Pejam celik pejam celik, dah 30 hari aku bergelar bapak orang. Ya, kawan cina cakap sudah naik pangkat, bagi aku status “bapak orang” bukannya sekadar naik pangkat tapi sudah letak satu lagi tanggungjawab baharu atas bahu ni.
Alhamdulillah, sudah 30 hari aku tempuh dan ini bukannya satu penamat tapi ia merupakan satu hari mula untuk sepanjang hidup aku!
Cepatnya masa berlalu
Sudah 30 hari Muhammad Rizqi ada dalam hidup aku selepas 9 bulan berada didalam kandungan isteri. Bukan mudah nak dapat seorang anak, dah bergelut selama 9 bulan, lepas dah lahir kedunia pun kena bergelut untuk membesarkan dia.
Oleh kerana Rizqi lahir “ngam ngam" 36 minggu 4 hari dan juga disebut later premature, serta ditahan 8 hari di wad oleh kerana hypoglycemia dan kuning, alhamdulillah, itu bukan satu titik untuk aku dan isteri untuk mengalah. Takdir yang Allah SWT tentukan itu digunakan sebaik-baiknya untuk belajar terus berusaha demi anak dan isteri.
Bermula kehidupan baharu
Ramai kawan kawan dok bagi nasihat, tumpang wife tak beranak lagi, enjoy-lah saat - saat berdua dan tenang. Rupanya, apa yang depa katakan itu betul, tapi, hidup aku rasa teramat bermakna dengan kelahiran Rizqi. Memang tak boleh nak enjoy macam dulu sebab anak masih kecik dan perlukan perhatian yang penuh tapi aku tak rasa ia membebankan.
Pengalaman yang sangat sangat berharga
Kehidupan berdua memang tak sama dengan bertiga, dok berjaga malam sebab bancuh susu untuk anak, dok rasa tak cukup tidur masa kerja dan macam macam lagi. Semuanya satu pengalaman baharu, pengalaman yang aku rasa syukur sangat sebab diberi peluang untuk rasa macam mana mak dan ayah aku lalui masa aku kecik.
Aku berharap dan berdoa siang dan malam agar Allah SWT memudahkan perjalanan hidup aku bersama anak dan isteri. Dengan lahirnya Rizqi, maka kehidupan sebagai suami-isteri dah jadi keluarga yang lengkap. Alhamdulillah.
Wednesday, November 16, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[…] bila dah kenal perangai anak sendiri dan cara nak handle dia, alhamdulillah semuanya okay belaka! Abah boleh […]
ReplyDelete