Thursday, February 27, 2014

Hak pengguna di kedai makan

Salam,

Pada zaman yang moden, mencabar dan kebanyakan dikalangan kita tinggal dikawasan bandar atau pinggir bandar, saya pasti ramai diantara kita kurang makan dirumah dan bayak membelanjakan wang dan masa untuk makan di luar. Kan? Yang pasti, masa la ni trend makan diluar menjadi satu ikutan.

Bagi orang bujang yang tinggal di rumah sewa sudah pasti akan makan diluar tetapi trend sekarang ni walaupun sudah berkahwin, ada suami dan ada isteri dirumah tetap akan keluar makan diluar walaupun dekat rumah sudah pun dilengkapi dengan dapur yang canggih dan alatan masak yang lengkap.

Alasan yang utama kita sering dengar adalah faktor "masa" dan alasan yang kedua pula "tak reti masak" dan tak ada skil untuk masak. Titik!

Oleh itu, bila semua orang dok pakat makan kat luar dan membelanjakan wang untuk pastikan perut masing masing tidak lapar dan kenyang, kita kena bijak berbelanja dan kita kena tahu apa yang kita nak memenuhi citarasa yang ditawarkan.

Berikut ada beberapa situasi di kedai makan.

Situasi 1 :

Pergi ke kawasan yang ada banyak restoran.

1 comment: