassalam

    ReplyDelete