Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

1 Ramadhan dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa satu hari pada 22 Ogos 2009. Kenikmatan berpuasa tu terasa. Tapi, yang bagusnya puasa semalam tak la ada lapar dan dahaga. Sebabnya dari pagi sampailah ke petang,hujan tak berhenti mencurah curah sehingga keladang gandum. Bumi Seberang Perai dihujani oleh hujan rahmat.

Biasala, walaupun kat sini tak semaju KL ataupun Penang, jalan utama disini memang sesak tahap cipan. Tensen kalau memandu pada ketika ini. Terutamanya pada waktu puncak, pada jam 5 ramai orang balik dari perjabat dan terus ke bazar ramadan. Yang pastinya, jalan telah menjadi "roti buku" dan ada tukang sapu jem ditengah - tengah jalan. Semuanya ghairah dan nak cepat untuk pulang ke rumah untuk persiapan berbuka. Takdak hal yang istimewa sangat kalau puasa macamni. Jalan sesak tu kira biasalah.

Tambahan lagi, jalan raya di pekan Penanti ni makin lama makin banyak kerana pertambahan pendatang asing dan orang luar yang mana menghadiri majlis dan memeriahkan kempen pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir. Yang ada pilihan raya di Permatang Pasir, tapi bahangnya terasa sampai ke Penanti. Nasib baik depan rumah tak ada bawak naik bendera. Kalau macamtu susahla.

Walaupun bulan puasa, itu tak menghalang petugas - petugas dari dua parti yang bertanding berkempen. Kereta besar, mahal, kecil dan murah berlegar - legar membawa bendera parti masing - masing dan terlihat kelibat serta barisan kereta YB dan MP melintasi setiap jalan disini. Kalau dah mai sini tu bawak la sorang dua cukuplah, ni nak angkut geng satu kapal. Mana tak jem jalan. Polis pun tak kurang hebatnya. Jalan raya disepanjang pekan Penanti menjadi jalan sehala dan itu tak menunjukkan respon yang positif pon untuk tak sesak. Sesak lagi ada la.

Yang herannya, Penanti yang tak ada kena mengena dalam PRK Permatang Pasir pun dah jadi macam tempat bertanding. Cukup - cukuplah tiga kali pilihan raya sudah diadakan disini, PRU ke 12 Mac 2008, PRK P.44 Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun 2008 dan yang terbaru PRK N.12 Dun Penanti yang berlalu tiga bulan lepas menyaksikan perlantikan baru Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor  Othman selaku YB yang menggantikan Muhammad Fairus. Cukuplah politik menyusahkan rakyat, habis polis satu Malaysia turun nak jaga pilihan raya. Nanti kalau perompak rompak rumah, salahkan ahli politik yer!

P/s: Tak nampak semangat Merdeka langsung tahun ni. Tak ramai yang kibar Jalur Gemilang dikenderaan masing - masing. Dah dua tahun jadi macam ni.

Monday, June 22, 2009

Oh, Selamat Hari Bapa!

Semalam hari bapa. Semua bapa - bapa kat muka bumi ni mesti diraikan oleh anak - anak sendiri kan? Ada yang dapat kad dari anak - anak, ada yang dapat kiss dari anak mereka dan pelbagai lagi cara anak - anak mereka meraikan bapa yang mereka sayangi.

Semalam Luth dan keluarga tak lepas juga meraikan hari bapa pada tahun ni. Masa hari Ibu haritu, kami dah raikan mak kami, dan kalau tak raikan hari bapa, apa pulak kata ayah nanti. Tahun ni, semua hari kami raikan. Seronok sangat.


Alhamdulillah, apa yang dirancang oleh mak dan kakak, berjaya juga berlangsung dengan jayanya. Kek Selamat Hari Bapa dipotong pada tengah hari semalam, di Lata Bayu Kedah. Ini merupakan kali kedua Luth datang kesini. Nasibla kami sampai awal, pukul 12 dah sampai dengan ambil masa satu jam perjalanan dari rumah.

Berbekalkan lauk dan menu yang dimasak oleh mak, kami sampai - sampai je kat sana terus makan. Perut dah lapar. Tengok semua makanan yang dibawa tu perut bunyi lagu dangdut pulak. Tapi, makanan yang mak masak tu Luth tak makan pon. Hanya Luth makan seketul ayam goreng berempah ala - mak dan Luth makan sebelah buah durian. Tah berapa ulas yang Luth makan. Kat situ ada sorang brader jual durian kampung.


Katanya, kalau ambil dua biji RM10, tapi kalau ambil enam biji dia kira RM25. Kalau mak, dia tak puas hati kalau tak dapat tawar, akhirnya dapat RM23 untuk enam biji durian. Luth tak makan nasik la gayanya, hentam durian tu je. Dah makan kenyang - kenyang, makan durian jadi panas badan, kami pun naikla memanjat bukit kat situ. Mandi - manda. Sejukkkk...

Ayah seronok dapat berendam, mak pun tak lepas peluang mandi sungai. Sejuk. Memang sedap. Panas badan sebab makan durian tadi pun dah hilang. Lepas je mandi, semua pakat letih. Almaklumlah, seronok sangat mandi sungai. Enjoy sangatla tu. Luth yang nak memandu balik pun letih.

Lepas mandi, kami terus ke pekan Baling. Kata ayah, dia nak belanja makan minum kat sana. Luth pun tak pernah ke Baling dan itu kali pertama Luth sampai disana. Dah sampai sana, teringat pulak kat bandar Ipoh. Ada batu kapur yang besar kat sana. Sejuk dan tenang je. Pekan Baling pun klasik je gayanya. Macam duduk zaman koboi. Wakaka.

Sampai je rumah, semua pakat pengsan. Letih! Letih tapi seronok. 

Sunday, June 21, 2009

Selamat Bertunang Cik Eyza!

Ini merupakan salah satu gambar yang dipinta oleh Cik Eyza yang mana dah lama suruh edit gambar tunangnya. Dah lama dah dia bagi, cuma masa ni baru je dapat nak publishkan. Enjoy the picture. Orang kalau dah cantik, gambar edit sikit - sikit pun dah cukup. Cik Eyza ni anak mami Penang. Comel gitu..

 
  
  
  
 
Selamat bertunang kepada Cik Eyza, semoga dapat kejinjang pelamin dengan cepat dan cepatla dapat makan nasi minyak. Nanti dah kenduri tu, jemputla kami kat sini.

Saturday, June 06, 2009

Daulat Tuanku!

Luth bangga menjadi orang Melayu dan rakyat Malaysia. Negara kita negara berdaulat bertunjangkan raja berpelembagaan. Raja - Raja Melayu menjadi tonggak kepada pemerintahan negara.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku berdua. Semoga dapat menjalankan tugas memerintah negara dengan adil dan saksama serta dirahmatiNya.

Sultan Mizan heroku, Tuanku Zahirah heroinku. Gantingan pasangan diRaja yang paling tip-top!

Saturday, March 14, 2009

Oh Taman Guar Perahu!


Gawatlah juga hari ini. Kali pertama dalam tempoh tujuh tahun Luth menetap di taman ni, berlaku perkahwinan dan juga kematian dalam satu masa.

Ada orang yang sedang bergembira meraikan hari bahagia masing - masing dan ada daripada mereka yang berduka dan sedih kehilangan orang yang tersayang. Terdapat banyak kenduri kahwin diadakan di taman Luth ni dan ada dua kematian yang berlaku pada hari ini juga.

Kepada mereka yang meraikan perkahwinan mereka, khasnya kepada anak saudara Luth, Nurul dan pasangannya diucapkan tahniah dan semoga hubungan anda akan kekal sehingga keakhir hayat.

Jiran selorong Luth, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 pagi tadi. Dia meninggal akibat sakit jantung dan kencing manis. Sebelum ni, ayah Luth ada ikut dia pegi ke Kelantan, semasa perkahwinan anak pertamanya pada hujung tahun lepas. Sekejap je masa berlalu.

Luth juga kehilangan salah seorang rakan baik Luth, iaitu Hilmi Hassan. Teringat Luth pada Helmi, seorang yang peramah dan suka bergurau. Ada saja je benda dia nak gelak. Memang kalau duduk dengan dia, pasti akan gelak besar. Tapi, sekarang dia dah tak ada. Hari ini merupakan hari terakhir Luth dapat jumpa dia, dan lepas ni Luth tak akan dapat jumpa dia lagi.

Semua itu dah ditentukan tuhan. Kita tak boleh nak lawan takdir tuhan. Hilmi kemalangan semasa menunggag motosikal bersama rakan ke post office.Kawan dia, Fadhirul terlupa nak bawa gambar untuk renew lesen. Then, mereka buat U - turn untuk patah balik dan motor yang mereka tunggang dirempuh oleh sebuah motor yang laju dari arah Bukit Mertajam.

Hilmi jatuh diatas jalan dan rakan dia sempat bangkit lari ketepi. Hilmi mengalami pendarahan didalam kepala dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke General Hospital Penang. Kenapala doktor di Hospital Bukit Mertajam tak mau hantar terus ke Penang? Kenapa nak juga hantar ke Hospital Seberang Jaya kalau tahu HSJ tak dapat nak rawat?

Inilah masalah yang dihadapi dihospital kerajaan. Tapi, bukan semua hospital macam tu dan ia bergantung juga pada kes. Kalau kronik macam tu, kenapa tak pegi GH saja. Kan senang?

Apa - apapun, kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang pergi pada hari ini.

Monday, March 09, 2009