Friday, September 29, 2017

Bukan senang nak cari pengasuh

 

Ya, bukan senang nak cari pengasuh sekarang ni. Zaman sekarang ni laki bni pakat bekerja, hanya beberapa percentage yang isteri tak kerja. Bab mengasuh ni jadi bila ada pihak memerlukan, ada permintaan, dan dalam masa yang sama ada pihak yang boleh bagi pertolongan dan tawarkan perkhidmatan.

Lagi sebulan, anak aku akan masuk 12 bulan. Sekejap je. Dalam masa yang sama, sekarang ni dah pernah hantar ke dua orang pengasuh. Alhamdulillah, buat masa ni tak ada apa – apa masalah dengan pengasuh. Tapi, minggu lepas aku dan isteri dikejutkan dengan berita tentang kesihatan mengasuh sekarang yang tak berapa baik dan dia tak boleh nak mengasuh anak aku buat sementara waktu. Beberapa hari selepas tu, dia bagitau lagi yang dia tak boleh nak mengasuh kerana kena berulang – alik ke hospital untuk rawatan susulan,dalam masa yang sama tak larat untuk dukung anak aku. Aku sedih.

Pengasuh yang baik

Pengasuh sekarang merupakan pengasuh yang sangt baik dan sempurna (bagi aku, selepas bandingkan dengan pengasuh sebelumnya). Ingat kembali beberapa bulan jugak la kami mencari pengasuh baharu selepas pengasuh sebelum tu buat hal. Cari dan terus mencari, dengan berkat doa daripada mak dan ayah, kami dapat pengasuh baharu yakni yang sekarang.
Anak tak pernah ada masalah, balik dari rumah ceria, sihat dan belajar banyak benda baharu dari pengasuh. Mungkin sebab dia hanya jaga anak aku seorang, so dia boleh luangkan banyak masa untuk bermain dan dalam masa yang sama mengajar anak aku. Syukur.

Bukannya baik dari segi penjagaan, dia langsung tak cerewet dan tak kisah pasal bayaran dan masa ambil hantar anak. Yang penting, masing – masing puas hati, happy. Penting jugak ada pengasuh yang „lebih kurang“ dalam bab hantar dan ambik anak ni, sebab kita ni kerja makan gaji, bukannya boleh balik on time, mesti lah ada plus minus. Tapi, bab bayaran tak boleh buat macam tu, dah orang tolong jaga anak kita elok elok, kita mesti la bantu dia dari segi financial dengan buat bayaran on-time.

Kena cari pengganti

Kesian kat dia, dalam masa yang sama, kesian jugak kat aku dan isteri sebab tak dapat nak teruskan rutin. Ujian bagi dia, dan juga ujian jugak bagi aku. Bila dah selesa dengan apa yang kita ada, bila jadi macam ni rasa gelisah macam mana nak teruskan kehidupan seperti biasa. Oleh kerana terpaksa, buat masa ni aku hantar anak dekat mak dan mak pun willing to take anak aku. Lagi la kena syukur, sebab duduk dekat dengan mak. Kalau tidak, mesti serabut kepala nak cari pengasuh baharu.

Tak boleh simply cari pengasuh

Ikutkan pengalaman lepas masa mencari pengasuh, aku dah jadi serik untuk cari pengasuh baharu. Semua ibu bapa nak cari pengasuh yang terbaik untuk anak dia, tapi kita tak boleh nak cari manusia yang sempurna dan tak boleh dapat seperti yang apa kita nak.
Aku ada masuk dalam beberapa group Pengasuh di Facebook, group yang mengumpulkan ramai pengasuh di Pulau Pinang. Ada yang menulis mencari pengasuh baharu, ada yang menawarkan perkhidmatan pengasuh dan ada jugak yang berkongsi masalah dan pengalaman pengasuh. Bagi aku, ini semua adalah “BUSINESS”

Memang betul semua orang perlukan duit dan penawarkan perkhidmatan ni untuk jana pendapatan, tapi tak semua orang jujur untuk menjalankan perkhidmatan seperti yang diharapkan. Aku serik dan kesian dekat Rizqi dengan apa yang terjadi masa hantar dia ke pengasuh pertama dulu. Anak bukan mainan ataupun benda yang simply boleh dihantar dan ditinggalkan begitu sahaja. Hantar ke pengasuh yang betul akan menjadikan anak kita seorang yang baik sebab, kita perlukan pengasuh untuk menggantikan kita sebagai ibu bapa, penjaga dan kebanyakkan masa anak kita bersama dengan pengasuh.

Bila mengasuh dijadikan “lubuk duit”

Masa dok aktif mencari pengasuh, tanya orang itu ini, sana sini dan sesiapa sahaja yang duduk berdekatan dengan rumah tentang siapa yang boleh mengasuh, banyaklah cerita, pelbagai jenis nasihat dan terdapat banyak „derita“ disebaliknya. Aku jadi lagi serik, tapi nak buat macam mana, tak ada pilihan.

Ada di satu tempat dekat dengan rumah aku, menawarkan khidmat pengasuh yang begitu efisyen. Tak pernah lagi la pengasuh yang tak pernah gagal untuk jaga anak, langsung tak ada masalah untuk jaga anak, tak pernah minta cuti dan sentiasa okay.
Pada permulaannya ingatkan pengasuh tu memang bagus, tapi rupa – rupanya dia ada “team” pengasuh yang running behind the show. Kalau pengasuh A tak boleh mengasuh, pengasuh A akan bagi kat pengasuh B. Kalau pengasuh B tak senang, pass ke pengasuh C dan seterusnya. Bermakna, hairan jugak pengasuh A tak pernah ada masalah nak jaga anak, rupa – rupanya dia sub kan anak kita ke orang lain.

MasyaAllah, semoga Allah jauhkan anak aku dengan orang macam ni. Tapi, bukan semua.

Susah nak bertolak ansur

Bila parents budak tu hantar anak ke pengasuh, ada sebab la dia kena hantar. Kalau tidak, mesti mak budak tu jaga kat rumah. Bekerja makan gaji ni susah sikit berbanding kerja sendiri. Kalau dah parents budak tu kena kerja ikut time normal, shift dan sebagainya, kena ada kita semua benda.

Tapi, bila kira semua jangan pulak sampai berkira! Hidup ni kena give and take. Tak boleh kita nak bagi selalu, kena juga accept yang kita kena bagi sesuatu. Tak dalam bentuk wang, masa ataupun support. Itu je.

Ni sebenarnya masalah hampir kesemua parents yang hantar anak ke pengasuh. Ramai jugak yang kongsi masalah dengan pengasuh, terutamanya pasal depa terlalu berkira. Setiap kali ambil anak awal, tak kata apa pun tapi bila lambat sikit dah mula marah – marah, mengeluh dan nak charge over time. Tapi bila tak hantar, tak pula diminta potong upah mengasuh, tak ada lah pulak minta bayar kurang daripada jumlah bayaran. Tak ada lah pulak kata yang baik – baik. Pelik kan? Tapi bukan semua lah.

Banyak pulak membebel. Moga dipermudahkan untuk aku dan keluarga mencari pengasuh baharu!

 

1 comment:

  1. […] masalah kesihatan yang dia alami dan ia menyebabkan Mak Lang tak dapat nak terus mengasuh Rizqi. Bukan mudah nak cari pengasuh, sekali lagi Allah mempermudahkan urusan kami, masuk bulan Oktober, Rizqi dihantar ke pengasuh […]

    ReplyDelete