Friday, June 26, 2009

Tangkap! Tangkap Pencuri tuu!!

Aduhai.. kejadian curi motor sekarang ni dah menjadi - jadi. Semalam ada orang hilang, harini ada orang hilang lagi, esok mesti ada orang hilang moto jugak. Apa kes ni. Itulah kejadian yang paling kerap terjadi dalam taman perumahan Luth ni.

"Ish, hampa takdak duit ke nak beli motor sendiri? Mak bapak tak boleh beli motor kat hang ke? Apa, tak mampu? Kalau tak mampu, buat cara tak mampu, jangan cuti motor orang lain. Kesian kat orang yang hang curi moto dia tu"

Kes hilang motor banyak terjadi di bandar - bandar besar, kawasan ulu pendalaman dan lain - lain lagi.

Macam - macam cara pencuri guna untuk curi motor. Tanggal tayar, ambil badan saja la, tanggal injin, ambil karburator, ambil motor tinggal kunci dan macam macam lagi.

Tak guna betul pencuri tu, kalau dapat tangkaplah, jaga dia. Lunyai aku kerjakan. Hahaha.

Ok, Luth nak share tips macam mana nak jaga motor daripada dicuri
  • Pasang kunci kedua, ketiga, keempat dan banyak - banyak kunci.
  • Letakkan motor anda dikawasan yang ramai orang dan mudah dilihat.
  • Pastikan kunci motor anda berada disisi anda. Jangan pula tinggal dimotor.
  • Kalau mampu, pasang sistem penggera seperti kereta tu.
Kalau tips tersebut tidak menjadi, gunakan tips ini
  • Gunakan motor biasa - biasa sahaja. Ala, macam motor apek pakai pergi ke kebun, motor pakcik pegi menoreh dll. Kalau naik LC ke, Nouvo ke, dan model - model lain, mesti orang yang tak mampu akan cemburu akan anda.
  • Kalau naik EX5 (motor biasa) pastikan motor anda tidak cantik dan tak menarik perhatian pencuri. Jangan basuh, biar nampak buruk. Hihi.
  • Jangan pasang sebarang aksesori yang menarik perhatian. Pakai je kong biasa motor tu, biar nampak standart. Tak payah la rim sukan yang lawa - lawa.
  • Sebelum tinggal motor (parking) tu, tanggal siap - siap komponen yang penting. Macam buang karburator ke, buang tayar ke baru la motor takkan hilang. Hahah.
  • Tambat motor anda di tiang yang besar. Ikat pakai rantai feri, kompom tak hilang.
Ok, setelah anda lakukan perkara diatas, motor anda tetap hilang, Luth tak tahula nak kata apa. Itu maksudnya, anda tiada rezeki. Bye - bye!

Image : V.Net Indo

17 comments:

  1. erm, juga pastikan motor anda tidak dibasuh selama 5 tahun. supaya motor tersebut berada dlm keadaaan yg kotor yg termat.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Arghh...!!! motor kena curi..!!!

    (adengan yang tak sanggup kita lihat)

    Disebutkan dalam sebuah hadith menceritakan bagaimana suatu ketika seorang sahabat dan Rasulullah pergi ke luar daerah untuk suatu usrusan..

    Bilamana sampai ketempat yang dituju, Rasulullah dan sahabt yang menaiki unta meletakkan unta itu di tepi sebuah pohon tamar..

    Lalu sahabat tadi bertanya kepada Rasulullah samada mahu diikat dan kemudian bertawakkal ataupun biarkan tidak diikat dan bertawakkal sahaja..

    Rasululllah bersabda " ikatlah dan kemudian tawakkallah kepada Allah "

    Pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah diatas ialah usaha dan tawakkal itu mestilah seiring..

    benar apa yang di postkan oleh incik luth ini..

    jangan biarkan hidup anda diselubungi pencuri motor...

    ReplyDelete
  3. uhh~

    bahaya sungguh..

    aku dah la naik motor setiap hari~

    ReplyDelete
  4. jangan lupa cat motor dengan warna pink. kalau boleh cat tayar sekali.

    ReplyDelete
  5. hari tu aku tinggal kunci motor kat kunci seat

    nasib baik selamat

    8 jam tu!

    huhuhu

    ReplyDelete
  6. Teringat kenangan pada semester yang lalu di mana motor member kena curi di kawasan kampus.

    Tapi motor tu takde la lawa sangat.Tu pun kena curi..hehehe

    ReplyDelete
  7. aie bahari > diorang kalau terdesak sangat, makcik tua depan mata pon diorang culik

    ReplyDelete
  8. Meo >
    kalau macam tu aku pon tak sanggup nak naik.. haha

    ReplyDelete
  9. marzuki jalil >
    aku suka warna pink. comel gitu.
    nanti awek berkenan pulak.

    ReplyDelete
  10. Pechuri itu patut dirembat dengan sisi 180 darjah!

    ReplyDelete
  11. dah tue rezeki depa... mgu depan dorg cari tempat len pulak..


    selalu org curi motor nie ikut musim...

    out of topic--> xdenye nk jejak kasih.. buah hati bro dok Kl la nie...tp balik ipoh sesama malam nie...

    ReplyDelete
  12. ceh fie!

    ingat ada panduan berguna

    ni mmg nak kena nih !!

    ReplyDelete
  13. mmg dol la pencuri ni..aku nye kawan pakai moto x smpai smggu,RXZ kna angkut..bkn stakat kunci ke 2,,da 5 kunci masih bloh curik..x thn khbtan dorg dalam mase 10 minit moto tu hilang..gler mantap

    ReplyDelete
  14. Moto penah kene curik, time internship. Waaah~!

    ReplyDelete
  15. tggl motor anda dengan berkunci.and lafaz bismillahhitawwakkaltuallallah dengan yakin pada Allah sepenuh2nya. iAllah.

    ReplyDelete
  16. ak pnh bg ilang motor ayh ak ...
    x-class , ilang kt CC ...
    ak klu g CC suka lepak lm2 ...
    ms tuh umah ak yg kt iph x pki streamyx lg ...
    dh lh ms tuh , 1 - 1 nyer kenderaan kt umah ialh motor tuh ...
    ak punya cuak , tepon mwmber , g balai & pk cik polis yg tepon ckp dgn ayh ...
    ayh ak tgh kursus ms tuh , ak mmg cuak ...
    lg kecut perut bila nmpk ayh muncul kt balai ... huhu
    kena buat report kt 2 balai ... haih ... ak siap lari dr umah sbb x tahan adk2 ak kutuk ak ... tgk ayh g kj tumpang kwn der & beli honda cap bulat lg m'beri kn tekanan pd ak ... then ibu ak pujuk ak blk "rmi org kt dunia nih x blh buat ialh redho dgn k'tentuan Allah ..."
    ms tuh syahdu giler ... nangis x hengat ... hihi

    moral , jgn kunci handle jerk ... tambah lg 2 - 3 mangga ... klu motor india , der bw rantai mcm yg ad kt kapal tuh ...

    motor yg ilang pd 2007 tuh ad hikmahnya ... skang ayh ak dh beli s'bijik kereta & 3 bijik motor ... alhamdulillah ...

    ReplyDelete