Antara Wang, Duit dan Syiling

Alkesah ada seorang budak yang dilahirkan di sebuah bandar diutara Malaysia. Budak lelaki tersebut dinamakan Syiling, kerana kelahirannya bagi pasangan Senawang dan juga Siti Haduit.

Ayahnya dipanggil Wang dan ibunya dikenali dengan jolokkan Duit. Wang dan Duit mendirikan rumah tangga dengan cara yang simple. Mereka dihimpit kesempitan hidup, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kehidupannya berubah apabila mereka dikurniakan cahaya mata. Oleh sebab lahirnya anak pertama dan juga anak tunggal mereka tersebut, mereka namakan anak mereka itu Syiling. Mungkin benar dakwaan orang tua dulu - dulu, kalau lahirnya budak kecik, ia memang pembawa rahmat.Syiling dikenali sebagai coin dalam bahasa Inggeris dan bukannya Syiling dekat bumbung rumah ok?

Walaupun mereka miskin, bapaknya, iaitu En.Wang dapat menyara anaknya yang seorang itu sehat walafiat, tak kurus, tak pendek dan tak pulak panjang terlebih. Kira ok la anak mereka membesar.
En. Wang bekerja sebagai pekerja kontrek di sebuah tapak pembinaan di Perlis.
Kerja En. Wang , pada permulaannya hanyalah pekerja kontrek yang amat sedih,sebagai pemecah batu,mengusung batu bata naik keatas bangunan dan lain - lain lagi. Memang teruk kerja En.Wang . Setelah tiga puluh tahun kemudian, En. Wang dapat bekerja di dalam pejabat, sebagai kerani yang ditugaskan memberi gaji kepada pekerja kontrek lain.

Setiap kali cukup bulan je, En. Wang umpama goreng pisang panas. Yelah kan, semua pekerja kontrek kat situ ambil gaji pada En. Wang sahaja, mana tak popular En. Wang .
Nama En. Wang dah sinonim dengan pemberian gaji disana. Pada umur 30 tahun, anak En. Wang telah berumur 18 tahun dan baru sahaja melangkah masuk ke alam pendidikan tinggi selepas tamat belajar di sekolah menengah.

Dahulu, kehidupan mereka amat amat daif dan sekarang, oleh sebab kerajinan En. Wang dan rezeki yang diberikan tuhan, mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan yang melanda keluarga mereka.Dulu, Syiling tak tahu bertapa perit hidup masa mak bapak dia daif, dan sekarang apabila dia mula membesar dalam suasana kesenangan, Syiling dah semakin lama, semakin melampau.

Pada usia yang muda, Syiling dah jadi tahi nombor ekor. Duit perbelanjaan sekolah yang diberikan ayahnya 80% dihabiskan untuk menikam nombor ekor. Dia tipu ayahnya, katanya kena bayar duit tuisyen la, buku tambahanla, itu la, inila tapi, duit tersebut dibelanjakan tikam nombor ekor dan berjoli sahaja. Si Syiling memang melampau.

Dalam banyak kali Syiling tikam nombor ekor, baru tiga kali sahaja dia jadi pemenang dalam permainan nombor ramalan tersebut. Itupun bukannya pemenang utama. Hanya dapat pemenang saguhati sahaja.Pada permulaannya, Syiling tertarik dengan iklan yang dipaparkan di surat khabar. Perasaan ingin cuba dan nak cepat jadi kaya menghantui pemikiran Syiling.

"Betul ke aku boleh kaya eh kalau main nombor? Aku tengok macam best je" kata Syiling dalam hatinya. Tambahan pula, kawan - kawan Syiling dirumahnya tu pun gila nombor juga. Sebab itulah
motor mereka diubah suai gila -gila, sampaikan ekzos pon boleh pasang dua buah, kiri dan kanan. Brake disk boleh lah pula pasang dibahagian tayar depan dan juga tayar belakang. Banyak betul duit
kawan - kawan mereka.Semua dapat dibeli setelah menang main nombor ekor.

Sebab itulah Syiling nak main nombor ekor. Kalau kena first price, bukannya motor besar dia boleh beli, kilang motor pun dia boleh sapu.

********************************************************************************

"Ayah, nak duit sikit. Ling (Syiling) nak kena beli buku 555 untuk kira - kira. Ada asssignment besar punya nak kena buat.Projek kena pakai duit banyak. Nak 50 Dollar ayah?" minta Syiling.

"Apa? Hang nak beli buku 555 je sampai mintak sampai 50 Dollar? Kita ni ada kat Perlis, bukan kat Amerika. Melampau gila! Hang ingat ayah hang ni mesin cap duit ke apa ha??" pekik En. Wang .

"Eh, ayah janganla menggelabah. Ling melawak je la ayah. Nak RM50 je ayah. Bolehla.. " minta Syiling kepada Wang.

Kemudian ayahnya naik angin "Aku dah bagi kat hang Rm100 untuk dua minggu, tak cukup ke? Nak kata hang kuat makan, dak. Hang buat apa duit banyak - banyak Ling?" tanya En. Wang kepada
anaknya.

"Adalah ayah. Ayah orang tua, Ling orang muda. Mana sama dengan life ayah dengan life Ling sekarang ni. Betoi dak mak?" cebik Syiling.

Pn. Duit pun mencelah dalam perbalahan antara En. Wang dan juga Syiling. "Betoi tu bang, dulu abang nak makan kopok lekor, sebatang baru 1sen, la ni kopok leko sebatang dah 2 kupang (rm 0.20) mana sama bang. Surat khabar dulu besar gedabak, sekarang kecik je." jelas Pn. Duit kepada En. Wang .

"Eh Duit, apa kena mengena pula kopok leko dalam drama ni. Hang tak ada ke contoh yang lain ke nak kata. Aduhai, Hang bela la sangat anak hang ni, Et. Lama - lama, gemok dek lemak. Lemak dimanjakan hang!" tegas En. Wang.

Mak mana yang tak bela anak? Tambahan pula, Syiling sahajalah anak tunggal mereka. Oleh kerana terlalu sayangkan anaknya itu, Pn. Duit pun keluarkan nota RM50 daripada poket rahsianya yang berada dialam baju, dibahagian atas. "Ling, ambil duit ni. Beli la apa yang hang nak beli. Nak beli buku 555 ke, 888 ke, 000 ke beli la. Tapi ingat, jangan beli dadah dengan rokok sudah. Mak tak redha" kata Pn.Duit.

"Belanja makwe takpa ke mak?" gurau Syiling.

"Sejak bila anak mak ada makwe ni? Terkejut mak hang kata lagu tu Ling. Esok bawak mai makwe hang, tunjuk kat mak dengan ayah ya?" pesan Pn. Duit kepada anaknya dengan muka yang ceria.

********************************************************************************
Setelah dimanjakan sekian rupa oleh ibunya, Syiling terus pergi ke kedai nombor ramalan di pekan berhampiran untuk membeli nombor yang diidalm idamkan bersama kawannya.

"Mok, aku tengok semalam kan, ada terela langgar lembu. Hang tau tak nombor dia semalam apa? " tanya Syiling

"Eh, tak silap aku 5445. Betul tak? Lembu tu terpelanting naik atas lori kan?" kata Mok

"Ha, betul la tu. Motor member aku masuk bendang semalam. PGT1999" cergas Syiling masuk kedalam kedai agensi Ramalam 4digit. 
Syiling memang terkenal dengan keberanian mempertaruhkan wang yang banyak. Sekali bertaruh, tak kurang dari RM30. Tak mainlah tikam nombor RM 2 atau RM3. Tak macho katanya.

Syiling tak takut untuk terus terang membeli nombor ekor disana. Dia orang Islam, haram untuk berjudi, tapi dia tak endahkan. Itu hak masing - masing katanya.

Setelah dia dah tulis nombor yang nak ditikam, apabila dia nak pergi untuk membayar wang di kaunter, ada dua orang dari belakang memegang tangannya dengan kasar dan menahannya.

"Kami Polis, sila ikut saya ke Balai" tegas seorang pemuda yang memegang tangannya dan terus digari. Kelihatan dari luar, Van Jabatan Agama Islam dan juga kereta polis.Kali ini, Syiling kantoi dan tertunduk malu.

En. Wang dan Pn. Duit dipanggil ke Jabatan Agama Islam dan ke balai polis. Merah padam muka mereka berdua. Harapkan pagar, pagar makan padi. (eh, betul ke peribahasa tu. Hihihi)

Jangan lupa tengok cerita ini yer..
PENGAJARAN :
  • NAK CARI DUIT, CARILA DUIT DENGAN CARA YANG HALAL. TAK SALAH KALAU NAK CARI DUIT
  • NAK BERMEWAH - MEWAH BUKANNYA BAGUS. NANTI, SATU HARI NANTI KITA SUSAH, MENYESAL TAK SUDAH.
  • JANGANLAH ANDA BERJUDI, KERANA BERJUDI TU TAK DAPAT APA - APA. BUANG DUIT SAHAJA.
  • JANGAN TIPU MAK BAPAK, TAK BAIK. NANTI BILA KITA JADI MAK BAPAK, ANAK - ANAK PULAK TIPU KITA.
Enteri ini dikarang untuk mengambil peluang dalam perduan yang dianjurkan oleh saudara Khairil Afzal Rozali.

 

Luth Textile

Many friend call me "Luth Textile" because of my experience working at Textile Department, Kamdar Bkt Mertajam Visit My Blog : http://luthtextile.com

21 comments:

  1. wahaha, nak jugakkk!! Tapi still takdak idea la..

    ReplyDelete
  2. hahahhaaa...kelakar.

    ku pikir-pikir ingatkan cerita apa td.

    ;D

    ReplyDelete
  3. myfr3ak >> tahla.. tetiba je ada idea masa lepas mangon tido.. lalala

    joe >> biasa jew...

    Aie >> tq..

    Ixora >> pk la benda lain.. hihiihi

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Dasat ko bro..bukan setakat bercakap jer terer, menulis pon berkebolehan..hahaha..aku pun tewas nih..

    keep it up..

    ReplyDelete
  5. Tempayanbudu >> apa pulak bro.. aku biasa2 jer..

    ReplyDelete
  6. panjangnye n3....pedih mata nak bace...kui3 ;)

    ReplyDelete
  7. aspalela >> bacala pelan2..


    miszue >> nak ke duit.. hehhe

    ReplyDelete
  8. Terbahak-bahak aku baca post ko ni...

    ReplyDelete
  9. btol2 dj ni..
    gaya citer memang menarik..
    bnyk unsur humor..
    punchline pun kena..
    cuma pitching lari sikit..hehe

    ReplyDelete
  10. bnyk nye duit ko luth...
    dpt kt ak bes ni..

    ReplyDelete
  11. suka subjeknya. ada chance ni. ^_^

    err.. tapi kat sini, saya beli keropok lekor, singgit cuma dapat 4 saja. apakah?!

    ReplyDelete