Thursday, July 30, 2009

The Taking of Pelham 1 2 3


Ok, kali ni cerita aksi daripada negara orang putih iaitu filem yang agak lama, baru Luth nak saksikan. Terima kasihlah kepada cik ehem ehem kerana belanja Luth tengok citer neh. Memang gempak. Betul cakap brader Sepang. Memang puas.

Pelham 123 tu merupakan nama panggilan untuk sebuah kereta api bawah tanah. Asalnya cerita berkaitan En. Darber (Denzel Washington) yang mana jadi pengemudi kereta api bawah tanah iaitu Cab di New York. Kemudian, cab tersebut telah dirampas oleh Ryder (John Travolta) seorang samseng yang mana menjadikan penumpang cab tersebut sebagai tawanan. Wang tebusan dipinta dan pihak syarikat cab diberi masa 1 jam sahaja untuk menunaikan wang tebusan sebanyak 10 juta dollar. Apa yang menariknya, En. Darber ditugaskan memberikan wang tebusan kepada perampas cab tersebut. Ehem, nak taw cerita panjang, hampa pegi la tengok wayang yang berdekatan. Ataupun tengok aksi pada trailer dibawah nih :


Apa yang puas hati:

  • Jalan cerita yang baik (mula - mula je ngantok sikit)
  • Aksi dan teknik kamera yang memberangsangkan.. wakaka (skema ayat)
  • I like Denzel Washington punya suara. Seksi siot. 
  • Kecekapan polis semasa menghantar wang tebusan (tapi bodo la jugak, kenapa la depa tak hantar guna helikopter)
  • Banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni (Jangan bohong walaupun ia pahit untuk dijelaskan)
  • Kasih sayang suami pada isteri dan anak - anak.
  • Keberanian penting dalam membuat sesuatu perkara.
Ok, tu je Luth mampu nak share pada posting kali ni. Haritu masa tengok Harry Potter : Half Blood Prince tak buat pon review. Tak syok, sebabtu tak buat review. Korang yang mana tak tengok lagi citer neh, pegi la serbu panggung yang terdekat. 

20 comments:

  1. dah tgk citer nie.. puas ati la jugak.. nsb bek xtgk harry potter sbb mst asek ulang bende sme je cite tu.. dh la menipu..

    tp part polis tu mmg agk bodo la.. smpi xsiden sbb nk anta duit tu.. melambatkan keje jer.. huhu

    ReplyDelete
  2. ahhh dah lame sangat tak menonton movie ni... takde masa untuk itu...

    ReplyDelete
  3. memuler , modified kereta

    ps2 , kereta idaman

    la nih , kereta api bwh tanah

    sat g , kereta sorong

    esok , kereta kabel

    lusa , kereta teksi

    ak gurau2 syg jer luth ... muahahaha

    ReplyDelete
  4. lpas ni lyn setem lak bro,lpas tu wat la review...haha

    ReplyDelete
  5. Saffa tunggu cetak rompak punya jer. Susah la nak tengok movie skrg ni.. =.="

    Suka denzel washington!

    ReplyDelete
  6. setiap movie yg aku pilih, selalunya memberi impak yang memberangsangkan! haha skema sungguh ='P jnji john travolta the best!

    ReplyDelete
  7. x tgk lg cite nih.....

    agak sedih...

    hehehe...

    tp bakal tgk...

    hope mmberikan impak yg mmberangsangkan...

    hahahah....

    ReplyDelete
  8. dah tengok gak citer neh...
    2x gak la menangis
    sedeh...

    ReplyDelete
  9. salam ncik Luth.

    erm, mungkin bila-bila tgok ni.
    ;)

    p/s: pinm nama awak ea, sebab dah msuk kat entri posting sye terbaru dah - tq.lalala. ;)

    ReplyDelete
  10. harry potter pun saya x tengok lagi... :(
    lambat lagi balik penang...

    ReplyDelete
  11. ni citer da lama plan nk tgk. xsmpt2 lg pg wayang.. ish3. mcm best reviu anda..

    ReplyDelete
  12. hu..da tgk gak citer ni..br nak wat review..tp da de..xpe2..mmg best citer ni..touching2 gak...(sifat kebapaan)..huhu...
    4 stars...effect movie yang besh..lagi bagus dari citer land of lost yang 100% mereps tu..huhu

    ReplyDelete