Friday, July 03, 2009

Yang mana patut kita hormat : Ahli Politik atau Artis?


Sekarang ni dah kecoh dalam Malaysia, semua macam dah celaru. Ahli politik ini buat itu ini, keluar parti masuk parti lompat sana dan lompat sini. Artis pun satu haru jugak. Si dia berdua - duaan dengan dia tu sampai terkantoi dan ditangkap, ada yang kawin anak dara tua dan ada yang buat persembahan tiba - tiba buka baju atas pentas. Apa ni? Mana standat orang Malaysia ni.


Antara satu kita nak hormat? Artis ke Ahli Politik?
  • Ahli politik ada buat skandal yang keterlaluan. Jatuh saham sebagai seorang pemimpin. Macam mana nak hormat seseorang pemimpin kalau akhlaknya amat teruk sekali? Diri pun tak dipimpin, nak memimpin orang. Macam mana tu?
  • Rasuah dengan politik memang tidak dapat dipisahkan. Bak kata Dr. Mahathir, Rasuah tu ibarat makan babi. Kalau makan barang rasuah, serupa makan babi, sebab haram. Erm, jika ada antara mereka yang ambil rasuah tu, perlu disingkirkan. Tak perlu diangkat sebagai pemimpin.
Sikit - sikit sudahla kalau nak komen pasal pemimpin. Bukannya semua yang baik dan bukan semuanya jahat. Kan kan? Kalau artis, Luth tak berapa suka sebab Luth tak layan sangat gosip artis itu ini. Sebab, Luth sayang pahala. Nanti kalau komen ke apa ke, hilang pahala. Free je artis tu dapat pahala dari Luth. 
  • Si artis A ada fair dengan si artis B. Dah terang - terang kantoi, tapi dorang nafikan. Luth tak suka artis yang bohong - bohong macam tu. Dah kantoi, bagitahu direct la. Sapa pon tak kesah. Kan?
  • Artis seksi. Pakai tak ingat dunia. Mula - mula jadi artis, mak oi pakai memang sopan. Macam anak dara kampung. Tapi bila dah lama jadi artis dan mula tunjuk belang, seksi seksa. Keras je tengok. Yang Luth respek, Dato Siti Nurhaliza jer. Dia memang sopan santun. Wah gitu.
Itu saja yang boleh Luth tulis. Nak tulis lebih nanti takut kena banned pulak blog ni. Dok sebut orang lain punya kesalahan je. Sayangilah pahala anda. Janganla suka menabur fitnah dan gossip murahan. Tak baik untuk kesihatan politik dan seni tanah air kita.


Bagi Luth, baik kita hormat dan sanjung ahli politik daripada artis. Ahli politik koman - koman pun dia buat sumbangan pada rakyat tapi kalau artis? Sumbang lagu dan filem sahaja. Walaupun sumbangan artis tak nampak sangat, tapi dalam tak sedar, industri seni kita pun ada juga beri sumbangan pada negara kita.

Aiseh, apa yang mengarut nih.. huhu..

27 comments:

  1. dua.dua takyahler nak hormat..sng citer..huhu

    ReplyDelete
  2. hormat org yg sepatutnya.. x kisah la sama ada dia ulama, ahli politik, artis, atau pelaacur sekalipun..

    ReplyDelete
  3. artis perempuan sexy tak igt skang.dulu kat tv x menjadi2 cm skang.skang dorg dh brani pakai yg nampak belahan dada and even mini skirt and sleeveless.and there are muslim yaw..

    ReplyDelete
  4. Apa kata hormat ibu bapa sendiri dulu . lalalala

    ReplyDelete
  5. hahaha. aku tak suka ahli politik. prnh dgr cerita dr mana duit diorg tuh semua. so, better artis lah kot. at least, artis bekerja. soal dosa pahala mereka..Tuhan yg hukum :)

    ReplyDelete
  6. Kita nilai mereka.Mana yang baik kita puji n ikut.Tapi better kita hormat diri kita sendiri dulu.Itu yang paling penting.

    ReplyDelete
  7. respek pada mereka yg pandai respek org lain jua

    ReplyDelete
  8. manusia semua ada kelemahan.

    kite ambil yg baik2 je...


    huhuhuhu :p

    ReplyDelete
  9. Salam luth..
    Abg rasa. Baik pilih ulama le.. maksud abg politikus yang ada nilai dan mementingkan perjuangan berlandaskan agama.. hehe

    artis? adoiii ..

    ReplyDelete
  10. HORMAT PD IBU BAPA YG BAIK(BERIMAN)WAJIB.KERANA MEREKALAH GURU DAN PEMIMPIN KITA SEJAK LAHIR.HORMAT PADA PEMIMPIN ATAU AHLI POLITIK YANG BAIK JUGA HARUS,KERANA HEMAH,KEBAIKAN ,CERDIK,RAJIN,BERANI DAN AMANAH .PEMIMPIN YANG BOLEH MENJAMIN KESEJAHTERAAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA,KITA AMAN.BUKAN SEMUA PEMIMPIN BOLEH JADI PEMIMPIN YANG BAIK. ARTIS TAK PERLU SANGAT NAK HORMAT CUKUP SEKADAR BERBAIK.PERATUS KEROSAKAN AKHLAK REMAJA AMAT TINGGI BERPUNCA DARI ARTIS.TAPI ADA JUGA ARTIS YANG BAIK.

    ReplyDelete
  11. Dua-dua tak perlu dicontohi jika buruk pekertinya...Tapi kak tirana sayang TGNA...hehehe..

    ReplyDelete
  12. akn hormat pd seseorg skiranya dia mementingkan agama di dlm kehidupan..x kire la ahli politik ke, artis ke..(artis pon pntingkn agama ke?) kalau dia btol2 sayangkn agama dan menjalankan kewajipan sbg hamba... dia sy hormati...allah pon suke.ye x?

    ReplyDelete
  13. Luth, kita hormat kepada mereka yang berbudi pekerti mulia, tak kira samaada mereka ni artis ke, ahli politik ke, ulamak, dan sesiapa saja. Sebenarnya apa yang kita nampak mengenai artis dan ahli politik ni hanyalah mainan media sahaja. Dulu saya juga seorang penulis dan wartawan sambilan akhbar dan media hiburan, tapi saya tidak menulis perkara-perkara yang berkaitan peribadi sesaorang itu. saya ceritakan apa yang dia buat saja, bukan hal dalam kainnya. program hiburan tv juga sekarang ni pandai menarik penonton dengan menyiarkan gossip-gossip yang keterlaluan dan dibuat-buat. tanya orang itu dan tanya orang ini sambil melaga-lagakan mereka. begitu juga wartawan memburu ahli politik untuk ditanya itu ini hingga mereka melatah. perkara yang remeh dan kecil mereka perbesar-besarkan di media. orang semua percaya. bagi saya, yang benar dan baik tetap dipihak yang benar, kalau takut dilambung ombak janganlah berumah di tepi pantai... sekarang ni kita tukar pula, kalau takut sunami janganlah pergi ke tepi pantai.....

    ReplyDelete
  14. YESS....hormat pada semua orang....tapi just amik contoh tauladan ke atas perkara yang baik dan elok je laa....

    kalau contoh yang tak elok lak...kalau rajin fikirkan lah camner cara nak hindari perkara yang tak eok tu...

    ReplyDelete
  15. kite hormat atas jasa dah la...
    artis tu ape je sumbangannya...sekadar penghibur...

    ReplyDelete
  16. haha. setuju ng lampu neon, hormati guru yang berdedikasi. lagi berkat!~

    ReplyDelete
  17. aku respek parents aku jak.
    haha
    nda menjawab soalan.lallala

    ReplyDelete
  18. aku tak kisah sgt, ikutkan semua orang kita perlu hormat. apa yang penting, kebaikkan kita ambil, keburukan perlulah bertegur sesama umat. betul tak luth?

    ReplyDelete
  19. hormatila pemimpin yang adil dan para ilmuan yang berguna

    ReplyDelete
  20. ak :

    1 ) hormat parent
    2 ) horamt org yg lbh tua dr kita
    3 ) ilmuan & ulama' t'msk cetgu & lecturer
    4 ) hormat kwn
    5 ) penulis yg m'nimbul kn ciri2 k'sedaran sivik spt faisal tehrani , zaid akhtar & habiburrahman el shirazy ...

    s'umur hidup ak , ak x pnh hormat artis mesia ... hahaha ... artis hollywood x per sbb klu d'org wat dosa , bkn kira pn dlm pegangan agama / ideologi d'org ... ahli politik pn ak x pnh hormat cuma ak suka dgr pandangan mrk ... d'org pn pndi gak

    ReplyDelete