Monday, April 27, 2009

Dari Keybord, SMS, Singgah Ke Mata dan Turun Ke Hati!

Wah wah, tajuk posting kali ni macam hebat gitu! Tak adalah, Luth saja nak share dengan korang semua, pertemuan diantara Luth dan seorang bloggers yang paling penyayang dimuka bumi ini iaitu kakak kesayangan Luth, Cik Juzaidah kiter, pemilik blog Miss Jaz's Corner!

Sebenarnya, Luth memang tak rancang nak berjumpa dengan kak kita neh. Luth pegi ke TLDM Lumut semalam, untuk menyaksikan karnival Jom Heboh dan juga hari terbuka semperna ulangtahun ke 75 Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). Suasana disana memang meriah dan memang hangat.

Apa yang hangat dan meriah?

Yang hangatnya, cuaca disana yang panas menyebabkan Luth dan kawan - kawan basah abes satu baju dan sama waktu dengannya dan yang meriahnya ialah, kebanjiran pengunjung yang mengunjungi festival yang diadakan disitu.

Luth dah hangat hati dengan orang kat sana, kenapala depa mai ramai - ramai. sampaikan parking penuh melempah ruah, pejalan kaki di kiri dan kanan bahu jalan pon berlambak - lambak menyebabkan permandangan mata amatlah semak sekali. Oh, bagaimanakah nak elak daripada keadaan ini? Jawapannya ialah balik awal.

Pertemuan dua mata, dari SMS turun kehati

Kak Jue ada kursus pada hari tu, then kami dapat jugak berjumpa dengan kak Jue. Terima kasih banyak - banyak sebab sudi jumpa. Eksyen dia hari tu sebab tak mau makan makanan yang kami sajikan kat dia (sajikan? Hahaha)

Walaupun kami plan nak balik awal, tapi tetap jugak jumpa dia. Luth ada tulis SMS kat dia, "Kak, kalau ada rezki nak jumpa, jumpala. Kalau tak ada, lain kali la eh!" dan respon kak Jue selepas itu adalah memberangsangkan. Hahahaha.

Kekuatan silaturahim melalui Blogger dan YM

Walaupun kami tak pernah berjumpa dan bertemu muka, Luth dengan kak Jue sembang macam dah kenal lama. Prong prang keadaan masa tu, macam meriah la pulak. Riak wajah kak yang begitu excited nak jumpa tu menyebabkan kami sembang begitu lama pada petang tu. Sedar tak sedar, jam dah pukul 7 lebih. Kawan - kawan Luth pon sibuk nak balik rumah.

Dan kesimpulannya, terima kasih diucapkan kepada kak Jue kita sebab sudi jumpa walaupun dalam keadaan yang tergesa - gesa. Luth dah pesan kat dia, "Kak, jangan langgaq lampu merah" dan dia tak dapat memenuhi pesanan tu dengan melanggar juga dua tiga lampu isyarat di pekan Manjung. Hahaha.

P/s : Kak, nanti Luth bawak cik A ok?
P/ss: Bila kak nak kawen? Ramai member dah kawen tuuu...
P/sss: Daddy, betoi kata hang! Hihi

11 comments:

  1. wwwaaaa...

    seronok nya bc kisah fie !

    fie, mahal la kening tu.. gerun saya tau

    cikJue sangat sweet disamping en luth. muah !!

    ReplyDelete
  2. amboi, mai jom heboh.... mai manjung... tak mai umah untie pun ye... kat sini ramai blgger jugerrrr. tp untie dah kawin...

    ooo jumpa yg single minggle je ye?

    syokk ke g jom heboh? org ramai sangat. ntah dtg dr ceruk mana? tu yg maleh nak g tu...

    ReplyDelete
  3. hohooooo....

    datang manjung tak habaq...

    sini ramai blogger gak apa?

    ReplyDelete
  4. adikku yg comel,thanks coz sudi gak tunggu akak walaupooooonnn lambat..tu lah dinamakan rezeki,rezeki nk jumpakkan....he..he...akak gembira sgt jumpak adik and ur sis,dua2 peramah...bukan akak tak sudi nak makan,tapi bila terlalu penat dan teruja jmpa adik,jadi tak lalu makan dibuatnyerrrrr..he..he..nanti datang lagik ek...kali nie kena bawa cik A plak...insyaAllah,kalau ada rezeki akak kesana plak...he.he..anyway thanks coz adik sudi nak jumpa and tunggu akak..k,take care..kim salam ngan cik A dan juga ur sis yg kecik molek tu...oh,tentang pertanyaan adik ,bila akak nak kawin???he..he..akak tunggu En.A masuk meminang!!!!he..he...tuuuuunnngggguuuuuuu
    ........k.bye.take care.wassalam..

    ReplyDelete
  5. teringat kat kak jue sy. tapi dia dah tak kenal sy dah. mungkin dia tak suke dpt adik mcm sy. :)

    ReplyDelete
  6. bagus bagus.. yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapat rapatkan kannns kak jue..

    ReplyDelete