19 hb Ogos 2017, menjadi tarikh ingatan 32 juta rakyat Malaysia tentang mulanya Sukan Asia Tenggara kali ke 29 di Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia yang mengajurkan temasya Sukan SEA untuk kali ke enam!
Aku, macam biasa mesti takkan lepaskan peluang untuk tengok majlis pembukaan ni secara live. Aku memang minat majlis - majlis macam ni.
[caption id="attachment_4796" align="aligncenter" width="2048"] Pamplet upacara perasmian KL2017[/caption]
Kali ini, temasya Sukan SEA menggunakan tema "Bangkit Bersama" atau "Rising Together" untuk menyatakan kesatuan negara - negara ASEAN.
Perasmian oleh DYMM Yang Dipertuan Agong XV, Sultan Muhammad IV
Syukur dengan pelantikan Agong baharu, YDP Sultan Muhammad IV dapat merasmikan majlis yang gilang - gemilang ini. Aku secara peribadi tersentuh apabila majlis pembukaan rasmi ni mengikut protokol rasmi kerajaan seperti nyayian lagu Negaraku semasa bermula dan berakhirnya majlis. Yang penting, seperti biasa, orkestra tentera lah yang mainkan lagu Negaraku.
YDP Agong Sultan Muhammad ke 5 merasmikan Sukan SEA ke 29 Kuala Lumpur 2017 pic.twitter.com/rBbnmKrXVp
— Luthfi (@LuthfiMY) August 19, 2017
Majlis pembukaan bertaraf dunia!
Wow! Tu perkataan yang keluar dari mulut aku masa tengok majlis ni. Segala persembahan dan aturan yang dirancang adalah sangat mengagumkan! Selain daripada Sukan SEA ke 29 ni, aku rasa majlis pembukaan Sukan Olampik RIO 2016 pun tak semeriah ni!
Takmau tulis banyak, meh aku nak kongsi beberapa gambar dan video dari laman sosial :
Totally world class opening ceremony!!!!!! Congratulations https://t.co/XkiRbSatuf
— Luthfi (@LuthfiMY) August 19, 2017
Wow , so awesome to see the Bajau - horsemen of the east all the way from Sabah galloping at the opening of SEA Games #KL2017 best ever ! pic.twitter.com/VVuQZLlh8g
— Melissa Goh (@MelGohCNA) August 19, 2017
[Video] Sekitar upacara pembukaan rasmi #SukanSEA @KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil #BangkitBersama #Negaraku pic.twitter.com/rDNmkQAf0Q
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2017
The colourful of Malaysia! #BangkitBersama #KL2017 #OpeningCeremony pic.twitter.com/Eas96njsxs
— #TeamMAS (@myTeamMAS) August 19, 2017
What a stunning performance from Dato' Aznil Hj Nawawi 🕺🏻 Hoore Hoore Hip Hip Hoore !! #BangkitBersama #KL2017 pic.twitter.com/3K403zYMjx
— #TeamMAS (@myTeamMAS) August 19, 2017
Colour of opening ceremony Sukan Sea Malaysia 🇲🇾 pic.twitter.com/EgBQcVyrd3
— fie (@NurulAfidza) August 19, 2017
SEMENTARA itu sopan santun penonton yang tak menyentuh lampu LED semasa Malam Pembukaan Sokan SEA @KL2017 #KitaJuara #KL2017 #BangkitBersama pic.twitter.com/BkPXz461Lk
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) August 20, 2017
Saya bagi penghormatan ini kepada Dhabitah sebab SEA Games adalah pentas untuk bintang sukan masa depan. Our future! #BangkitBersama pic.twitter.com/yESy7KkJ6r
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 19, 2017
Facebook Live Najib Razak
Semoga semua atlet dan kontijen Malaysia dapat memenuhi sasaran kerajaan untuk merangkul 111 emas kali ini!
GEMILANG!
Upacara perasmian Sukan SEA 2017 penuh kejutan, mengagumkan
(Utusan) KUALA LUMPUR 19 Ogos - SELEPAS 16 tahun, selepas lapan edisi berlalu sejak kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah, Sukan SEA kembali ke negara ini untuk temasya kali ke-29 dan dibuka secara rasminya oleh Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V malam ini.
Ia kali keenam Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu yang kali pertama diadakan pada 1959 di Bangkok dengan nama Sukan SEAP. Malaysia pernah menganjurkannya pada 1965, 1971, 1977, 1989 dan paling diingati sebelum ini adalah tuan rumah kelima pada 2001 yang mana kontinjen negara menamatkan persaingan dengan muncul juara keseluruhan.
Upacara malam ini disempurnakan oleh penerjun Olimpik Rio 2016, Nur Dhabitah Sabri yang ‘melayang’ untuk menyalakan obor yang sebelumnya bertukar tangan dalam kalangan atlet legenda negara.
Sebelum itu upacara bermula dengan tradisi temasya sukan iaitu perbarisan masuk kontinjen negara peserta diiringi persembahan cahaya yang luar biasa.
Janji Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa upacara pembukaan bakal diingati sampai bila-bila ditunaikan apabila persembahan yang diadakan begitu mengagumkan dengan bantuan teknologi untuk menggembirakan lebih 80,000 penonton di dalam stadium.
0 Komen:
Post a Comment