Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Monday, November 26, 2018

ICERD: Diskriminasi? Siapakah tuan, siapakah hamba?

Saya amat teruja membaca kenyataan bapak ultra kiasu bertajuk, banyak negara majoriti Islam terima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Kenapa harus Malaysia yang majoriti Islam menentang? Adakah semua negara Islam tersebut kurang Islamnya daripada Malaysia?

Beliau menyenaraikan dengan panjang lebar semua negara Islam yang telah menerima ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Katanya, adakah hanya satu peratus daripada 1.9 bilion Muslim di dunia layak untuk digelar sebagai Muslim sejati sedangkan semua negara Muslim termasuk semua negara Muslim di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD?

Adakah dengan mengatakan bahawa 99 peratus Muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi atau menyetujui ICERD bukan Muslim sejati? Malah katanya China, yang mempunyai kira-kira 50 juta Muslim, sudah menyetujui ICERD pada 1981.

Apabila bapak ultra kiasu ini membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang telah menandatangani ICERD, adalah perbandingan yang sangat naif dan terserlah kekiasuannya. Nampak sangat agenda jahatnya agenda tersembunyi ultra kiasu mengaburi rakyat Malaysia bagi menunjukkan betapa baiknya ICERD.

Friday, April 06, 2018

Najib umum parlimen ke 13 akan dibubarkan esok, 7 April 2018

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen akan dibubarkan berkuatkuasa esok untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 12.00 tengah hari ini selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Tuesday, November 14, 2017

Sampai bila Gen Y mampu nak beli rumah?

Kebelakangan ni, cerita pasal rumah berlegar-legar di laman sosial. Tambahan pula, turut jadi topik perbualan hangat dikalangan kawan-kawan sekerja. Di tempat kerja, aku lebih bercampur dengan orang yang lebih berumur dariku. Semuanya punya keluarga, anak pun dah besar dan pengalaman kerja yang lama. Aku ni ibarat setahun jagung bila duduk bersembang dengan depa.

Oleh kerana aku je yang tak lagi beli rumah, setiap kali cerita pasal rumah keluar sebagai topik perbualan, maka aku pun dapat tekanan dengan rakan-rakan tentang pentingnya cepat cepat beli rumah.
Luthfi, bila lagi nak beli rumah? Berapa lama lagi nak tunggu. Harga rumah tak tunggu hang

Hakikatnya, siapa je yang tak mahu beli rumah sendiri? Semua orang mahu beli rumah sendiri tapi sama ada mampu atau tidak je.

Thursday, October 26, 2017

BadRabbit, serangan siber terbaharu

 

KIEV 25 Okt. - Sebuah serangan siber dikenali sebagai ‘BadRabbit’ berjaya melumpuhkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ukraine dan tiga agensi media utama Rusia semalam sebelum dikenalpasti oleh pakar IT di Jerman semalam waktu tempatan.

Semua operasi penerbangan terpaksa dihentikan untuk seketika dan pakar IT sedang menjalankan siasatan berhubung serangan siber ini.

BadRabbit dipercayai kini sedang menular ke dua buah negara lain termasuk Jerman, Turki dan Bulgaria ketika ini.

Friday, September 01, 2017

Malaysia oh Malaysia : Juara keseluruhan Sukan SEA ke 29, Hari Kemerdekaan ke 60 & Aidiladha 1438H

Hujung minggu ni adalah hujung minggu yang panjang. Ye lah, banyak perkara besar yang berlaku pada hujung minggu ni iaitu Majlis Penutup Sukan Asia Tenggara ke 29, Kuala Lumpur 2017, Hari Kebangsaan 2017 bersemperna dengan Kemerdekaan 60 tahun Malaysia dan Hari Raya Aidiladha 1438H

Kecemerlangan negara hadiah ulang tahun kemerdekaan

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kejayaan Malaysia merangkul 145 pingat emas dan menjadi juara keseluruhan Sukan SEA Ke-29 merupakan hadiah kepada negara yang menyambut Hari Kebangsaan kali Ke-60 pada 31 Ogos.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan kontinjen Malaysia itu membuatkan hari kebangsaan tahun ini sangat bermakna.

Sunday, August 20, 2017

Hebatnya majlis pembukaan Sukan SEA ke 29 #KL2017!

[caption id="attachment_4798" align="aligncenter" width="2048"] Stadium Nasional Bukit Jalil dilimpahi oleh pancaran bunga api ketika perasmian Sukan SEA ke 29 #KL2017 - Gambar dari akaun rasmi @KL2017[/caption]

19 hb Ogos 2017, menjadi tarikh ingatan 32 juta rakyat Malaysia tentang mulanya Sukan Asia Tenggara kali ke 29 di Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia yang mengajurkan temasya Sukan SEA untuk kali ke enam!

Aku, macam biasa mesti takkan lepaskan peluang untuk tengok majlis pembukaan ni secara live. Aku memang minat majlis - majlis macam ni.

Wednesday, June 07, 2017

Berebut jenazah anak akibat perkahwinan berlainan agama

[caption id="attachment_4661" align="aligncenter" width="618"] Situasi kecoh seketika ketika jenazah mahu dikebumikan -Foto Liputan 6.[/caption]
JAKARTA - Kejadian kematian seorang aktres, di sini cukup memberi pengajaran kepada masyarakat Indonesia yang berkahwin berlainan agama.

Mana tidaknya, dek kerana si ayah Islam dan emak Kristian, jenazah aktres berkenaan Yana Zein menjadi rebutan kedua-dua orang tuanya untuk disemadikan mengikut ajaran agama masing-masing.

Memetik laporan media tempatan, kekecohan berlaku tatkala ayah Yana, Nurzaman Zein yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

[caption id="attachment_4664" align="aligncenter" width="663"] Yana Zein[/caption]

Nurzaman yang hadir ditemani beberapa rakan terdekat, lantas melaungkan azan dan membaca satu surah al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Tindakan, Nurzaman itu ditentang seketika oleh ibu Allahyarham, Swetlana Zein, bekas isteri Nurzaman.

Namun, kekalutan terlerai selepas semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Allahyarham Yana Zein, 44, meninggal dunia Khamis lalu akibat kanser payu dara, beliau dikebumikan di Bulak Leebar, Cinere, Depok.

Bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

Difahamkan Indonesia membenarkan perkahwinan berbeza agama.

Sumber : Sinar Harian

Saturday, December 24, 2016

Senarai nama mangsa nahas kemalangan bas ekspress, Muar Johor

(Utusan) Senarai 11 daripada mangsa maut kemalangan bas ekspres
24 Disember 2016 4:15 PM



Senarai 11 daripada 14 mangsa yang terlibat kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di Pagoh, dekat Muar, Johor, pukul 3.40 pagi ini.



1. Mohd. Hisham Wahab, 34
2.Nor Saidatul Akmal Idris, 21
3. Norfazillah Abu Bakar
4.Jasmine Kaur
5. G. Palanivelan, 32
6. V. Renugah, 26
7.Nur Amira Izzaty Mohd. Razip, 22
8.Abdullah Hadi Yusof
9.Wong Koh Chan, 32
10. Zakeer Zubir, 32
(pemandu bas)
11.Nur Natasya Zahara Zakeer
(anak pemandu bas)

Tuesday, June 21, 2016

Mangkaq! Pandu kereta di lorong motosikal Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 20km!

MPV driver clocks up 20km on bridge’s motorcycle lane

GEORGE TOWN: The driver of a Honda Stream drove more than 20km from Batu Maung on the island to Batu Kawan on the mainland using the dedicated motorcycle lane on the Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Bridge.

This is believed to be the second incident in less than a year.

Jambatan Kedua Sdn Bhd corporate communications manager Azizi Azizan said the incident happened at about 7.20pm on Saturday.

“The driver drove all the way from Batu Maung to the interchange exit, before the Bandar Cassia toll plaza.

“The mainland-bound motorcycle lane is wide enough for cars because it also functions as an emergency lane,” he said yesterday.

Azizi was not sure if the driver had mistakenly entered the motorcycle lane.

A photo of the car appeared on the Penang Kini Facebook page, drawing comments from hundreds of people.

“We have signboards informing road users of the motorcycle lane,” he said.

He said cars would not be able to enter the island-bound motorcycle lane because of the toll plaza.

Azizi added that the first incident happened at the end of last year.

“In the first incident, the driver of a car drove on the motorcycle lane for about one kilometre before reversing his car to the right lane,” he said.

Azizi would bring the matter up to the management today to discuss a solution.

He advised road users to be alert by observing signboards and to use the correct lane.

Penang traffic police chief Deputy Supt Tan Boon Hooi said he would check on the matter.

Wednesday, April 23, 2014

Tragedi berdarah bas ekspress di Malaysia


Carian gambar menggunakan kata kunci “kemalangan bas ekspress” di Google.com.my

Salam,

Baru - baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita kemalangan jalanraya yang sedih melibatkan bas ekspress yang membawa penumpang ke destinasi yang ingin mereka pergi. Kes dan tragedi berdarah melibatkan bas ekspress bukanlah suatu kes yang baharu di Malaysia.

Kita pernah dikejutkan dengan kemalangan maut yang ngeri melibatkan bas ekspress di Ipoh pada lima tahun lepas dan sejak kebelakangan ini kes kemalangan jalanraya melibatkan bas ekspress makin menjadi jadi.


Menurut siasatan dan pembacaan saya, banyak kes yang melibatkan kemalangan bas ekspress disebabkan oleh pemandu bas tersebut dan hanya beberapa peratus sahaja disebabkan masalah teknikal.

Bagi pendapat saya, kes kemalangan jalanraya melibatkan bas ekspress di Malaysia disumbang oleh kegagalan dan kecuaian pemandu bas. Bukannya nak salahkan secara 100% kepada mereka, tetapi mengikut pengalaman saya setakat ni, saya sendiri cukup takut untuk menggunakan perkhdimatan bas ekspress.

Ya, saya akui. Saya dah jadi kurang percaya akan syarikat pengangkutan ekpress tempatan ekoran bacaan didada -dada akhbar. Makin lama makin menjadi.

Mengikut pemerhatian, kebanyakkan pemandu bas ekspress di Malaysia ni memandu melebihi had laju - demi mengejar “trip”. Ini merupakan faktor utama yang saya boleh nampak. Bukan semua, tapi kebanyakkan yang saya tanya, dengar dan nampak.

Apa boleh buat?