Monday, February 24, 2014

Drive ke Florence, Italy

Salam,

Oleh kerana aku dah janji nak sambung cerita aku drive keseorangan ke Florence dan Rome, meh aku sambung cerita tu kat sini.

Sesampai je aku kat Florence berpandukan arah dari GPS dan signboard, alhamdulillah aku berpeluang untuk ke antara bandar yang popular di Itali, Firenze (dalam sebutan bahasa tempatan). Florence yang berada di daerah Tuscany ni mempunyai banyak keunikan dari segi bangunan, adat, sleng dan paling penting makanan!

Aku pergi ke Florence secara gamble. Tak ada book mana mana hotel pun. Dah pergi seorang diri, tak gamak la aku nak duduk kat hotel ataupun motel. Aku ada kereta. Tidur dalam kereta je lah. Sesampai je kat Florence dalam jam 12 tengah malam (waktu Malaysia 6 pagi). Lepas aku check in dan upload gambar di Instagram, ramai pulak dok komen-mengkomen.

Destinasi pertama aku ialah ke McDonalds, sebab nak kencing dan berak punya pasal. Kemudian, makan kerana lapar tak terhingga. Aku lepak di McDonals Florence selama sejam dan tidur didalam kereta sehingga esok pagi.


0 Komen:

Post a Comment