Saturday, April 25, 2009

Jom Buat Brush Photoshop!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung. Dah lama tak update pasal photoshop nih. Al maklumlah kan, sibuk sikit. Ok. kali ni nak share dengan kawan - kawan macam mana nak buat brush sendiri. Tahukah anda, brush di photoshop boleh ditambah dan dibuat sendiri?

Langkah untuk membuat brush sendiri amat mudah dan cepat. Nak tahu, jom ikuti tutorial dibawah! Luth menggunakan lambang Proton, sebuah  logo hakmilik Proton Holding Berhad

Petama sekali, kecerahan warna perlu diubah untuk menghasilkan brush yang elok dan cantik. Anda boleh mengubah kecerahan gambar dengan pergi ke IMAGE > ADJUSTMENT > LEVEL dan lakukan pengubahan level warna dengan memilih 95, 2.06 dan 179. Ini amat penting untuk menghasilkan brush yang cantik dan berkualiti.

Langkah Kedua :
Pilih kawasan brush anda dengan menggunakan Crop Tool. Luth memilih size 280 untuk membuat brush proton ini. ( bergantung kepada kreativiti dan kehendak anda)

Kemudian, simpan brush anda dan letakkan namanya. Baru senang nak buat apa - apa kerja, tak payah nak kena belek lama - lama.

Brush anda sudah siap dihasilkan. Cepat kan? Anda boleh menggunakan brush ini dengan mengubah size nya.
Contoh penggunaan brush yang dihasilkan tadi, cun tak? Selamat Mencuba!

8 comments:

  1. peace!!!!! ajarkan lain pulak ha. bagus ni.

    ReplyDelete
  2. tak lawa langsung brush yg aku buat tu. baik donlot terus je. haha

    ReplyDelete
  3. Thanks luth for this tutorial..
    :D..
    Faham dah skit2..

    ReplyDelete
  4. Thanks luth for this tutorial..
    :D..
    Faham dah skit2..

    ReplyDelete
  5. luth...gambo yg kite pilih utk wat brush kan xyah bukak file new kan...juz file image je kan...btul ke tak..

    ReplyDelete