Tragedi MH370


Salam,

Hari ini genap kehilangan pesawat penerbangan Malaysia, MH370 Kuala Lumpur - Beijing yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing (PEK) pada jam 630 pagi 8 Mac 2014. Tetapi, ia hilang dari radar setelah 1 jam terbang dari KLIA (KUL).

Rakyat Malaysia bersatu hati mendoakan keselamatan pesawat dan penumpang pesawat MH370 tetapi, dua hari lepas Perdana Menteri Malaysia, @NajibRazak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi, 2500 km dari Perth, Australia.

Persoalan diminda, mengapa pesawat tersebut terbang kearah Lautan Hindi yang jauhnya beribu kilometer dari Malaysia? Dan kenapa Lautan Hindi menjadi tempat terakhir pesawat tersebut?

Buat masa ini, biarlah pihak berkuasa menyiasat punca pesawat terbabit terbang kesana. Saya sebagai manusia dan rakyat biasa tak dapat nak bayangkan kenapa ia terjadi. Saya bukan pakar dalam bidang ini. Saya bukan ahli nujum. Saya bukan tok bomoh dan saya bukan tuhan kerana tahu segala-galanya.

Biar masa yang tentukan untuk merungkai segala misteri dan persoalan yang menjelma diminda.

Biar Allah yang tentukan segala-galanya..

Luthfi Suib

Abah Rizqi. 30 Tahun. Seorang yang minat menulis dan mengembara. Dah banyak sangat tulis blog, berpindah randah dari Wordpress ke Tumblr dan kembali ke Blogger. Saya suka menulis tentang kehidupan, berkongsi pengalaman dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment