Monday, October 17, 2016

Selamat datang kedunia, anakku

Alhamdulillah, setelah ditunggu tunggu rupanya 12 hb Oktober 2016, jam 3:01 pagi anak yang dikandung isteriku selama 36 minggu telah selamat dilahirkan. Sebak, terharu, syukur, dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur ketika dimaklumkan oleh jururawat yang isteri aku dah selamat melahirkan anak.


Aku agak terkilan bila doktor tak izinkan aku untuk teman isteri didalam labour room, tak seperti yang diwar-warkan oleh kawan aku. Takpalah, walaupun tak dapat nak teman secara fizikal, wife selalu sms dan call sehinggalah sampai nak masuk ke labour room dan aku salam, kucup dahi sebelum misi tolak ke dalam labour room.

Dua jam dalam labour room, aku gelisah. Susah hati. Takut. Berdebar-debar. Turun. Naik. Dan, aku duduk baca Yasin untuk tenangkan hati serta mohon Allah mudahkan isteri aku untuk lahirkan.

Bermula jam 3:01 pagi, 12 Oktober, Allah dah letak satu lagi tanggungjawab baharu diatas bahu aku, untuk aku jaga, aku pimpin dan harta dunia akhirat.

0 Komen:

Post a Comment