Monday, April 20, 2009

Gathering Vs Dating : Syoknya!!


Eh, tajuk posting nampak macam poyo la pulak kan? Dah lama tak buat poyo dalam blog sendiri. Ok, weekend pada minggu lepas merupakan weekend yang best pada bulan ni. Apa yang best ek? Ada la ceritanya. Nak tau, sila baca perabis posting ini. Hihi..

Kes Pertama, Malam Minggu (18 April 2009)

Luth memang bosan malam minggu yang lepas. Yela, selalunya Luth akan keluar bersosial bersama kawan - kawan, tapi kawan - kawan Luth semua tak balik lagi dari asrama masing - masing, so bosanla. Tiba - tiba, Luth teringat dekat seorang pendengar Desa Fm,
iaitu saudara Kham. Dia dok ajak Luth jumpa dia. Dua minggu lepas, dia ada sms dan call Luth, tapi Luth bz sikit. Lepastu, malam Ahad yang lepas, dapat juga jumpa dia.

Kham Lee memang ramah. Bagusla kami berdua, bak pahat bertemu dengan penukul (eh, betol ke?). Malam tu kami sembang tentang banyak topik. Pasal diri sendirila, R n R Bagan Ajam la, Bloggers la, Chating la, dan terbanyak sekali, cerita tentang Dj - dj di Desa FM dan juga perkhidmatan Desa FM.

Malu Luth! Kham asyik dok panggil "dj, Dj". Luth neh bukannya DJ yang hebat macam dj Fairuz or Dj Teddy. Janganla panggil Luth Dj. Adeh.. Segan siot!

Not bad, Terima kasih kepada Kham sebab sudi jumpa Luth pada malam tu. Hebat sangat bersembang, sampaikan air atas meja pon boleh tertumpah. Macam mana ek? Hahaha. Kalau anda nak berchating bersama saudara Kham, anda bolehla ke http://www.sembang.lagubaru.net/. Kham sentiasa berada disana.

Kes Kedua, Tengah hari Ahad (19 April 2009)


Rasa macam nak pegi jalan - jalan je hari Ahad tu. Selalunya, bila cuti hujung minggu, Luth akan enjoy puas - puas berjalan - jalan. So, Luth rasa macam nak ke Penang pulak. Lepas bersiap - siap pada pagi tu, Luth terus ke Penang. Dah lama tak naik moto, so pegi la. Sampai ke Penang jam 1030 pagi. Pagi pagi dah hujan. Potong stim betol.

Luth teringat kat Kak comel kita ni ha, dia pesan dari bulan lepas, kalau turun penang, jangan lupa kontek kak. Luth ajak dia keluar. Kami pon tak ada plan nak pegi mana - mana, dia hanya cadangkan pegi main Boling lepas Zohor, hari tu.

Luth ke rumah saudara mamat hensem kita ni. Dia pon tak ada plan. Kemudian, kami keluar ronda - ronda, dari Sg Gelugor sampai ke Balik Pulau (Teringat kat Encik Hadi masa ronda kat sana). Lepas je ronda - ronda sementara nak sampai waktu Zohor, kami pergi makan tengah hari di Restoran Hamidiyah, di Campbell St. Memang sedap nasik Beriyani dia, harga pon sedap la jugak. Memang puas.

Then, lebih kurang 2.30 petang, Kak Intan dan juga Cik Eyza sampai di USM, nak amek kami pegi ke Bukit Jambul. Saje je nak rasa naik kereta baru Kak Intan. Hihi. Sampai - sampai je Bj, kami pergi ke pusat bowling Bj. Ramai juga orang pada hari tu. Biasala, hari minggu.

Kami main 2 game je. Dah lama tak main boling. Agak - agak dalam setahun lebih kurang. Dulu, selalu turun main bowling, tapi dok sibuk je, tak jadi nak main. Puas! Tu yang Luth dapat ungkapkan selepas main boling. Pemenang pada game pertama ialah cik Eyza dan winner yang kedua ialah Encik Krell. Takpa hampa, nanti aku menang pulak. hihihi


Terima kasih kepada hampa semua sebab sudi keluar dengan Luth, kepada Khairil dan kancilnya, serta Kak Intan dengan Saga baru itu. Tak lupa pada Cik Eyza yang cun gitu! Minggu depan, kita main bowling di Penang Megamall pulak. Asyik aku je turun Penang, hampa pulak kena mai Seberang. Apa macam? Kita dah janji kan? So, minggu depan kenala ada orang belanja bowling. Bowling + Makan + Wayang + Parking kete. hihi..

9 comments:

  1. haha
    mggu dpn akan di sponsor
    jd men puas2

    ReplyDelete
  2. dah abeh blaja nnt leh la join2 korg klu aku free2 eh?best gile jln2...

    ReplyDelete
  3. fie, mam byk2x. kurus kamo. best2x men bowl. nt turun kl kontek2x k.

    ReplyDelete
  4. wah besh ar luth dapat jumpa blogger..aka teman baru..nanti leh jumpa kty lak..

    ReplyDelete
  5. bestnya org penang....pakat-pakat jumpa bloggers!

    syok tu!

    :D

    ReplyDelete
  6. perh.. dj luth woo.. ahaks.. hhmm...

    nak tergelak tgk desa fm yg ada gmbar hg tue.. yg sebelah kanan nie... bukan apa.. ada satu gmbar muka muda.. muka kanak2.. ahha.. =P

    ReplyDelete