LONDON 9 Jun - Perdana Menteri, Theresa May menerima tamparan hebat apabila Parti Konservatif pimpinannya gagal memperoleh majoriti kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum, sehingga menyaksikan United Kingdom (UK) terpaksa berdepan situasi ‘Parlimen Tergantung’.
Situasi itu berikutan tiada parti politik yang bertanding memenangi majoriti kerusi di Parlimen selepas keputusan pilihan raya diumumkan hari ini.
Bagaimanapun, May bernasib baik apabila beliau berjaya mendapat sokongan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) sekali gus membantu Parti Konservatif untuk membentuk kerajaan bagi menyediakan keyakinan dan mengekalkan keselamatan negara itu.