Sunday, August 23, 2009

1 Ramadhan dan Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa satu hari pada 22 Ogos 2009. Kenikmatan berpuasa tu terasa. Tapi, yang bagusnya puasa semalam tak la ada lapar dan dahaga. Sebabnya dari pagi sampailah ke petang,hujan tak berhenti mencurah curah sehingga keladang gandum. Bumi Seberang Perai dihujani oleh hujan rahmat.

Biasala, walaupun kat sini tak semaju KL ataupun Penang, jalan utama disini memang sesak tahap cipan. Tensen kalau memandu pada ketika ini. Terutamanya pada waktu puncak, pada jam 5 ramai orang balik dari perjabat dan terus ke bazar ramadan. Yang pastinya, jalan telah menjadi "roti buku" dan ada tukang sapu jem ditengah - tengah jalan. Semuanya ghairah dan nak cepat untuk pulang ke rumah untuk persiapan berbuka. Takdak hal yang istimewa sangat kalau puasa macamni. Jalan sesak tu kira biasalah.

Tambahan lagi, jalan raya di pekan Penanti ni makin lama makin banyak kerana pertambahan pendatang asing dan orang luar yang mana menghadiri majlis dan memeriahkan kempen pada pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir. Yang ada pilihan raya di Permatang Pasir, tapi bahangnya terasa sampai ke Penanti. Nasib baik depan rumah tak ada bawak naik bendera. Kalau macamtu susahla.

Walaupun bulan puasa, itu tak menghalang petugas - petugas dari dua parti yang bertanding berkempen. Kereta besar, mahal, kecil dan murah berlegar - legar membawa bendera parti masing - masing dan terlihat kelibat serta barisan kereta YB dan MP melintasi setiap jalan disini. Kalau dah mai sini tu bawak la sorang dua cukuplah, ni nak angkut geng satu kapal. Mana tak jem jalan. Polis pun tak kurang hebatnya. Jalan raya disepanjang pekan Penanti menjadi jalan sehala dan itu tak menunjukkan respon yang positif pon untuk tak sesak. Sesak lagi ada la.

Yang herannya, Penanti yang tak ada kena mengena dalam PRK Permatang Pasir pun dah jadi macam tempat bertanding. Cukup - cukuplah tiga kali pilihan raya sudah diadakan disini, PRU ke 12 Mac 2008, PRK P.44 Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun 2008 dan yang terbaru PRK N.12 Dun Penanti yang berlalu tiga bulan lepas menyaksikan perlantikan baru Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor  Othman selaku YB yang menggantikan Muhammad Fairus. Cukuplah politik menyusahkan rakyat, habis polis satu Malaysia turun nak jaga pilihan raya. Nanti kalau perompak rompak rumah, salahkan ahli politik yer!

P/s: Tak nampak semangat Merdeka langsung tahun ni. Tak ramai yang kibar Jalur Gemilang dikenderaan masing - masing. Dah dua tahun jadi macam ni.

11 comments:

  1. Selamat berpuasa bro. biasalah..
    di mana-mana sahaja bazaar ramadhan akan sesak..

    ReplyDelete
  2. Salam Luthtextile.
    Dah Lama Pak Ngah baca tapi tak komen. semenjak dua menjak ni. oghang belah sini kerap raya.
    Baguih juga kerap raya ni supaya rakyat faham pasai raya dan celek mata dan tau nak raya macam mana.
    Lebih kurang tiga minggu lepas Pak Ngah adalah lalu kot tu. Balik Alok setak.

    ReplyDelete
  3. http:sarah-renunglah.blogspot.comSunday, August 23, 2009 at 11:20:00 AM GMT+8

    salam Luth
    sedih melihat rakyat semakin tidak menghargai erti kemerdekaan.
    Selamat berpuasa- kak sarah

    ReplyDelete
  4. Penatkan kalau jadi camtu..
    Jalan jem nak keluau pun susah..

    Apahal pun salam ramadhan

    ReplyDelete
  5. aku rase sebab semangat nak raya tu lagi berkobar dr merdeka kot.huhuhu

    ReplyDelete
  6. setuju! jarang nampak kereta bersama bendera. termasuk kereta ije

    last week ije dah beli bendera nak letak kat kereta.

    bila buka keluar bendera negeri. ayarkk~

    teringin nak letak bendera malaysia kat kereta. sumpah.

    ReplyDelete
  7. salam ramadhan encik luth,
    selamat berbuka.

    (saya dtg ke blog ini melalui .blogspot, ade masalah dgn dot com ea?)

    ReplyDelete